Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Nugget (2023) Diperkenal, Van Kamper Sarat Ciri Praktikal
Roda4

Ford Nugget (2023) Diperkenal, Van Kamper Sarat Ciri Praktikal

Abang HirataBy Abang Hirata11/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHAS kepada pelanggan Eropah, Ford menawarkan van kamper Ford Nugget (2023) baharu atau nama penuhnya, Ford Transit Custom Nugget.

Van kamper sebegini adalah pemandangan biasa di Eropah yang mana pengeluar seperti Volkswagen, Mercedes-Benz, Renault dan Vauxhall menawarkan versi masing-masing.

Ford Nugget (2023) baharu dibangunkan dengan kerjasama pengubahsuai kamper popular Westfalia yang dibina berasaskan platform Transit dan Tourneo baharu.

Ford akan melancarkan varian Nugget secara berfasa, dimulakan Nugget Titanium dengan bumbung boleh buka dan enjin 2.0L EcoBlue berkuasa 168hp serta transmisi automatik 8-kelajuan.

Pelanggan Eropah sudahpun boleh memesan model ini, manakala varian lain seperti enjin hibrid plug-in (PHEV) yang kali pertama ditawarkan bakal diperkenal dalam tempoh 12 bulan.

Diubah suai dari model terkini, Ford Nugget (2023) berkongsi papan pemuka baharu dengan lantai rata untuk memudahkan pergerakan dari dua kerusi depan ke bahagian ruang tamu.

Lantai rendah dan pemijak sisi bersepadu pula memudahkan penunpang memuatkan barangan, atau masuk dan keluar van kamper tersebut.

Menariknya, seperti model Tourneo Custom asal, beg udara penumpang dipasang pada bumbung yang membolehkan papan pemuka diguna untuk tujuan lain.

Kluster instrumen Ford Nugget (2023) dibuat dalam bentuk digital, manakala unit infotainment skrin sentuh 13 inci memaparkan pelbagai maklumat seperti carian destinasi, hiburan dan sebagainya.

Dari segi keselamatan, Ford Nugget dilengkapi ciri bantuan pemanduan seperti Kawalan Jelajah Adaptif Pintar (iACC) dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Brek Undur (RBA) dan kamera pandang keliling 360º.

Sebagai van kamper, bahagian dibuat berasingan sebagai ruang memasak, tamu dan tidur.

Bentangan tersebut membolehkan penumpang bergerak bebas dalam kabin, atau masuk dan keluar tanpa mengganggu penumpang lain walaupun tilam dipasang. Bahagian tempat duduk mudah ditukar kepada ruang makan dan tidur selepas seharian mengembara.

Ford Nugget juga dilengkapi ciri seperti kerusi kapten berputar dengan fungsi pemanas, kerusi penumpang rata (bench), juga dengan fungsi pemanas dan pembesar suara serta port USB Type-C.

Dapur dengan bentangan L menjadikan kerja memasak lebih menyeronokkan dengan unit hob dan sinki disepadu, manakala saluran air panas ialah standard.

Permukaan kemas memberikan 20 peratus ruang tambahan untuk kerja. Saiz laci mencukup memuatkan botol secara menegak.

Laci tutup perlahan dan hendal buka keluar (pop out) melindungi jari kanak-kanak dan menyerap bunyi ketika memandu.

Berikut ciri Ford Nugget (2023) baharu:

  • Bahagian tilam boleh lipat (flip-up) untuk ruang kepala tambahan di dapur dengan katil atas masih lagi tersedia.
  • Kerusi belakang dipasang atas trek jalur (track-mounted) dengan fungsi mudah tukar daripada tempat duduk kepada katil dengan satu tangan.
  • Bilik mandi dengan pancuran panas atau sejuk di belakang, dan opsyen khemah privasi.
  • Bumbung boleh buka dengan fabrik lipat sendiri supaya mudah menutup bumbung.
  • Ruang simpanan khusus untuk meja dan kerusi luar.
  • Bidai gulung menggantikan langsir.
  • Pengecas wayarles, dan modem 5G.
  • Pilihan bumbung solar.
  • Skrin sentuh saiz 7 inci di ruang tamu untuk memeriksa dan mengawal tahap air, bateri, pemanas dan lampu.
  • Lampu LED dengan ambien mood boleh kustom.
  • Fungsi inklinometer yang membantu operasi pelarasan atas permukaan tidak rata.
  • Aplikasi dengan sambungan Bluetooth untuk menjadikan telefon pintar sebagai alat kawalan fungsi kabin.

BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom – Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty
BACA >>> Ford Pro Electric SuperVan Ini Berkuasa 2,000hp, Mampu Pecut 0-100kmj Bawah 2 Saat!

Ford Ford Nugget Ford Nugget (2023) Ford Transit Ford Transit Custom Ford Transit Custom Nugget Roda4 van kamper
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.