Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Firma Israel-Australia Bangunkan Bahan Api Berasaskan Air, Emisi Sifar Jadi Realiti?
Auto Terkini

Firma Israel-Australia Bangunkan Bahan Api Berasaskan Air, Emisi Sifar Jadi Realiti?

Han OthmanBy Han Othman09/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA banyak negara mula mengetatkan peraturan emisi untuk menangani kesan perubahan iklim, industri automotif mula menumpukan kepada pembuatan trenkuasa sel bahan api hidrogen dan bateri-elektrik. Namun, syarikat start-up Australia-Israel ini melakukan satu revolusi bahan api baharu.

Syarikat dipanggil Electriq Global mendedahkan bahan api berasaskan cecair, Electriq-Fuel di Persidangan Mobiliti Pintar (SMB) di Tel Aviv, Israel bulan lalu. Sistem bahan api tersebut terdiri daripada 3 elemen:

  • Bahan api cecair (daripada 60 peratus air)
  • Pemangkin yang membebaskan hidrogen
  • Sistem kitar semula untuk menambah hidrogen

Bagaimanapun masih tidak jelas apakah yang menjana kenderaan itu, tetapi dipercayai bahan api hidrogen. Bahan api digunakan akan mengeluarkan hidrogen secara keperluan atau ‘on-demand’.

BACA >>> Saintis Belgium Temui Cara Tukar Udara Tercemar Kepada Bahan Api Hidrogen

Bahan api berasaskan air itu bukan saja dapat dikitar semula sepenuhnya, tetapi juga selamat disimpan dan stabil dalam suhu dan tekanan persekitaran. Ia juga mampu memberikan jarak pemanduan yang lebih baik berbanding bateri litium-ion atau bahan api hidrogen bertekanan – dua kali ganda jarak pada separuh kos.

PERGI SEJAUH 1,000KM


Apabila dibandingkan dengan bateri Tesla, bahan api berasaskan air itu memiliki ketumpatan tenaga 15 kali lebih besar. Kajian tambahan menunjukkan sebuah bas mampu bergerak sejauh 1,000km dengan tangki tunggal berbanding bas elektrik, 250km sahaja.

Tidak seperti kenderaan plug-in, mengisi tangki dengan Electriq-Fuel cuma mengambil masa 5 minit. Ini jelas lebih baik berbanding sistem mengecas pantas terkini kenderaan elektrik (EV) yang mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit. Malah, kebanyakan terknologi itu khas untuk kenderaan premium.

Electriq Global merancang membina kilang bahan api kitar semula pertama di Israel, tahun depan. Menjelang April 2019, syarikat itu turut merancang melakukan pensampelan untuk bahan api generasi akan datang. Pengkomersialan penuh bahan api tersebut pula mensasarkan 2022 sebagai tahun pelaksanaan dalam skala kecil sama ada di Israel atau Australia.

BACA >>> Adakah Kenderaan Anda Perlukan Aditif Bahan Api?

Kemudian, barulah syarikat itu berhasrat meningkatkan pengeluaran trak dengan rakan kongsi pembuatan. Pada masa sama kekal melakukan demonstrasi berterusan bagi membuktikan bahan api berasaskan air boleh kitar semula itu  sebagai bahan api masa depan.

SUMBER: ElectriqGlobal

Auto Terkini Bahan Api Electriq Global Electriq-Fuel emisi sifar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.