Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!
Auto Terkini

Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

Abang HirataBy Abang Hirata07/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS debut sebagai model konsep Galaxy Cruiser di pameran Auto Shanghai 2025, Geely mendedahkan pula rekabentuk luaran dan dalaman kenderaan utiliti sukan (SUV) ekstrem pelbagai rupa bumi (all-terrain) berkuasa kecerdasan buatan (AI) pertama, Geely Zhanjian 700.

Model itu menggabungkan keupayaan off-road lasak dengan prestasi elektrik pintar, sekali gus menterjemah visi mobiliti pintar Geely ke fasa pengeluaran.

Rekabentuk Ripple ke Versi Pengeluaran

Rekabentuk Geely Zhanjian 700 membawakan visi kereta konsep Geely melalui pendekatan ripple aesthetic.

Aspek luaran menampilkan keseimbangan antara kekuatan dan keanggunan dengan kemasan permukaan premium, perincian serta aura mewah SUV ekstrem.

Ruang kabin pula menyatukan aspek lasal yang praktikal dengan sentuhan gaya hidup sofistikated.

Ciri utama seperti rekabentuk tuas gear yang mendapat pujian ramai dikekalkan bagi memastikan kualiti tinggi dan fungsi yang menumpukan kepada pengguna.

Nadi Berteknologi AI, Prestasi All-Terrain

Dibangunkan berasaskan platform teknologi AI spektrum penuh Geely, Zhanjian 700 dilengkapi spesifikasi teknikal kelas atasan seperti berikut:

  • Arkitektur Elektronik EEA4.0: Senibina generasi baharu untuk pengurusan sistem kenderaan lebih pintar
  • Frem Bersepadu (Integrated Frame): Struktur inovatif yang direka khas untuk ketahanan lasak
  • Sistem Pacuan Empat Roda (4WD) 3-Motor: Sistem pintar setaraf model mewah yang menyokong pertukaran automatik antara pacuan roda depan (FWD), belakang (RWD), dan empat roda (4WD)
  • Mobiliti Ekstrem: Menyokong fungsi ‘jalan ketam’ (crab-walk) untuk pemanduan di permukaan mencabar dan keupayaan redah air sedalam sehingga 800mm

Ujian di Sweden

SUV itu sudahpun menjalani ujian musim sejuk melampau di Colmis Extreme Cold Test Ground, Sweden, dan kini sedang melalui pengesahan keadaan ekstrem peringkat global.

Proses tersebut bertujuan memastikan reliabiliti struktur, trenkuasa dan kestabilan pengendalian mencapai standard tertinggi.

Spesifikasi Geely Zhanjian 700

  • Sistem pacuan 4WD pintar (dikuasakan-AI), 3-motor
  • Arkitektur EEA4.0
  • Struktur: Kerangka bersepadu (integrated frame)
  • Kedalaman Redah Air: 800 mm
  • Ciri Tambahan: Crab-walk, suspensi aktif

Geely Galaxy Cruiser 2025

Geely Geely Zhanjian Geely Zhanjian 700
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.