Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Mustang Mach 1 Bakal Kembali! Model Baharu dengan Legasi 1969
Roda4

Ford Mustang Mach 1 Bakal Kembali! Model Baharu dengan Legasi 1969

Abang HirataBy Abang Hirata09/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Mustang ialah kereta sport yang mendapat sambutan luar biasa. Lihat saja jumlah model tersebut di jalan raya dan unit yang dibawa pengedar kereta import.

Kini ada lagi sesuatu yang istimewa bakal ditawarkan kepada peminat, iaitu Mustang Mach 1 sebagai kesinambungan kepada Mach 1 yang diperkenalkan pada 1969.

Selepas Mustang diperkenalkan pada 1964, Ford melihat ada keperluan untuk menghasilkan model lebih berkuasa dalam segmen kereta sporty ‘pony’. Pada era tersebut, antara model yang bersaing dalam segmen tersebut ialah Chevrolet Camaro dan Pontiac Firebird.

BACA >>> Pomen Kena Pecat Sebab Kemalangan Ketika Pandu Uji Mustang Pelanggan

Mach 1 muncul sebagai model Mustang yang lebih berprestasi dengan dinamik pemanduan ditambah baik. Sebenarnya, selain Mach 1, Mustang juga mempunyai beberapa varian prestasi seperti GT, Boss 302, Boss 429, Shelby GT350 dan Shelby GT500. Mach 1 pula diposisikan sebagai perantara antara Mustang basis dan Shelby.

Ada beberapa enjin dalam siri pertama diperkenalkan seperti 5.8L Windsor V8 berkuasa 250hp dan tork 481Nm yang dipadankan transmisi manual 3-kelajuan. Selepas dua tahun, Mach 1 dengan suspensi lumba pula diperkenalkan berserta pelbagai opsyen enjin.

Ford Mustang II Mach I (1975)

Pada 1974, Mach 1 generasi kedua diperkenalkan dalam bentuk berbeza berbanding model terdahulu, seiring kehadiran Mustang generasi baharu (Mustang II).  Model tersebut berada dalam pasaran selama lima tahun sebelum Mustang generasi ketiga diperkenalkan dalam rekabentuk yang juga berbeza pada 1979 (foto bawah).

Selepas Mach 1 diganti secara berturutan, jurang masa untuk generasi keempat memakan masa lama. Mach 1 hanya kembali di pasaran pada 2003 (foto bawah) dan kali ini membawa adunan kuasa moden dan elemen gaya nostalgia era 70-an. Model tersebut tampil dengan suspensi unik Mach 1 dan brek cakera depan Brembo lebih besar dan grafik strip pada bonet enjin serta spoiler hitam kusam.

BACA >>> Ford Mustang GT500 Eleanor dalam Filem 'Gone in 60 Seconds' Akan Dilelong

Jika melihat sejarah Mustang, setiap generasi ada gaya berbeza mengikut era tersebut. Ada yang mengikut generasi pertama dan juga moden mengikut era dikeluarkan. Selepas generasi keempat, sekali lagi jurang masa untuk model gantian begitu lama tidak diisi.

Kali ini selepas 17 tahun Mustang Mach 1 bakal muncul dan akan kembali sebagai Mustang dengan enjin 5.0L yang siap sedia berentap atas trek.

BACA >>> Ford Ranger Thunder – Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm

Ford Ford Mustang Ford Mustang Mach 1 kereta pony Mustang Pony Car Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.