• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Panasonic Perkenal Pengecas Telefon Wayarles dengan Koil Bergerak untuk Cas Pantas

Panasonic Perkenal Pengecas Telefon Wayarles dengan Koil Bergerak untuk Cas Pantas

January 14, 2021 By AO Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEKNOLOGI pengecasan wayarles semakin banyak diperkenalkan pada kereta moden hari ini, terutama model mewah. Hari ini model aras mula seperti iPhone SE pun turut menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar itu.

Jadi hari demi hari semakin banyak pengeluar automotif akan menawarkan ciri pengecas wayarles pada produk kenderaan masing-masing.

Terbaharu, Panasonic Automotive sempena Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2021 di Las Vegas  memperkenalkan produk pengecas wayarles dengan koil bergerak, dinamakan Panasonic Smart 15W Wireless Charger. Apa yang unik dengan produk ini?

Uniknya, pengguna cuma perlu meletakkan telefon pintar atas bekas khas dan koil pengecas akan bergerak mengesan posisi optimum untuk dijajarkan dengan koil pengecas pada peranti.

BACA >>> #ApaNakBuat: Pasang Sendiri Slot Pengecas USB Motosikal

Sebaik saja koil dijajarkan, telefon pintar akan mula mengecas hingga 15 watt. Menurut Panasonic, inovasi itu adalah antara produk yang menawarkan  cas kadar tinggi dalam industri untuk sistem pengecasan wayarles. Ini bermakna, telefon pintar pengguna dapat dicas pantas dan banyak dalam masa singkat sebelum tiba ke destinasi.

Teknologi berkenaan disasarkan kepada pengguna telefon pintar atau peranti elektronik yang memiliki ciri pengecasan wayarles. Ini kerana ciri baharu itu mampu mengecas dengan cukup cemerlang walaupun peranti tidak diletakkan dalam posisi sempurna.

Panasonic menjelaskan teknologi tersebut tidak dijual sebagai aksesori, tetapi akan menjadi pilihan baharu kepada pengeluar automotif untuk dilengkapkan pada kenderaan. Penggunaan teknologi itu dijangka direalisasikan menjelang 2023.

BACA >>> Kia Sonet (2020) Lancar di Indonesia dengan Pengecas Wayarles, Audio Bose, Harga RM84k!

CES-logo
panasonic-wireless-charging-ces-2021-1
panasonic-wireless-charging-ces-2021-2

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CES 2021, Pameran Elektronik Pengguna (CES), Panasonic Automotive, Panasonic Smart 15W Wireless Charger, Pengecas Tanpa Wayar, Pengecas Wayarles, Roda4, teknologi automotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Suzuki GSX-R125 ABS (2021) Lancar di Jepun dengan Warna Baharu, Harga RM16.2k
    Suzuki GSX-R125 ABS (2021) Lancar di Jepun dengan Warna Baharu, Harga RM16.2k
  • #TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?
    #TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my