Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Holding Jual Lebih 2.3 Juta Kenderaan Sepanjang 2022, Termasuk Proton!
Auto Terkini

Geely Holding Jual Lebih 2.3 Juta Kenderaan Sepanjang 2022, Termasuk Proton!

Abang HirataBy Abang Hirata19/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ZHEJIANG Geely Holding Group (Geely Holding) pada 16 Januari lalu mengumumkan peningkatan jualan agregat untuk pelbagai jenama automotif sebanyak 4.7 peratus, iaitu melebihi 2.3 juta unit sepanjang tahun lalu (2022).

Jenama automotif bawah dan sekutu Geely Holding ialah Geely Auto, Geometry, Livan, LYNK & CO, Zeekr, Volvo Cars, Polestar, Proton, Lotus, smart, Radar, LEVC dan Farizon Commercial Vehicle.

Bagi lima tahun berturut-turut, Geely Holding merekodkan jualan agregat lebih dua juta unit.

Jualan Kenderaan Elektrik dan Bahan Api Bersih Meningkat

Geely Holding juga meningkatkan jualan kenderaan elektrifikasi dan bahan api alternatif bersih kenderaan penumpan, termasuk kenderaan komersial kepada hampir dua kali ganda.

Angka dicapai melebihi 675,000 unit yang mewakili 29 peratus daripada jualan agregat Kumpulan.

Pada 2022, Geely Holding menandatangani perjanjian dengan rakan utama dari Eropah untuk berkongsi teknologi dan ke arah pengoperasian lebih cekap.

Jualan Mengikut Pengeluar 2022
Geely Auto
Logo Geely Auto
  • Lynk & Co, Geometry, Livan dan Zeekr.
  • Jualan 1.43 juta unit, meningkat sekitar 8 peratus berbanding 2021.
  • Pertumbuhan jualan dipacu pengembangan syarikat peringkat global dan jualan kenderaan elektrifikasi.
  • Eksport ke luar negara melonjak 72 peratus kepada 198,242 unit.
  • Jualan kenderaan tenaga baharu dan elektrifikasi (BEV, PHEV, HEV) meningkat lebih dua kali ganda kepada 354,471 unit.
Lynk & Co
Logo Lynk & Co
  • Jenama premium Geely Auto.
  • Jualan 180,127 unit peringkat global.
  • Sejak ditubuhkan, lebih 800,000 unit kenderaan diserahkan kepada pelanggan.
  • Melebarkan sayap ke beberapa pasaran baharu seperti Negara Teluk dan Asia Pasifik, juga bermula di Kuwait.
Geometry
  • Jenama kenderaan elektrik (EV) untuk pasaran massa.
  • Model Geometry C dilancarkan di pasaran baharu Eropah Timur dan Amerika Selatan.
  • Jualan 2022 melonjak 170 peratus kepada 149,389 unit.
Livan
  • Jenama khusus untuk kenderaan dengan bateri boleh ganti.
  • Jualan mencecah 56,140 unit pada tahun pertama di pasaran.
ZEEKR
  • Jenama mobiliti elektrik Geely.
  • Menamatkan tahun penuh pertama jualan dengan melebih sasaran 70,000 unit.
  • Sebanyak 71,941 unit Zeekr 001 diserahkan kepada pelanggan menjelang penghujung 2022.
  • Model kedua, kenderaan pelbagai guna (MPV) Zeekr 009 diperkenalkan.
  • Mensasarkan meningkatkan jualan kepada hampir dua kali ganda pada 2023 dan mula berkembang di pasaran Eropah.
Proton Cars
Logo Proton
  • Geely Auto Group memiliki 49.9 peratus pegangan dan bekerjasama dengan konglomerat Malaysia, DRB-Hicom.
  • Tahun keempat berturut-turut mencatatkan pertumbuhan jualan dengan yang terbaru meningkat 23.3 peratus.
  • Mengekalkan kedudukan di tempat kedua pasaran tempatan dan dalam misi besar bagi menduduki tempat ketiga teratas sebagai pengeluar kereta di rantau Asean.
  • Jumlah eksport 2022 meningkat 79.1 peratus kepada 5,406 unit.
Lotus Cars
  • Transformasi Lotus Cars diteruskan pada 2022 menerusi jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) Lotus Eletre.
  • Kereta sport dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) terakhir, Lotus Emira juga sudah mula diserahkan kepada pelanggan.
  • Lotus Emira dan Lotus Eletre menerima tempahan menggalakkan.
  • Bakal menyambut ulang tahun ke-75 pada tahun ini (2023) dengan mempercepat peluasan peringkat global.
Volvo Cars

  • Peralihan kepada EV penuh diteruskan pada 2022.
  • Jualan mencecah 615,121 unit dengan EV meningkat hampir tiga kali ganda kepada 10.9 peratus.
  • Transformasi digital berkembang baik dengan langganan meningkat 49 peratus dan jualan atas talian meningkat 17 peratus.
Polestar
  • Mencapai sasaran 50,000 unit dengan anggaran jualan mencecah 51,500 unit atau lonjakan sekitar 80 peratus.
  • Model SUV elektrik prestasi Polestar 3 diperkenalkan.
  • Jualan global 2023 dijangka meningkat hampir 60 peratus kepada kira-kira 80,000 unit yang didorong jualan kukuh Polestar 2 dan penghantaran pertama Polestar 3.
Smart
  • Jenama mobiliti urban dengan kerjasama antara Geely dan Mercedes.
  • Model SUV elektrik pertama smart #1 dilancarkan pada April dan penghantaran bermula September.
  • Suku pertama jualan, lebih 10,000 unit smart #1 diserahkan kepada pelanggan di China.
  • Pusat pemasaran dan jualan di Eropah dan Asean ditubuhkan untuk pengembangan pasaran baharu pada 2023.
Farizon

  • Jenama kenderaan komersial bawah Geely New Energy Commercial Vehicle Group.
  • Jualan 2022 meningkat lebih 55 peratus.
  • Mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran untuk lori tugasan ringan tenaga baharu di China.
  • Mula dieksport ke Timur Tengah dan Amerika Selatan.
  • Model masa depan canggih, Farizon SuperVAN dan Farizon Homtruck Cabless ditayangkan kepada umum.
LEVC
  • Jualan teksi LEVC TX dan van LEVC VN5 meningkat kira-kira 67 peratus.

BACA >>>ย Jenama Baharu Bawah Geely, Radar Auto Perkenal Trak Pikap Elektrik RD6!
BACA >>>ย Geely Jalin Kerjasama dengan Pengeluar Poland Hasilkan EV Tempatan Jenama Izera

Farizon Commercial Vehicle Geely Geely Auto Geely Holding Geometry LEVC Livan Lotus Lynk & Co Polestar Proton radar SMART Volvo Cars Zeekr Zhejiang Geely Holding Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.