Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Mustang Bullit (2019), Jelmaan Semula Kereta Ikonik dalam Filem Steve McQueen
Roda4

Ford Mustang Bullit (2019), Jelmaan Semula Kereta Ikonik dalam Filem Steve McQueen

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Mustang Bullitt (2019) melakukan debut di Detroit sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 sebagai memperingati ulang tahun ke-50 filem Bullit yang dilakonkan aktor Hollywood terkenal, Steve McQueen.

Di sebalik Mustang Bullit (2019) ialah enjin Ford 5.0L Coyote V8 versi talaan semula dengan kuasa 475hp dan tork 569Nm yang cukup melonjakkan kelajuan kereta sport hasil inspirasi filem itu mencecah 262kmj, yakni 12kmj lebih pantas berbanding Mustang GT standard.

BACA >>> Mod ‘Quiet’ Ford Mustang GT (2018) Tukarkan Bunyi Ekzos Sesenyap Honda Jazz

Opsyen transmisi cuma manual 6-kelajuan dengan tombol gear bola kiu, manakala brek Brembo diapit kaliper merah, juga ciri standard Mustang Bullit ini.

Perbezaan lain berbanding Mustang GT standard ialah gril hitam tanpa lencana dalam bingkai krom, rim hitam berkilat 19-inci ‘torque-thrust’ dan lencana Bullit di belakang. Model ini didatangkan dalam dua warna: Shadow Black (hitam) dan Dark Highland Green (hijau gelap –  sama seperti kereta dalam filem).

PAKEJ PREMIUM

Mustang Bullitt (2019) juga dilengkapkan ciri standard berupa Pakej Prestasi dan Mustang GT Premium. Barangan pilihan termasuk suspensi MagneRide, kerusi Recaro dan Pakej Elektronik Bullit yang ditambah ciri navigasi, cermin dan kerusi bermemori, sistem bunyi dinaik taraf, Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)

Menurut Ford, Mustang Bullit (2019) perlu memiliki ciri buas dan nakal sebagai profil supaya sepadan dengan jenama model sport itu, selain membezakannya dengan Mustang GT.

BACA >>> Inilah Sebab Ford Mustang 2016 Cuma Dapat Rating 2-Bintang dalam Euro NCAP?

Mustang Bullitt (2019) dijangka di pasaran tahun ini. Harga masih belum diumumkan, tetapi dijangka dijual pada harga antara Mustang GT – AS$35,000 (RM138,652) dan Shelby GT350 – AS$57,000 (RM225,805).

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Bullit filem Bullit Ford Ford Mustang Ford Mustang Bullit (2019) NAIAS 2018 Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 Roda4 Steve McQueen
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.