Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Garagisti & Co GP1 – Kereta Hiper Analog Moden dengan Enjin NA V12, Harga RM13.9 Juta
Roda4

Garagisti & Co GP1 – Kereta Hiper Analog Moden dengan Enjin NA V12, Harga RM13.9 Juta

Abang HirataBy Abang Hirata10/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Garagisti & Co GP1

JENAMA automotif British ultra-eksklusif, Garagisti & Co memperkenalkan model sulung GP1 yang dihasilkan sepenuhnya sebagai kereta hiper analog tanpa kompromi berasaskan monokok gentian karbon dan dipacu enjin V12 aspirasi natural (NA).

Pada era kenderaan hibrid, automasi, dan kawalan algoritma, GP1 tampil sebagai model pemanduan tulen yang diwujudkan khusus untuk memberikan keseronokan pemanduan tanpa tapisan, dan pengalaman tempahan khas seperti memiliki studio rekabentuk peribadi.

Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1

Nadi Utama

Menggerakkan GP1 ialah enjin baharu sepenuhnya berkapasiti 6.6L V12 NA, dibangunkan pakar kuasa dan sukan permotoran dari Itali, Italtecnica Srl.

Trenkuasa itu menghasilkan kuasa 800hp @ 9,000rpm dengan tork 700Nm. Bunyi mekanikal diilhamkan daripada enjin perlumbaan era lalu untuk pengalaman akustik autentik.

Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui kotak gear manual 6-kelajuan yang dipasang membujur, dibangunkan pembekal transmisi prestasi tinggi, Xtrac bagi memberikan fiil kawalan dan penglibatan pemanduan maksimum.

Rekabentuk Gabungan Seni dan Aerodinamik

Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1

Bahagian atas badan GP1 direka dengan pengaruh era keemasan rekabentuk baji yang dihasilkan sepenuhnya daripada lakaran kosong bekas pereka Bugatti dan Rimac, Angel Guerra.

Walaupun menampilkan unsur yang mengingatkan kepada Lancia Stratos Zero, Lamborghini Countach dan karya Gandini lain, GP1 tetap mengekalkan identiti tersendiri dengan bentuk kemas, semula jadi, moden dan kekal relevan sepanjang masa.

Bahagian bawah badan memaparkan bahasa kejuruteraan dan aerodinamik tahap perlumbaan. Susun atur pintar mampu memuatkan difuser belakang antara terbesar pernah dipasang pada kereta jalanan dengan prestasi ground-effect sebenar.

Ruang Dalaman – Kecantikan, Kesederhanaan dan Fokus

Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1

Kabin GP1 dibentuk khas untuk pemanduan tulen dengan susun atur dwi-kokpit yang bebas gangguan. Sistem pengudaraan disepadu kemas tanpa saluran udara terdedah, manakala setiap kawalan diletakkan tepat pada posisi ergonomik.

Tiada skrin besar atau ciri yang tidak perlu, hanya pemandu, GP1 dan jalan di depan.

Kereta Jalan Sebenar dengan Kuasa Liar

Mengambil semangat supercar ikonik era 1980-an, 1990-an dan awal 2000-an, GP1 bukan sekadar memukau di litar, tetapi direka sebagai GT tourer yang sesuai digunakan di jalan raya.

Berat kering hanya 1,000kg dengan kelajuan yang mengagumkan masih menawarkan keselesaan, tahap bunyi kabin terkawal dan ruang bagasi untuk pemanduan jarak jauh.

Apabila dipecut lebih agresif, karakter berubah menjadi sebuah jentera pandu yang garang, bertenaga dan responsif.

Kerjasama Pakar Terkemuka

Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1

Nama Garagisti diambil daripada pasukan persendirian yang menggegarkan dunia Formula Satu (F1) pada 1950-an dan 1960-an. Seperti namanya, GP1 adalah hasil gabungan kepakaran pelbagai pihak, bukan kerja pengeluar tunggal:

  • Italtecnica Srl – Pembangunan dan penentukuran enjin
  • DEXET Technologies – Pembangunan casis, monokok dan aerodinamik
  • Angel Guerra – Rekabentuk luaran dan dalaman
  • Brembo, Öhlins dan pembekal komponen sukan permotoran lain yang membawa teknologi lumba ke jalan raya.

Gabungan itu membolehkan Garagisti mencipta kereta hiper tanpa perlu mematuhi legasi jenama, kehendak kumpulan fokus atau pengoptimuman algoritma. Sebaliknya hanya berlandaskan naluri, cita rasa dan kejuruteraan terbaik.

Harga, Eksklusiviti dan Program ‘Open Doors’

Garagisti & CO GP1

Hanya 25 unit GP1 akan dihasilkan, yang setiap satu disiapkan sepenuhnya mengikut spesifikasi pelanggan melalui program tempahan khas di Britain.

Harga bermula £2.45 juta (RM13,966,510), tidak termasuk cukai tempatan dan kos penghantaran. Dua belas pembeli pertama akan menikmati akses eksklusif melalui program ‘Open Doors’, yang menawarkan sesi pertemuan intim di Britain dan Eropah bersama jurutera, pereka dan tenaga pakar di sebalik pembangunan GP1.

Pelanggan juga berpeluang memberi input, belajar dan menyaksikan sendiri proses penciptaan sebuah kereta hiper.

Kenyataan Pengasas

Logo Garagisti

Pengasas bersama Garagisti & Co, Mario Escudero, visi pengeluar itu lahir daripada persoalan mengenai rupa supercar analog jika evolusi era emas diteruskan hingga hari ini.

Dengan menggabungkan teknologi baharu dengan mengekalkan jiwa analog, GP1 menjadi jawapan yang dibanggakan. Model itu kini berada di peringkat akhir kejuruteraan dan pengeluaran.

Berpusat di kawasan utama industri sukan permotoran British, Garagisti & Co menekankan ketelusan dalam proses, kemajuan dan kelajuan kerja, yang digerakkan semangat, ketepatan dan pencarian kecemerlangan. Beberapa pencapaian lain akan diumumkan menjelang pelancaran penuh GP1.

Ciri Utama Garagisti & Co GP1

Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
  • Enjin NA V12 6.6L berkuasa 800hp @ 9,000rpm, tork lebih 700Nm
  • Dibangunkan pakar kuasa Itali, Italtecnica Srl
  • Kotak gear manual 6-kelajuan Xtrac, dalam pacuan roda belakang (RWD).
  • Monokok gentian karbon dengan casis dan aerodinamik tahap perlumbaan
  • Rekabentuk sentuhan Angel Guerra dengan ilham bentuk baji era emas
  • Difuser belakang besar dengan prestasi ground-effect sebenar
  • Berat kering 1,000kg, sesuai untuk litar dan grand touring
  • Kabin dwi-kokpit minimalis, tanpa skrin besar atau ciri tidak perlu
  • Hanya 25 unit dihasilkan, setiap satu melalui proses tempahan khas di Britain
  • Harga £2.45 juta (RM13,966,510) tidak termasuk cukai dan penghantaran
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Garagisti & CO GP1
Angel Guerra Garagisti Garagisti & Co Garagisti & Co. GP1 GP1 hypercar Italtecnica Srl Kereta Hiper Mario Escudero Roda4 Xtrac
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.