Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Genesis G70 – Mahu Saingi BMW 3 Series!
Roda4

Genesis G70 – Mahu Saingi BMW 3 Series!

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GENESIS ialah jenama mewah daripada Hyundai yang ditubuhkan untuk bersaing dengan model-model mewah seperti BMW, Mercedes-Benz, Audi, Lexus dan lain-lain. Menariknya, ada sepasukan individu hebat di sebalik Genesis yang melayakkan jenama itu berdiri sama tinggi dengan pesaing lain.

Manfred Fitzgerald, iaitu bekas pengarah jenama dan rekabentuk Lamborghini, kini menyandang jawatan Naib Presiden Kanan Genesis. Luc Donckerwolke pula yang sebelum ini pernah menjadi Pengarah Rekabentuk Bentley, Lamborghini dan Audi, menerajui bahagian rekabentuk Genesis sejak awal 2016 dan turut bekerjasama dengan Peter Schreyer selaku Ketua Pereka Hyundai-Kia.

Seorang lagi individu hebat ialah Albert Biermann yang bertanggungjawab membangunkan aspek prestasi. Beliau sebelum ini ialah ketua divisyen prestasi BMW M. Malah, Biermann menjadi buah mulut ramai pemerhati atas pembabitan beliau dalam pembangunan Hyundai 130 N yang membuka mata ramai tentang cita-cita hebat Hyundai.

Segalanya mengagumkan bagi sebuah syarikat yang baru ditubuhkan November 2015.

Genesis menumpukan kepada aspek rekabentuk. Ini dapat dilihat menerusi penampilan model yang sudah berada di pasaran seperti G90, G80 dan G80 Sport. Bagi melengkapkan lagi produk kereta penumpang, Genesis baru-baru ini melancarkan model baharu, G70.

Apa yang menarik tentang G70, sedan itu sebenarnya berkongsi platform sama dengan sebuah lagi model hebat, Kia Stinger. Jadi tidak hairanlah Genesis boleh muncul tiba-tiba dengan model tersebut.

CIRI HYUNDAI G70

Rekabentuk

  • Rekabentuk bertemakan Athletic Elegance.
  • Ada 10 pilihan warna luaran – Platinum Silver, Carbon Metal, Marble White, Titanium Black, Racing Gray, Graceful Gray, Lapis Blue, Royal Blue, Blazing Red dan Umber Brown.
  • Ada 5 pilihan warna dalaman – Obsidian Black, Sandstorm Gray, Velvet Burgundy, Tobacco Brown dan Vanilla Beige. Dua lagi warna eksklusif – Sports Gray dan Sports Red (G70 Sport dan paling mewah, 2.0T)

Enjin

  • Ada 3 pilihan enjin – 3.3 liter V6 petrol turbo, 2.0 liter I4 petrol turbo dan 2.2-liter I4 diesel.
  • Enjin G70 Sport – Lambda II 3.3-liter V6 turbo GDI (364hp).
  • G70 Sport mampu memecut 0-100kmj dalam 4.7 saat, kelajuan maksimum 270kmj.
  • Enjin G70 2.0 turbo – Theta-II 2.0-liter turbo GDI (248hp).
  • Enjin G70 2.2 diesel – R 2.2 VGT berkuasa (199hp).

Dinamik Pemanduan

  • Kawalan Luncur (launch control)
  • Rack-mounted, stereng kuasa pacuan-motor (R-MDPS)
  • Suspensi belakang multi-link
  • Diferensial Gelincir Terhad Mekanikal (M-LSD)

Sistem Keselamatan

  • Bonet enjin terangkat automatik apabila berlaku perlanggaran dengan pejalan kaki, bagi mengurangkan impak dan kecederaan.
  • Bantuan Mengelak Rempuhan Hadapan (Forward Collision-Avoidance Assist – FCA).
  • Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (Highway Driving Assist – HDA).
  • Amaran Titik Buta (Blind Spot Collision Warning – BCW).
  • Amaran Sedar Pemandu (Driver Awareness Warning – DAW).

GALERI

Albert Biermann Genesis Genesis G70 hyundai Manfred Fitzgerald Peter Schreyer Roda4 Sedan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.