Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Lancar Di Malaysia, Harga RM248,888!
Auto Terkini

Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Lancar Di Malaysia, Harga RM248,888!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize08/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SIME Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, baru sahaja melancarkan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel 2023.

Pelancaran ini menyaksikan Ford kini menawarkan satu lagi pilihan enjin untuk para peminat Raptor di negara ini selain varian enjin petrol 3.0 liter EcoBoost V6 yang sedia ada.

Enjin Diesel Bi-Turbo 2.0L Ini diperkenalkan pertama kali pada tahun 2018 dalam model Ford Ranger Raptor generasi sebelumnya.

Enjin yang telah diuji dan disahkan bukan sahaja membawa semula prestasi yang kuat yang diketahui dan disukai oleh pelanggan Ford, malah ia juga memberikan kecekapan bahan api yang tidak dikompromi berkat penyelidikan dan pembangunan yang meluas.

Enjin bi-turbo diesel ni menghasilkan 210PS dan 500Nm tork. Of course lebih kurang dari enjin petrol, tapi cukup power dan lebih jimat enggunaan bahan api yang kompetitif sebanyak 8.2L/100km.

Exterior

  • Drl bentuk C
  • Lampu depan LED matrix
  • Ford lettering
  • Honeycomb
  • Camera
  • Foglamp
  • Wheel arch yang ganas
  • Lubang angin
  • Steel plate
  • Side mirror besar
  • Rim aloi 17 inci,  tayar BFGoodrich® all-terrain KO2®,
  • lampu belakang LED
  • Pintu belakang takde support
  • Tow hook berkembar

Interior

  • kerusi kulit sporty inspirasi jet pejuang F22, poser seat dua dua
  • panel instrumen dengan penonjolan nuansa Code Orange
  • gear knob kulit dengan e-shifter
  • stereng kulit gred premium
  • paddle shifters salutan magnesium
  • Interior seperti Raptor V6, termasuk kluster instrumen digital 12.4 inci dan skrin tengah 12 inci dengan sistem infotainmen SYNC® 4A Ford dan penyambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
  • Ciri-ciri dalaman standard lain termasuk sistem bunyi Bang & Olufsen® dengan lapan pembesar suara,
  • empat port pengecas USB, pengecas Qi tanpa wayar, soket 12 volt
  • kamera 360 darjah.

Spesifikasi lain:

  • Casis masih sama seperti varian v6 termasuk C-pillar, ruang muatan dan tayar simpanan, serta rangka unik untuk penyerap hentakan jounce, shock tower dan galas hentakan belakang.
  • Menampilkan suspensi dengan penyerap hentakan FOX Internal Bypass 2.5 inci baharu di bahagian hadapan, Watt linkage di bahagian belakang, dan sistem pemacu empat roda dengan kotak transmisi dua kelajuan yang dikawal secara elektronik, bersama dengan rear locking differentials.
  • Penyerap hentakan FOX Internal Bypass 2.5 inci talaan Ford Performance adalah yang paling canggih pernah ada pada Ranger Raptor dan diisi dengan minyak berinfus Teflon™ yang mengurangkan geseran sebanyak 50 peratus berbanding Raptor sebelumnya.
  • Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu juga dilengkapi dengan Kawalan Bottom-Out oleh FOX dan plat bash keluli kuat be BF rketebalan 2.3mm, bersama dengan under shield dan transfer case shield.
  • Juga terdapat tow hooks berkembar di hadapan dan belakang untuk pemulihan yang fleksibel, serta tali penyeimbang untuk pemulihan regangan di pasir dalam atau lumpur tebal.
  • Sama seperti varian V6, ia juga menawarkan Terrain Management System yang dikemas kini dengan tujuh mod pemanduan boleh pilih, tetapi tanpa sistem ekzos aktif. Tujuh mod pemanduan tersebut adalah Normal, Sport, Slippery, Rock Crawl, Sand, Mud/Ruts dan Baja.
  • Setiap mod pemanduan yang boleh dipilih membantu menyesuaikan banyak elemen – dari enjin dan transmisi hingga kepekaan dan kalibrasi ABS, kawalan daya cengkaman dan kestabilan, stereng, tindak balas throttle, dan juga paparan kluster instrumen dan sentuhan pusat – semua untuk sepadan dengan keadaan jalan.
  • Selain itu, sistem anti-lag dalam mod Baja membolehkan pemandu memulakan pecutan lebih cepat selepas liku atau antara gear dengan mengekalkan putaran turbin selama tiga saat selepas ia melepaskan throttle.

Harga

Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu dijual pada harga RM248,888 (atas jalan, tanpa insurans). Raptor ini diberi jaminan pengeluar selama 5 tahun atau 160,000km yang mana dahulu.

300 pelanggan pertama di seluruh Malaysia yang membuat tempahan untuk model ini akan menerima hadiah seperti dashcam Kenwood DRV-A700W serta diskaun RM500 untuk sesi Ford Ranger Getaways melalui kod promosi boleh ditebus setelah penghantaran kenderaan.

BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Kini di Malaysia! Enjin Petrol 3.0L V6 Twin-Turbo, Harga RM259k!
BACA >>> #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6×6, Harga Lebih RM1.8 Juta!

2.0L bi-turbo diesel 4x4 Ford Ford Ranger Raptor 2023 pick up truck pikap
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.