Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Tambah Pegangan dalam Aston Martin kepada 17 Peratus!
Auto Terkini

Geely Tambah Pegangan dalam Aston Martin kepada 17 Peratus!

Abang HirataBy Abang Hirata12/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STRATEGI peluasan perniagaan dan pelaburan melalui pegangan saham dalam syarikat automotif ternama, Geely Holding diteruskan lagi.

Kali ini Geely meningkatkan pegangan dalam Aston Martin Lagonda Global Holdings PLC (Aston Martin) kepada sekitar 17 peratus selepas memiliki 7.6 peratus pegangan pada September 2022.

Nilai berjumlah £234 juta (RM1.32 bilion) itu meletakkan Geely Holding sebagai pemegang saham ketiga terbesar selepas bilionair Lawrence Stroll dan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.

Pegangan itu lebih tinggi daripada Mercedes-Benz yang kini memiliki 12 peratus saham.

Pada Oktober 2020, Aston Martin dan Mercedes-Benz mengikat perjanjian pembekalan rangkaian kuasa hibrid dan elektrik, serta komponen kenderaan, yang mana sebagai pertukaran Mercedes-Benz menerima pegangan saham.

Perjanjian sebegitu bermula lebih awal, iaitu pada Disember 2013 dengan pembekalan enjin dan komponen kepada Aston Martin dan Mercedes-Benz menerima ekuiti 5 peratus. Pegangan Mercedes-Benz menurun kepada 2.6 peratus berikutan Tawaran Awam Awal (IPO) dan transaksi pembiayaan lain.

Walaupun pegangan Geely kini lebih tinggi, skop perjanjian dengan Mercedes-Benz pada 2020 disusun berperingkat yang akhirnya meletakkan pengeluar dari Jerman itu memiliki 20 peratus saham menjelang 2023.

Peningkatan pegangan Geely juga datang dengan syarat, tidak boleh menambah pegangan hingga Ogos 2024.

Selain itu, Geely diberi peluang melantik Pengarah Bukan Eksekutif ke dalam Lembaga Pengarah Aston Martin sebagai wakil pemegang saham dan melantik individu kedua sebagai pemerhati.

Menurut Stroll (foto atas) sebagai Pengerusi Eksektif Lembaga Pengarah, Geely boleh menawarkan kefahaman mendalam mengenai pasaran China selain peluang mengakses rangkaian teknologi dimiliki. Tambahan lagi, Geely bukan biasa-biasa, konglomerat China itu turut mempunyai pegangan bersama dengan Mercedes-Benz dalam smart selain memiliki sejumlah jenama seperti Volvo Cars dan Lotus Cars.

BACA >>> Geely Holding Jual Lebih 2.3 Juta Kenderaan Sepanjang 2022, Termasuk Proton!
BACA >>> SUV Terpantas Dunia, Aston Martin DBX707 (2022) Kini di Malaysia! Harga RM1.09j

Aston Martin Aston Martin Lagonda Geely Geely Holding Zhejiang Geely Holding Group Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.