Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ford Everest (2022) Generasi Baharu Hadir dalam Tiga Varian, Harga Mula RM263k!
Auto Terkini

Ford Everest (2022) Generasi Baharu Hadir dalam Tiga Varian, Harga Mula RM263k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) memperkenalkan Everest (2022) generasi baharu ke pasaran tempatan dalam tiga varian pilihan.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan 7-kerusi itu menggabungkan kemampuan pengembaraan dengan keselesaan optimum berserta teknologi termaju. Berikut perincian mengenai Everest (2022):

VARIAN & HARGA

  • Everest Sport – RM263,888
  • Everest Trend – RM281,888
  • Everest Titanium – RM308,888

* Harga atas jalan, tidak termasuk insurans, untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja.

WARANTI

  • Setiap pembelian mendapat waranti pengilang tiga tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu).
  • Ada juga opsyen waranti lanjutan dua tahun atau 60,000km (mana satu tiba dulu).

WARNA

Ada tujuh warna pilihan warna ditawarkan: Absolute Black (hitam), Aluminium Metallic (perak), Artic White (putih), Equinox Bronze (tembaga), Lightning Blue (biru), Meteor Grey (kelabu) dan Sedona Orange (jingga).

TRENKUASA

Ford menawarkan dua pilihan enjn dan sistem pacuan mengikut varian seperti berikut:

Trend dan Titanium
  • Enjin 2.0L Dwi-Turbo berkuasa 207hp @ 3,500rpm dan tork 500Nm @ 1,750-2,000rpm.
  • Kotak gear automatik SelectShift 10-kelajuan dengan sistem pacuan empat roda (4WD) dengan sistem elektronik separuh masa shift-on-the-fly (ESOF) dan diferensial belakang e-Locking Rear Differential.
  • Ada enam mod pandu: Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sands.
Sport
  • Enjin 2.0L turbo tunggal berkuasa 168hp @ 3,500rpm dan tork 405Nm @ 1,750-2,000rpm.
  • Transmisi automatik 6-kelajuan
  • Ada empat mod pandu: Normal, Eco, Tow/Haul dan Slippery.

REKABENTUK

  • Jarak antara roda dan jarak trek ditambah 50mm yang membantu menambah baik aspek pengendalian atas jalan raya biasa off-road selain meningkatkan sudut lega depan dan belakang.
  • Sistem suspensi menerima tetapan baharu untuk pengendalian lebih baik dan keseronokan memandu.
  • Jejak trek lebih lebar dan jarak antara roda lebih panjang memberikan penampilan lebih maskulin dan progresif.
  • Dari sisi, imej SUV diserlahkan menerusi garis badan menonjol dari depan hingga belakang. Jejak trek dan lekuk roda lebih besar menambah baik imej Everest (2022).
  • Sudut cermin dan pilar belakang dipertingkat, manakala saiz cermin belakang ditambah untuk membantu kerusi barisan ketiga menerima lebih banyak pencahayaan luar.
  • Lampu depan menerima lampu siang (DRL) LED bentuk C yang disepadukan bersama gril depan. Konsep sama juga dilakukan pada lampu belakang LED.
  • Varian Sport dan Trend didatangkan dengan lampu LED. Varian Titanium pula dipasangkan lampu utama LED Matrix terkini Ford dengan lampu tinggi antisilau.
  • Lampu utama Matrix menawarkan kemampuan membelok dinamik dan statik dengan sudut pencahayaan yang bergantung kepada halaju. Suluhan cahaya juga dapat dilaraskan automatik mengikut kelajuan SUV.
  • Lampu kabus LED depan dan belakang, serta lampu brek LED menjadi ciri standard semua varian.
  • Rel bumbung direka untuk sokongan mengangkut basikal, kanu, pod kargo atau khemah bumbung.
  • Varian Sport dan Titanium dipasang rim aloi 20 inci, manakala Trend menggunakan rim 18 inci.
  • Mampu meredah ketinggian air sedalam 800mm dengan jarak lega bumi 200mm.
  • Varian Titanium memiliki ciri pintu kargo bebas tangan dan bumbung panoramik panel kembar.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Trak Pikap Lebih Bahaya daripada SUV, Van Mini?

KABIN

  • Ruang dalam dibina untuk mengurangkan bising dalam kabin yang memudahkan perbualan sesama penumpang di tempat duduk baris kedua dan ketiga.
  • Upholsteri menggunakan material mewah dengan kemasan premium dengan lampu ambien kabin.
  • Kluster instrumen jenis lebar.
  • Ada 10 tempat letak cawan (cup holder), termasuk konsol tengah, perehat lengan dan pinggir papan pemuka.
  • Ruang siku, kaki dan bahu kini lebih luas di depan dan belakang, manakala tempat duduk ketiga lebih mudah akses.
  • Kerusi baris kedua boleh dilaras lebih jauh ke depan berbanding model terdahulu.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

  • Kerusi fleksibel dengan ciri boleh lipat elektrik untuk varian Titanium, manakala kerusi baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata untuk memudahkan akses atau simpanan barangan bersaiz panjang.
  • Dilengkapi pengadang kecil untuk mencegah barang terjatuh ke belakang ketika pintu but dibuka.
  • Ada ruang kargo bawah lantai untuk menyusun barangan kecil.
  • Dilengkapi brek parkir elektronik (EPB) dengan e-Shifter untuk Titanium.
  • Ciri lain ialah tiga soket 12V, kerusi kulit hitam premium dengan fungsi boleh laras automatik 8 tetapan untuk pemandu dan penumpang depan. ruang dalaman dalam kemasan .
  • Varian Titanium ada outlet kuasa 230V AC untuk menyalurkan kuasa 400W.

BACA >>> Ford Bangunkan Teknologi Keselamatan Guna Bluetooth Telefon Pintar

TEKNOLOGI TERMAJU

  • Unit infotainment skrin sentuh 12 inci untuk varian Titanium (Trend dan Sport: 10.1 inci).
  • Unit infotainmen Ford SYNC® 4A dengan konektiviti wayarles untuk Apple CarPlay dan Android Auto. Ada lapan unit pembesar suara.
  • Varian Titanium dilengkapi kamera pandang keliling 360º dengan paparan kluster. Trend dan Sport dipasangkan kamera undur selain sensor depan dan belakang.
  • Semua varian menggunakan kluster instrumen digital 12 inci, dan ada empat port pengecas USB (satu di cermin utama) dan pengecas wayarles Qi.

CIRI KESELAMATAN

  • Semua varian dilengkapi 7 beg udara, termasuk beg udara lutut.
  • Ciri keselamatan aktif standard ialah pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, Sistem Brek Anti-kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan Kawalan Traksi, Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Bantuan Mula Daki (HSA), teknologi elak kenderaan terbalik dan kawalan beban adaptif (ALC).
  • Varian Sport dan Trend dipasangkan Lampu Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Belok, Kawalan Jelajah, sensor parkir depan dan belakang, termasuk kamera undur.
  • Varian Titanium memiliki Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS), Amaran dan Bantuan Tukar Lorong (LDW), Bantuan Lampu Suluh  Tinggi (AHB) dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).

BACA >>> Fakta atau Auta: Bolehkah Guna Ciri Kawalan Jelajah Ketika Hujan?

TEKNOLOGI BAHARU

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Henti/Mula dan ciri ke tengah lorong (boleh jejak tanda lorong dan bantu kenderaan berada di tengah).
  • Bantuan Parkir Aktif (APA) 2.0 membantu pemandu memasuki parkir secara paralel semudah menekan satu butang.
  • Bantuan stereng Evasive Steer Assist membantu pemandu mengelak risiko perlanggaran depan.
  • Bantuan Brek Undur (RBA) membantu pemandu mengundur ke ruang parkir dan ruang sempit dengan memberi amaran bunyi dan visual.
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA) memberi amaran jika mengesan kelibat kenderaan lain berhampiran dari belakang ketika mengundur.
  • Ciri lain seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Sokongan Brek Dinamik (DBS) dan Bantuan Pra-Perlanggaran (PCA).

BACA >>> Ford Pro Electric SuperVan Ini Berkuasa 2,000hp, Mampu Pecut 0-100kmj Bawah 2 Saat!
BACA >>> Ford Escort RS Turbo Series 1 Milik Mendiang Diana Dilelong RM3.78j!

autoterkini Ford Everest 2022 Kenderaan Utiliti Sukan Roda4 SIME Darby Auto Connexion (SDAC) SUV Ford
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.