Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Geely Emgrand Lancar di Filipina, Harga Mula RM64k!
Roda4

Geely Emgrand Lancar di Filipina, Harga Mula RM64k!

ShawkathBy Shawkath05/03/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GEELY Filipina melancarkan Emgrand (2022) sebagai model sedan pertama jenama itu di pasaran negara tersebut. Sebelum ini, fokus jualan lebih menumpukan segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menawarkan Okavango, Coolray dan Azkarra.

Emgrand ini ialah model generasi keempat yang dijangka memberi saingan sengit dalam segmen sedan segmen-B seperti Honda City dan Toyota Vios. Berikut perincian Emgrand di Filipina:

VARIAN DAN HARGA

Sebagai permulaan, Geely menawarkan dua varian, iaitu pertengahan dan premium, manakala model asas, S dijangka memasuki pasaran tidak lama lagi.

  • Comfort – 798,000 peso (RM64,300)
  • Premium –  908,000 peso (RM73,180)

DIMENSI

  • Emgrand lebih panjang dan lebar, tetapi lebih rendah daripada City dan Vios yang dijual di Filipina. Jarak roda juga lebih panjang berbanding dua produk Jepun disebut.
  • Dimensi sedan itu memiliki panjang 4,638mm, lebar 1,820mm, dan tinggi 1,460mm, serta jarak roda 2,650mm.

REKABENTUK

  • Emgrand generasi keempat hadir dengan gril lebar yang disusun secara vertikal. Rekaan itu sama seperti sedan besar Borui dan kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana Xingyue L.
  • Lampu utama direka baharu dengan lampu kabus bentuk segitiga yang diposisikan miring pada kedua-dua sisi bampar depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Patung Tergantung di Bawah Bampar Belakang?

  • Ada garisan badan panjang pada sisi kenderaan yang bersambung dari lampu utama hingga lampu belakang.
  • Frem cermin tingkap hitam dan diberi aksen perak di bawah.
  • Lampu belakang bersambung kiri dan kanan menerusi strip lampu yang melintang sepanjang but.
  • Ada difuser bawah bampar belakang dengan aksen krom. Juga kelihatan reflektor dan muncung ekzos palsu di belakang bampar.

KABIN

  • Papan pemuka mengetengahkan rekabentuk minimalis yang ringkas, tetapi kemas.
  • Ventilator penyaman udara direka horizontal sepanjang papan pemuka yang mengingatkan kita kepada gaya Honda Civic baharu..
  • Unit infotainment jenis skrin apung bersaiz 8 inci.
  • Bahagian konsol tengah kelihatan tombol gear gaya  kemudi pesawat terbang yang dihiasi tuil  brek parkir elektronik (EPB). Ciri brek moden ini hanya ditawarkan untuk varian Comfort dan Premium.

BACA >>> Jualan Geely Binyue Cecah Lebih 800k Unit Seluruh Dunia, Tempahan X50 Lebih 87k!

TRANSMISI DAN BREK

  • Semua varian dijana trenkuasa petrol aspirasi natural (NA) 4-silinder 1.5L berkuasa 101hp @ 5,600rpm dan tork 142Nm @ 4,400-4,800rpm.
  • Emgrand versi China menawarkan kuasa lebih berprestasi, iaitu 113hp dan tork 147Nm.
  • Varian S yang bakal menyusul menawarkan kotak gear manual 5-kelajuan, manakala Comfort dan Premium menggunakan transmisi automatik virtual CVT 8-kelajuan.
  • Varian pertengahan dan premium diberikan tiga mod pemanduan: Eco, Comfort dan Sport
  • Sistem brek cakera untuk semua roda, sebaliknya varian S cuma di depan, dan brek dram di belakang.

BACA >>> Geely Perkenal Emgrand (2022), Pengganti Paling Ideal untuk Proton Persona?

PERBEZAAN VARAN

Varian S
  • Lampu utama halogen dan lampu siang (DRL) LED.
  • Cermin sisi elektrik dan rim 15 inci keluli dengan tayar 195/65.
  • Kabin hitam dengan material kerusi fabrik.
  • Kerusi depan boleh laras manual.
  • Penyaman udara automatik dengan ventilator untuk penumpang belakang.
  • Skrin infotainmen 3.5 inci dengan dua pembesar suara.
  • Ciri bantuan keselamatan: Kawalan Traksi, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
Varian Comfort
  • Berkongsi beberapa ciri varian S, tetapi diberikan beberapa penambahbaikan.
  • Lampu utama projektor LED automatik.
  • Rim aloi 17 inci dengan profil tayar 205/50.
  • Ada tambahan dua lagi pembesar suara berbanding varian S, menjadikan keseluruhan 4 pembesar suara.
  • Dilengkapi ciri tambahan seperti kamera undur, sensor parkir belakang, kawalan jelajah, dan sensor kunci pintu automatik ketika kereta bergerak.
Varian Premium
  • Menerima pakej sama seperti Comfort dengan beberapa tambahan ciri.
  • Ada fungsi nyah fros untuk cermin sisi.
  • Akses but belakang tanpa menggunakan tangan.
  • Kabin dwitona biru-putih.
  • Kerusi pemandu elektrik boleh laras 6-tahap.
  • Kluster instrumen 12.3 inci dengan enam unit pembesar suara.
  • Kerusi dibalut kulit tiruan dan sued.
  • Ada bumbung matahari.

BACA >>> Geely Mahu Buat Telefon Pintar Premium, Mahu Saingi Apple, Samsung
BACA >>> Geely Tetap Bangunkan Kenderaan Metanol, Tidak Mahu Bergantung Petrol

SUMBER: PaulTan

Geely Emgrand GEELY Filipina Pengganti Model Proton Persona Roda4
Shawkath

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.