Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ford Ranger Raptor Sah Lancar di Malaysia 25 Oktober Ini
Auto Terkini

Ford Ranger Raptor Sah Lancar di Malaysia 25 Oktober Ini

Abang GYLBy Abang GYL03/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL dinanti-nantikan, Ford Ranger Raptor sah bakal dilancarkan pada 25 Oktober ini berdasarkan surat jemputan yang kami terima daripada Ford. Laman web rasmi Ford juga turut mengalu-alukan kedatangan trak pikap itu dengan tertulis perkataan ‘RANGER RAPTOR COMING SOON’ (Ranger Raptor Akan Datang).

Dibangunkan khusus untuk pasaran Asia dan bukan versi dipertingkat atau facelift daripada mana-mana model, Ranger Raptor juga dibikin khas dengan kemampuan meredah apa saja bentuk permukaan bumi. Kepada mereka yang berminat, model ini kini boleh ditempah menerusi laman web Ford Malaysia.

Ford Ranger Raptor MalaysiaENJIN 2.0L BI-TURBO

Aspek mekanikal, Ranger Raptor dirombak besar-besaran daripada Ranger T6, dan dibekalkan enjin diesel 2.0L Bi-Turbo. Hasilnya, trak pikap ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 210hp dan tork 500Nm dengan padanan kotak gear automatik 10-kelajuan yang menawarkan nisbah gear lebih lancar selain menambah baik aspek pecutan dan respon kuasa. Anjakan transmisi juga lebih pantas.

Dari segi dimensi Ranger Raptor memiliki ketinggian 1,873mm, lebar (2,180mm) dan panjang (5,398mm). Lebar trek tayar depan dan belakang ialah 1,710 mm (lebih lebar 150mm berbanding Ranger), manakala jarak tinggi tanah, 283mm.

BACA >>> 5 Fakta Pantas | Ford Ranger Raptor (2018), Debut di Thailand

Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Bangkok

LUARAN AWESOME

Rekabentuk luaran trak pikap ini diserlahkan menerusi penampilan gril depan hitam dengan frem unik tertera perkataan FORD besar.

BACA >>> Ford Ranger WildTrak Jet Black Edisi Terhad – Inilah Trak Pikap Paling Awesome!

Liang udara pada lampu kabus LED berfungsi mengurangkan rintangan angin ketika memecut. Kerusi semi-bucket direka untuk keselesaan pemanduan off-road, manakala ruang kabin diberikan kemasan trim benang biru di beberapa bahagian.

Ford Ranger Raptor Bangkok

BERAPA HARGA?

Buat masa ini, tiada sebarang tanda harga didedahkan. Bagaimanapun,  Ranger Raptor versi Thailand dijual pada harga RM210,000. Jadi, ramalan harga diramalkan tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Apa pula ramalan anda? Berapakah harga sesuai yang patut dijual Ford Malaysia?

GALERI
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Malaysia
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Malaysia
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Malaysia
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Bangkok
Ford Ranger Raptor Bangkok
enjin Ford Ranger Raptor Ford Ranger Raptor Ford Ranger Raptor 2019 Ford Ranger Raptor malaysia harga Ford Ranger Raptor top speed Ford Ranger Raptor
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    06/05/2026
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    04/05/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.