Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari F1 (2001) Milik Michael Schumacher Bakal Dilelong, Harga Dijangka Cecah RM17 Juta!
Roda4

Ferrari F1 (2001) Milik Michael Schumacher Bakal Dilelong, Harga Dijangka Cecah RM17 Juta!

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA Ferrari Formula Satu (F1) milik Michael Schumacher yang dipandu ketika merangkul kejuaraan GP Monaco dan juara keseluruhan F1 pada 2001 kini dilelong RM Sotheby’s sempena New York Contemporary Art Evening pada November ini. Kepada peminat Ferrari, inilah masa anda memiliki satu daripada kereta paling legenda dalam sejarah sukan permotoran antarabangsa.

Jentera F1 ini dikuasakan enjin F2001 bersesaran 3.0L V10 dengan nombor casis 211. Antara siri perlumbaan F1 dimenangai Schumacher dengan jentera ini ialah GP Hungary dan GP Monaco pada 2001, sekali gus mengesahkan kejuaraan peribadi milik pelumba dari Jerman itu buat kali ke-4 (daripada 7 kejuaraan), termasuk menghadiahkan kejuaraan pembina kali ke-11 kepada Ferrari.

Kereta tersebut, yang kini dipamerkan sempena jualan musim luruh, Sotheby’s Autumn Sales di Hong Kong, akan dilelong sebagai sebahagian daripada acara meraikan ulang tahun Ferrari yang ke-70.

BOLEH BERLUMBA DALAM TREK

Lebih istimewa, kereta Schumacher itu bukan sekadar boleh dibeli dan diperamkan dalam garaj, tetapi Ferrari mendakwa jentera tersebut boleh beroperasi sepenuhnya dan bersedia digunakan dalam trek. Malah, pengeluar kereta mewah dari Itali itu turut menawarkan tempat simpanan khas di Maranello, dan penghantaran ke acara trek Corse Clienti dari mana-mana lokasi seluruh dunia. Sebenarnya, Ferrari turut menawarkan penghantaran sama kepada sesiapa saja pembeli yang memiliki jentera Ferrari versi atas trek.

Ini bermaksa, pemilik baharu kereta F1 milik Schumacher ini kelak akan memiliki skuad khas yang terdiri daripada juruteknik, mekanik dan pemandu uji supaya segalanya berada dalam keadaan baik. RM Sotheby’s menjangka kereta legenda itu bakal terjual lebih AS$4 juta (RM16.8 juta). 

F1 F2001 Ferrari Formula 1 Formula Satu (F1) kereta Formula 1 lelong Michael Schumacher
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.