Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Foto Unit Enjin Terakhir Tersebar, Yamaha 125Z Ucap Selamat Tinggal
Roda2

Foto Unit Enjin Terakhir Tersebar, Yamaha 125Z Ucap Selamat Tinggal

AryonBy Aryon29/12/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKHIRNYA motosikal 2-lejang popular Malaysia, Yamaha 125Z bakal ditamatkan pengeluaran berdasarkan sekeping foto dimuat naik Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dalam laman Facebook wakil pengedar itu yang jelas menunjukkan unit enjin terakhir model ikonik tersebut.


Apa yang tertera pada foto tersebut ialah jenis enjin: model 5XK, nombor enjin: E101EK 207905, jangka masa pengeluaran: 1998-2007, dan tarikh akhir pengeluaran, 27 Disember 2017 (semalam) di kilang Hicom Yamaha Manufacturing Malaysia (HYMM).  

Ini bermakna berakhirlah sudah legasi jentera 2-lejang keluaran HLYM untuk pasaran Malaysia. Terdahulu pada September lalu, Modenas turut mengumumkan jualan 1,000 model Dinamik yang juga unit terakhir jentera 2-lejang buatan pengeluar motosikal nasional itu. Lebih istimewa, model berkenaan didatangkan dengan corak edisi terhad bertemakan Harimau Malaya dan dijual pada harga RM6,880.

BACA >>> Modenas Dinamik Edisi Terhad – Inilah 1,000 Unit Terakhir di Malaysia…

Namun, kami belum mendapat sebarang makluman daripada HLYM sama ada unit terakhir 125Z itu akan dijual sebagai model edisi terhad ataupun dihabiskan di pasaran seperti model biasa lain.

HAMPIR 20 DEKAD BERKUASA


Yamaha 125Z melakukan debut pada 1998 dengan menampilkan teknologi penukar bermangkin (catalytic converter) sebagai mematuhi syarat peraturan emisi Euro 1 dan Euro 2. Namun, penguatkuasaan peraturan baharu – Euro 3 – menyaksikan model tersebut, termasuk model 2-lejang lain, terpaksa ditamatkan hayat sebelum 2018.

125Z, yang terkenal dengan julukan ‘One-Two-Pai‘ di kalangan mat motor tempatan meraih populariti yang sangat hebat di Malaysia dan cukup sinonim dengan aksi mat rempit seantero negara, termasuk menjadi jaguh dalam banyak kejuaraan litar lumba amatur dan profesional. Dengan kuasa kuda 17.5ps dan tork 18.1Nm berserta kelajuan maksimum yang mampu mencecah hingga 180kmj, memang sesiapa pun tidak dapat menafikan keunggulan 125Z sebagai ‘King of Moped’ di Malaysia.

Selamat bersara 125Z!

Auto Terkini Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) Kapcai Moped motosikal motosikal Yamaha roda2 underbone Yamaha yamaha 125z Yamaha 125Z akhir
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026

    1 Comment

    1. Dzuol Hassan on 16/10/2025 16:20

      Pernah pakai first model Frame silver warna merah sabit (1999), jual masa tahun 2006. Tahun ni amik balik tupai ZR buatan 2008 frame grey, kerinduan yang tak dapat di tahan, lagipun sebelum harga melonjak naik lebih tinggi baik amik semula, rindu boleh, kembali pun boleh. Bermula dengan dua lejang, kini kembali pakai semula walau bukanlah mesin yang untuk harian. Mesin harian kayuh 4 stroke (wave 125) cukup. Two stoke never dies!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.