• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Pomen Kena Pecat Sebab Kemalangan Ketika Pandu Uji Mustang Pelanggan

Pomen Kena Pecat Sebab Kemalangan Ketika Pandu Uji Mustang Pelanggan

February 19, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

935
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MALANG memang tidak berbau. Tiada siapa mahu kereta sendiri yang masih berbau kedai terbabit kemalangan. Lebih memilukan, insiden itu disebabkan kecuaian orang lain.

Inilah apa yang berlaku di Amerika Syarikat. Seorang juruteknik di pusat jualan Ford Colorado mengalami kemalangan ketika sedang menguji Ford Mustang GT milik pelanggannya.

Pemilik Mustang GT itu, Mark Grage pergi ke pusat servis Ford kerana mahu menaik taraf prestasi keretanya dengan pakej supercas Ford Performance Roush.

BACA >>> Ford Mustang Shelby GT500 (2020) dengan Supercas V8 Berkuasa 700hp

Ford Mustang GT_3
Ford Mustang GT_2
Ford Mustang GT_4
Ford Mustang GT_1

Kereta itu, yang baru saja bergerak sejauh 428km, tiba-tiba hilang kawalan di Larimer County ketika sedang diuji selepas dipasangkan kit supercas tersebut. Sudahlah jatuh, kena timpa tangga pula, juruteknik tersebut bukan saja disaman polis kerana cuai, tetapi turut dipecat majikannya.

Berdasarkan foto ditunjukkan, Mustang GT milik Grage didapati rosak teruk dan tidak boleh dibaik pulih lagi. Bagi membayar kerugian dialami, pusat servis Ford berurusan dengan pihak insurans untuk membayar semula kerosakan, pinjaman dan perbelanjaan sampingan yang perlu ditanggungnya.

BACA >>> Ford Mustang - Kereta Sport Coupe Terlaris Dunia Tahun Keempat Berturut-Turut!

SUMBER: CarScoops

Related

935
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Mustang, Ford Mustang GT (2017), Ford Mustang Shelby, kemalangan, Mark Grage, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev