• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Mahu Buat Telefon Pintar Premium, Mahu Saingi Apple, Samsung

Geely Mahu Buat Telefon Pintar Premium, Mahu Saingi Apple, Samsung

September 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

609
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGERUSI dan pengasas Zhejiang Geely Holding (Geely), Li Shufu melancarkan syarikat baharu yang akan membangunkan dan menjual peranti pintar, termasuk telefon pintar untuk pasaran global.

Produk telekomunikasi yang dihasilkan konglomerat automotif itu bakal akan bersaing dengan Apple, Samsung dan juga Xiaomi. Syarikat baharu itu dinamakan Hubei Xingji Shidai Technology (Xingji Shidai) dan berpangkalan di Wuhan.

Perkara itu akan dilaksanakan selepas Li menandatangani kerjasama strategik dengan Zon Pembangunan Teknologi dan Ekonomi Wuhan.
Berdasarkan kenyataan rasmi, Xingji Shidai akan mendapat akses penuh kepada pengalaman ekstensif Geely dalam rekabentuk, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan pintar perdana, integrasi rantaian industri, integrasi kenderaan, pembangunan perisian dan infrastruktur global. Ini termasuk rancangan rangkaian satelit orbit rendah.

Tiada sebarang produk diumumkan, tetapi difahamkan pengenalan produk tambahan seperti telefon pintar ke dalam portfolio Geely akan membantu ciptaan satu sambungan ekosistem.

Li, yang menguasai 55 peratus pegangan dalam syarikat baharu itu, berkata;

Telefon mudah alih dan peranti sudah berkembang menjadi terminal mudah alih dan platform aplikasi yang membenarkan pengguna menikmati inovasi pada kadar lebih pantas dan membuka laluan kepada aplikasi automotif lebih hebat.

“Ada hubungan rapat berkait teknologi dalam kokpit kenderaan pintar dan teknologi perisian telefon pintar. Trend utama pada masa akan datang ialah mencipta satu ekosistem pengguna rentas sempadan dan memberikan pengguna kesenangan, kaedah lebih pintar dan pengalaman multiskrin dan sambungan tanpa kelim.”

BACA >>> Sepanyol Guna Khidmat Dron Buru Pemandu Tidak Pakai Tali Keledar, Guna Telefon
BACA >>> Jeep Mahu Guna Gorilla Glass untuk Cermin Depan, Macam Skrin Telefon Pintar
BACA >>> Panasonic Perkenal Pengecas Telefon Wayarles dengan Koil Bergerak untuk Cas Pantas

SUMBER: PaulTan

Artikel Berkaitan

609
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Eric Li, Hubei Xingji Shidai Technology, Li Shufu, Telefon Pintar Geely, Zhejiang Geely Holding, Zon Pembangunan Teknologi dan Ekonomi Wuhan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my