Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»FIM MiniGP Malaysia Series Platform Cungkil Bakat Baharu Sukan Permotoran
Roda2

FIM MiniGP Malaysia Series Platform Cungkil Bakat Baharu Sukan Permotoran

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEJOHANAN FIM MiniGP Malaysia Series akan membuka tirai 2021 dan buat julung kalinya, ia akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 

Kejohanan ini bakal memberi peluang kepada 15 pelumba muda bagi pembangunan akar umbi sukan permotoran dua roda. FIM MiniGP Malaysia Series ialah program milik Federation Internationale de Motorcyclisme (FIM), sebuah badan pengelola sukan dua roda dunia. 

FIM memberi mandat kepada Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) selaku badan induk sukan permotoran negara untuk menganjurkan dan mengawal selia kejohanan berprestij itu  sebagai permulaan ke peringkat lebih tertinggi.

MAM, SIC dan ZK Racing akan berganding bahu untuk memastikan objektif program mencari pelapis dan mengasah bakat-bakat baru akan berjalan dengan baik, melahirkan lebih ramai pelumba muda bertaraf dunia.

Objektif itu selaras dengan agenda pembangunan negara dan objektif pelaksanaan program-program pembangunan sukan permotoran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 

Kejohanan itu akan dikendalikan ZK Racing dan ditaja SIC dengan pusingan pertama FIM MiniGP Malaysia Series bermula pada pertengahan Ogos lalu, empat pusingan dan 8 perlumbaan.

FIM, Dorna Sports S.L (Dorna) dan Ohvale mengumumkan Penganjuran FIM MiniGP World Series semasa perlumbaan MotoGP di Barcelona, 5 Jun lalu. Malaysia ialah salah satu daripada 12 negara yang mengesahkan penyertaan itu.

Dorna ialah penganjur MotoGP dan Ohvale pula pengeluar motosikal dari Itali.

Pelumba-pelumba FIM MiniGP Malaysia Series berumur 11 hingga 14 tahun akan bersaing dalam kategori 160cc mengikut garis panduan dan format yang ditetapkan FIM. 

SIC Ohvale Junior Championship (dulu dikenali sebagai SIC MiniGP Championship) akan menjadi perlumbaan sokongan bagi kategori 110cc, melibatkan pelumba berumur 8 hingga 10 tahun.

Sesi pemilihan sudah dijalankan antara 29 hinggga 30 Mac 2021 dengan penyertaan seramai 40 peserta. Setiap peserta perlu melepasi pelbagai ujian termasuk pengendalian jentera, ketahanan mental dan fizikal, dinilai dari segi teknik, fokus serta kemahiran.

BACA >>> Adam Norrodin Naik Podium, Damok Pamer Prestasi Terbaik di Portugal
BACA >>> RNF MotoGP Racing Bukan 'Razlan and Friends', Tapi….
BACA >>> Damok Masuk Moto3 untuk SIC Musim Depan?

Federation Internationale de Motorcyclisme (FIM) FIM MiniGP Malaysia Series Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) SIC Ohvale Junior Championship ZK Racing
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.