Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Ranger Raptor (2022) Kini di Malaysia! Enjin Petrol 3.0L V6 Twin-Turbo, Harga RM259k!
Roda4

Ford Ranger Raptor (2022) Kini di Malaysia! Enjin Petrol 3.0L V6 Twin-Turbo, Harga RM259k!

ShawkathBy Shawkath07/10/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) meluaskan tawaran produk trak pikap dengan pengenalan Ford Ranger Raptor generasi serba baharu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Selangor pada harga atas jalan tanpa insurans, RM259,888.

Ranger Raptor generasi kedua itu menawarkan prestasi terbaik di jalan berturap dan cukup tangkas di laluan off-road dengan mewarisi DNA Ford Performance.

WARNA

  • Pilihan warna baharu: Code Orange (jingga), bersama warna lain seperti Absolute Black (hitam), Artic White (putih), Conquer Grey (kelabu) dan Lighting Blue (biru).

BACA >>> Ford Ranger (2022) Generasi Baharu Lancar di Malaysia, Harga Mula RM108k!

TRENKUASA

  • Dipacu enjin petrol 3.0L V6 turbo kembar dengan talaan baharu Ford Performance, berkuasa 391.6hp @ 5,650rpm dan tork 583Nm @ 3,500 rpm.
  • Blok silinder jenis besi-grafit (graphite-iron) kompak, menawarkan kekuatan 75 peratus lebih baik dan keras berbanding blok tetuang logam biasa.
  • Transmisi automatik 10-kelajuan dengan nisbah gear khas untuk enjin Raptor generasi baharu yang dua kali lebih pantas berbanding model terdahulu.
  • Enjin V6 memiliki sistem antijeda lumba (anti-lag), tetapi hanya dalam mod Baja yang membiarkan pengecas turbo berpusing hingga tiga saat selepas pemandu melepaskan pedal minyak.
  • Manfaatnya, sambungan pecutan lebih cepat ketika keluar selekoh atau anjakan gear sebelum pedal ditekan semula.

BACA >>> Ford Everest (2022) Generasi Baharu Hadir dalam Tiga Varian, Harga Mula RM263k!

CASIS

Jurutera Ford menambah baik beberapa aspek penting pada casis Raptor seperti:

  • Memasang absorber FOX 2.5-inci Live Valve talaan Ford Performance dan ciri Bottom-Out Control FOX untuk aspek kendalian lebih jitu.
  • Absorber FOX 2.5-inci Live Valve mengandungi minyak lapisan Teflon untuk mengurangkan geseran hampir 50 peratus berbanding Raptor sebelum ini.
  • FOX Bottom-Out Control membantu melindungi bahagian bawah trak pikap dengan menyediakan daya serapan maksimum pada jarak gerak 25 peratus terakhir absorber.
  • Sistem itu menguatkan serapan di belakang untuk mengelakkan Raptor terhentak banyak kali ketika pecutan tinggi, sekali gus menambah baik aspek kestabilan.
  • Suspensi Ranger Raptor direka semula. Lengan kawalan atas dan bawah dibuat daripada aluminium ringan, tetapi lebih kuat, jarak gerak suspensi lebih panjang (depan dan belakang) dan sambungan Watt diperhalusi di belakang untuk lebih kawalan dalam pelbagai kondisi permukaan ekstrem ketika kelajuan tinggi.
  • Beberapa bahagian diperkuat seperti pilar-C, ruang kargo dan tayar ganti. Menggunakan kerangka unik untuk
    bahagian bampar, tiang absorber dan braket gegaran.

  • Cangkuk kecemasan berkembar depan dan belakang memberi pilihan menyelamat ketika off-road, yang boleh diakses satu daripada dua cangkuk itu (jika salah satu terhalang).
  • Tali pengikat seimbang boleh digunakan ketika menarik keluar dari permukaan pasir atau lumpur dalam.
  • Sistem 4×4 Electronic Shift-On-The-Fly (ESOF) menawarkan kotak pindah (transfer case) dwi-kelajuan kawalan elektronik mengikut keperluan dengan empat tetapan: 2WD, 4WD Auto, 4WD High dan 4WD Low.
  • Sistem Pengurusan Permukaan (SMS) dikemas kini dengan tujuh mod pemanduan seperti mod Baja (off-road dalam kelajuan tinggi), Normal, Sport, Slippery, Rock, Sand, dan Mud/Ruts.
  • Setiap mod pilihan mengubah respons enjin dan transmisi, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi dan Kestabilan, gerakan injap ekzos, stereng, respons terotel dan paparan kluster instrumen, termasuk unit infotainmen skrin sentuh di tengah.
  • Trenkuasa V6 turbo kembar menggunakan sistem ekzos aktif, meningkatkan prestasi enjin dan pemandu boleh menukar nada enjin dengan empat mod pemanduan: Quiet, Normal, Sport dan Baja.

DESAIN LUARAN DAN KABIN

  • Gerbang roda lebih menyerlah yang memberi imej lebar.
  • Lencana F.O.R.D cukup besar dengan bampar terpisah daripada gril.
  • Rim aloi 17 inci dibalut tayar BFGoodrich All-Terrain K02.
  • Lampu LED untuk lampu utama matriks dengan lampu belok dinamik, lampu siang (DRL) bentuk abjad, dan lampu tinggi antisilau.
  • Runga kabin menggunakan material kulit pada tempat duduk yang mengambil ilham rekaan jet pejuang.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 10-tetapan. Kerusi penumpang boleh laras manual 10-tetapan.
  • Ruang kabin berwarna Ebony diserlahkan dengan perincian Code Orange (jingga), stereng sport kulit dengan pedal syifmagnesium, tombol gear kulit dengan syifter dan lampu ambien.
  • Kluster instrumen resolusi tinggi 12.4-inci TFT dan ada unit infotainmen skrin sesentuh 12 inci dengan sistem Ford SYNC 4A serta konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Sistem audio Bang & Olufsen dengan lapan pembesar suara.
  • Ada empat slot pengecas USB, pengecas wayarles Qi dan kamera 360º.

KESELAMATAN

Antara teknologo keselamatan dibekalkan ialah:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan henti mula Stop & Go dan bantuan ke tengah lorong
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)
  • Bantuan Brek Undur (RBA)
  • Bantuan Stereng Elak dan Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)
  • 7 beg udara (pemandu, penumpang depan, sisi, tirai dan lutut)

JAMINAN

  • Ranger Raptor generasi baharu didatangkan dengan lima tahun waranti pengilang, atau jarak perbatuan 160,000km (mana satu tiba dulu).
  • Pelanggan boleh memilih melanjutkan tempoh jaminan perlindungan melalui PremiumCare.

Maklumat lanjut boleh layari laman www.sdacford.com.my.

4x4 Ford Ford Ranger Raptor Raja Trak Pikap Roda4 SIME Darby Auto Connexion (SDAC) Trak pikap
Shawkath

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.