Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»FIM MiniGP Malaysia: Tiga Pelumba Negara ke Valencia, Farres Paling Cemerlang
Auto Terkini

FIM MiniGP Malaysia: Tiga Pelumba Negara ke Valencia, Farres Paling Cemerlang

AryonBy Aryon26/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA dari Selangor, Farres Putra muncul juara keseluruhan kejuaraan FIM MiniGP Siri Malaysia di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang, semalam, sekali gus meraih tiket ke Kejuaraan Siri Dunia yang bakal berlangsung di Valencia, Sepanyol bulan depan.

Turut meraih tiket ke Valencia ialah Emil Idzhar dan Farish Hafiy yang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga keseluruhan dalam kejuaraan pembangunan bakat peringkat akar umbi anjuran bersama Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan ZK Racing Team.

Menurut SIC, Farres mengumpul 135 mata selepas empat pusingan siri itu, mengatasi Emil (122) dan Farish (120 mata) yang mana perlumbaan semalam menjadi perlumbaan paling mencabar.

Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli mengharapkan tiga pelumba tersebut dapat mempamerkan aksi terbaik di Kejuaraan Siri Dunia yang berlangsung bermula 10 hingga 11 November ini.

Saingan semalam bermula dalam trek basah pada Perlumbaan 1 dengan Perlumbaan 2 pula di trek agak kering yang pasti menjadi pengalaman cukup baik kepada semua pelumba, terutama mereka yang akan bersaing di Valencia.

Diiktiraf pemegang hak penganjuran kejuaraan MotoGP Dunia, Dorna dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), pelumba bersaing menggunakan jentera Ohvale 160cc, yang juga motosikal perlumbaan keluaran Itali, manakala usia pelumba antara 11 dan 13 tahun.

Ketiga-tiga pelumba negara itu dijadualkan berlepas ke Valencia pada 6 November ini.

SUMBER: Bernama | FIM MiniGPMalaysia

Auto Terkini Farres Putra FIM MiniGP Malaysia MiniGP Malaysia sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun โ€“ Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru โ€“ Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.