Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kembar Proton e.MAS 5, Geely EX2 2026 Lancar di Brazil, Harga Mula RM96.8k!
Roda4

Kembar Proton e.MAS 5, Geely EX2 2026 Lancar di Brazil, Harga Mula RM96.8k!

Abang HirataBy Abang Hirata13/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Geely EX2 lancar di Brazil

SELEPAS melancarkan Geely EX5 di serata dunia , Geely Auto memulakan kempen kenderaan elektrik (EV) kedua dengan pelancaran hatchback Geely EX2.

EV urban kompak terlaris di China itu diperkenalkan di Brazil pada 6 November yang memperlihatkan rancangan Geely menerajui segmen-B global ke arah masa depan lebih canggih.

Kejuruteraan, Rekabentuk

Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil

Geely EX2 dibina berasaskan Arkitektur Elektrik Pintar Global (GEA) milik Geely dengan rekabentuk menampilkan rupa depan Smile khas Geely yang menggabungkan daya tarikan visual dengan kecekapan aerodinamik.

Lima warna ditawarkan untuk pasaran Brazil seperti Moon White (putih), Star Silver (perak), Comet Gray (kelabu), Nebula Beige (kuning cair) dan Aurora Green (hijau).

Dari segi dimensi, Geely EX2 berukuran panjang 4,135mm, lebar 1,805mm dan tinggi 1,580mm, manakala jarak roda 2,650mm. Ini mewujudkan keseimbangan antara pengendalian yang tangkas dan ruang kabin luas dalam kelas.

Lampu depan LED dengan teknologi lampu tinggi adaptif mampu menerangi sejauh lebih 170 meter dengan lebar 22 meter.

Prestasi, Pemanduan

Geely EX2 dikuasakan unit pacuan elektrik (EDU) 11-dalam-1 yang dipasang di belakang. Konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) dipadankan suspensi belakang independen multi-link untuk pengendalian lincah dan keselesaan.

  • Pecutan 0-100kmj sepantas 11.5 saat
  • Kelajuan tertinggi 130kmj
  • Penggunan tenaga 11.8kWj per 100km (WLTP)
  • Lulus ujian Moose pada 75kmj membuktikan kestabilan dalam kondisi ekstrem
  • Pemandu boleh memilih mod Comfort atau Sport.
  • Sistem brek bersepadu ONEBOX dan kawalan cengkaman G-TCS meningkatkan keselamatan dan kestabilan

Keselamatan, Bateri Canggih

Antara ciri keselamanan ditawarkan adalah:

  • Sistem Perlindungan Keselamatan Komprehensif: Berpusat pada keselamatan bateri, merangkumi Sistem Keselamatan Bateri Geely, struktur kekuatan tinggi yang dioptimum dan sistem pemantauan suhu masa nyata
  • Struktur Badan: Menggunakan struktur kabin diperkuat, seperti badan sangkar (cage body) dan subfrem belakang bentuk pagar, serta struktur penyerap tenaga tiga arah untuk meningkatkan integriti struktur
  • Rangka Binaan: Struktur badan ring-cage Star Armor menggunakan 64 peratus keluli kekuatan tinggi dengan kekuatan tegangan puncak 1,500MPa, yang menawarkan 23,000Nm/darjah ketegaran torsi
  • Sistem Keselamatan Aegis: Sistem keselamatan bateri menggunakan penyejukan cecair sebagai ciri standard
  • Pengecasan Pantas: Pengisian pantas 1.66C, mencapai pengecasan 30-80 peratus dalam masa 25 minit
  • Fungsi V2L: Fungsi kenderaan kepada beban (V2L) 3.3kW sebagai ciri kemudahan untuk keperluan kuasa luaran atau kecemasan
  • Keselamatan: Merangkumi empat hingga enam beg udara (bergantung varian), beg udara tirai sisi penuh, perlindungan kesihatan dan sistem pemutus kecemasan voltan tinggi

Kabin Pintar, Kapasiti

Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil

Geely menawarkan dua tema dalaman yang anggun, Horizon Gray (kelabu) dan Skyline White (putih).

  • Teknologi: Dilengkapi sistem kabin pintar Flyme Auto Geely, yang menampilkan unit infotainment LCD definisi tinggi (HD) 8.8 inci dan skrin kawalan pusat HD 14.6 inci
  • Sistem Bantuan Pemandu: Dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 sebagai ciri standard, yang menampilkan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Keluar Lorong (LDW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan Amaran Keluar Kenderaan Depan (FVDA), yang juga teknologi pertama dalam segmen itu
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
  • Ruang Simpanan: Bonet 70 liter (unik dalam kelas) dan but 375 liter yang boleh diperluas kepada 1,320 liter. Juga ada 36 ruang simpanan dalam kabin, se[erti laci penumpang depan 10 liter
  • Kemudahan: Ciri lain seperti pengecasan pantas wayarles 15W, lampu ambien 256 warna, sistem bunyi keliling dengan enam pembesar suara, dan pintu but elektrik

Pasaran Brazil

Geely EX2 ditawarkan dalam dua varian: Pro dan Max. Kedua-dua varian itu menggunakan trenkuasa dan pek bateri sama, dengan perbezaan hanya ciri dan kemasan.

Model dilancarkan di Brazil itu menggunakan motor 85kW (116hp) dan tork 150Nm, serta dipadankan bateri 39.4kWj untuk jarak pemanduan hingga 289km (InMetro).

Ketika pelancaran, harga khas ditawarkan bermula R$119,990 (RM93,930) untuk Pro dan R$135,100 (RM105,785) untuk Max. Harga standard pula bermula R$ 123,800 (RM96,880) untuk varian Pro dan R$136,800 (RM107,090) bagi varian Max.

Peluasan Pasaran Global

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

Geely EX2 (dikenali sebagai Xingyuan di China) menjadi model terlaris di pasaran China sepanjang Januari hingga September 2025.

Pelancaran di Brazil mengukuhkan fokus Geely terhadap pasaran tersebut dan dijadualkan dilancarkan di pasaran merentasi lima benua dalam tempoh setahun, termasuk Thailand dan Indonesia. Model ini juga ialah kembar kepada Proton e.MAS 5 yang dilancarkan di Malaysia.

Varian Prime (asas)

  • Motor tunggal pada gandar belakang berkuasa 79ps dan tork 130Nm
  • Bateri litium-besi-fosfat (LFP) CATL 30.12kWj
  • Jarak pemanduan 225km (WLTP)
  • Pecutan 0-50kmj sepantas 4.4 saat

Varian Premium (premium)

  • Motor lebih prestasi berkuasa 116ps dan tork 150Nm
  • Bateri LFP lebih besar 40.16kWj
  • Jarak pemanduan hingga 325km (WLTP)
  • Pecutan 0-50kmj sepantas 3.9 saat

Harga RM56,800 (Prime) hingga RM69,800 (Premium) (dengan rebat pengenalan RM3,000 hingga 31 Disember ini.

Spesifikasi Geely EX2 (Brazil)

Geely EX2 lancar di Brazil

Platform dan Rekabentuk

  • Arkitektur Elektrik Pintar Global (GEA)
  • Dimensi panjang 4,135mm, lebar 1,805mm, dan tinggi 1,580mm, manakala jarak roda 2,650mm
  • Struktur badan frem Star Armor dengan 64 peratus keluli kekuatan tinggi (1,500MPa)

Prestasi dan Pemanduan

  • Sistem RWD dengan suspensi multi-link (belakang)
  • Motor 85kW (116hp) dan tork 150Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 11.5 saat
  • Kelajuan maksimum 130kmj
  • Penggunaan tenaga (WLTP) 11.8kWj per 100km

Bateri dan Jarak

  • Kapasiti bateri 39.4kWj (LFP CATL)
  • Jarak pemanduan hingga 289km (kitaran InMetro)

Pengecasan dan Keselamatan

  • Pengecasan pantas (DC) 25 minit (30-80 peratus)
  • Fungsi kenderaan-kepada-beban Vehicle-to-Load (V2L) 3.3kW
  • Dilengkapi ciri keselamatan empat hingga enam beg udara, Sistem Keselamatan Aegis (penyejukan cecair bateri) dan Sistem Bantuan Pemandua Termaju (ADAS) Tahap 2

Kapasiti dan Teknologi

  • Kapasiti bonet (frunk) 70 liter
  • Kapasiti but (maksimum) boleh diperluas hingga 1,320 liter
  • Unit  infotainmen definisi tinggi (HD) 14.6 inci dengan sistem audio Flyme Auto
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
Geely EX2 lancar di Brazil
EV Geely Geely Brazil Geely EX2 Kenderaan Elektrik (EV) Proton e.MAS 5 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
    Roda4

    Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16

    03/04/2026
    Auto Terkini

    Xiaomi SU7 Generasi Baharu (2026) Lancar, Jarak Sehingga 902 km, Cas Pantas 12 Minit!

    03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    03/04/2026
    Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
    Auto Terkini

    Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.