• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari F1 (2001) Milik Michael Schumacher Bakal Dilelong, Harga Dijangka Cecah RM17 Juta!

Ferrari F1 (2001) Milik Michael Schumacher Bakal Dilelong, Harga Dijangka Cecah RM17 Juta!

October 1, 2017 By AO 2 Comments

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA Ferrari Formula Satu (F1) milik Michael Schumacher yang dipandu ketika merangkul kejuaraan GP Monaco dan juara keseluruhan F1 pada 2001 kini dilelong RM Sotheby's sempena New York Contemporary Art Evening pada November ini. Kepada peminat Ferrari, inilah masa anda memiliki satu daripada kereta paling legenda dalam sejarah sukan permotoran antarabangsa.

Jentera F1 ini dikuasakan enjin F2001 bersesaran 3.0L V10 dengan nombor casis 211. Antara siri perlumbaan F1 dimenangai Schumacher dengan jentera ini ialah GP Hungary dan GP Monaco pada 2001, sekali gus mengesahkan kejuaraan peribadi milik pelumba dari Jerman itu buat kali ke-4 (daripada 7 kejuaraan), termasuk menghadiahkan kejuaraan pembina kali ke-11 kepada Ferrari.

Kereta tersebut, yang kini dipamerkan sempena jualan musim luruh, Sotheby's Autumn Sales di Hong Kong, akan dilelong sebagai sebahagian daripada acara meraikan ulang tahun Ferrari yang ke-70.

BOLEH BERLUMBA DALAM TREK

michael-schumacher-2001-3
michael-schumacher-2001-4
michael-schumacher-2001-2
michael-schumacher-2001-7
michael-schumacher-2001-1
michael-schumacher-2001-6
michael-schumacher-2001-5

Lebih istimewa, kereta Schumacher itu bukan sekadar boleh dibeli dan diperamkan dalam garaj, tetapi Ferrari mendakwa jentera tersebut boleh beroperasi sepenuhnya dan bersedia digunakan dalam trek. Malah, pengeluar kereta mewah dari Itali itu turut menawarkan tempat simpanan khas di Maranello, dan penghantaran ke acara trek Corse Clienti dari mana-mana lokasi seluruh dunia. Sebenarnya, Ferrari turut menawarkan penghantaran sama kepada sesiapa saja pembeli yang memiliki jentera Ferrari versi atas trek.

Ini bermaksa, pemilik baharu kereta F1 milik Schumacher ini kelak akan memiliki skuad khas yang terdiri daripada juruteknik, mekanik dan pemandu uji supaya segalanya berada dalam keadaan baik. RM Sotheby's menjangka kereta legenda itu bakal terjual lebih AS$4 juta (RM16.8 juta). 

Artikel Berkaitan

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Ferrari, Roda4 Tagged With: F1, F2001, Ferrari, Formula 1, Formula Satu (F1), kereta Formula 1, lelong, Michael Schumacher

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran
    5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my