Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari 296 GTS (2022) – Kembar 296 GTB Versi Konvertibel
Roda4

Ferrari 296 GTS (2022) – Kembar 296 GTB Versi Konvertibel

Abang HirataBy Abang Hirata18/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FERRARI masih tampil dengan rekabentuk baharu, identiti merah dan tetap dengan lambang ikonik kuda mengangkat dua kaki, tetapi gaya badan kini sduah berbeza. Cuba perhatikan model seperti Roma, F8, SF90 dan terbaru 296 GTB.

Memang mengambil masa membiasakan diri dengan rekabentuk baharu itu jika sudah terbiasa dengan 458, 488 dan model lain terdahulu. Bagaimanapun, perubahan sebegitu perkara biasa, dan ditambah pula era elektrifikasi masa kini.

BACA >>> Ferrari 296 GTB (2022) dengan Enjin Hibrid V6 Kini di Malaysia, Harga RM1.2 Juta!
BACA >>> Enjin V6 Baharu Ferrari: Hanya 2.9L Tapi Kuasa 654hp!

Naza Italia Mac lalu memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) 296 GTB (foto atas) untuk pasaran tempatan pada harga mula RM1.23 juta, tidak termasuk duti dan sebagainya.

Buat pelanggan yang mahukan sensasi memandu sambil angin membelah rambut, Ferrari baru saja memperkenalkan 296 GTS (2022), iaitu 296 GTB versi konvertibel atau bumbung boleh buka. Seperti diperkatakan, rekabentuk Ferrari hari ini berbeza, dan rekaan 296 GTB diilhamkan daripada jentera lumba 250LM yang diperkenalkan pada 1963.

296 GTB membawa maksud ‘Grand Turismo Berlinetta’, manakala 296 GTS (2022) pula merujuk kepada ‘Grand Turismo Spider’. Berikut ciri 296 GTS (2022):

  • Bumbung jenis keras boleh retrak (retractable hard top, RHT) dengan rekabentuk mirip 296 GTB.
  • Mengambil masa 14 saat untuk buka dan tutup bumbung pada halaju 45kmj.
  • Bumbung terpisah kepada dua bahagian yang boleh dilipat dan disimpan depan enjin.
  • Cermin belakang boleh laras ketinggian, memisahkan kabin dan dek belakang ketika bumbung dibuka.

  • Dek belakang berbeza, tetapi kekal dengan cermin lut sinar untuk melihat enjin.
  • Pilar-A, -B dan sil diubah suai untuk meningkatkan ketegaran casis.
  • Dijana enjin hibrid 3.0L V6 Turbo berkuasa 663hp dengan transmisi dual klac (DCT) 8-kelajuan, sama seperti SF90 Stradale, Ferrari Roma, Portofino M, SF90 Spider dan 296 GTB.

  • Dipadankan motor elektrik yang meningkatkan kuasa kepada 818hp dan tork 740Nm.
  • Boleh dipandu sejauh 25km dalam mod elektrik eDrive.
  • Pek bateri 7.45kWh.
  • Kelajuan hingga 135kmj dalam mod eDrive.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 2.9 saat, manakala kelajuan maksimum lebih 330kmj dengan bumbung ditutup.
  • Ada empat mod kuasa eManettino boleh pilih pada stereng: eDrive, Hybrid (H), Performance dan Qualify.
    • eDrive – Enjin pembakaran dalaman dimatikan (ICE) dan kereta dipacu tenaga elektrik melalui roda belakang.
    • Hybrid – Tetapan standard, tenaga dilaras untuk kecekapan maksimum.
    • Performance – Enjin sentiasa hidup dan membantu mengekalkan kecekapan bateri untuk memastikan kuasa penuh pada setiap masa.
    • Qualify – Memberikan prestasi maksimum, pengecasan semula bateri pada tahap rendah.

Pakej Assetto Fiorano

Jika mahukan lebih kuasa dan prestasi, Ferrari turut menawarkan pakej Assetto Fiorano untuk 296 GTS. Dengan pakej ini, berat kereta dikurangkan menerusi penggunaan absorber boleh laras Multimatic daripada perlumbaan GT dan dioptimumkan untuk diguna trek.

Turut dipasangkan kit aerodinamik gentian karbon pada bampar depan dengan tambahan 10kg daya mendap (downforce). Komponen gentian karbon juga digunakan pada bahagian dalaman dan luaran kereta.

Tidak hanya tukar dan pasang, beberapa komponen memerlukan struktur asas direka semula seperti panel pintu untuk mengurangkan lagi berat sebanyak 8kg. Lagi komponen boleh dipesan ialah tayar prestasi tinggi Michelin Pilot Sport Cup2R yang sesuai untuk litar.

Mengenai harga, 296 GTS dijangka lebih mahal daripada 296 GTB jika dibawa masuk ke pasaran tempatan kelak.

BACA >>> Polis Kenal Pasti, Buru Pemilik Ferrari Samseng Belasah Pemandu X70
BACA >>> Ferrari Daytona SP3 dengan Enjin Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan

Ferrari 296 GTS Assetto Fiorano
Ferrari 296 GTS
Ferrari 296 GTS dan 296 GTS Assetto Fiorano
Ferrari Ferrari 296 GTB Ferrari 296 GTS Ferrari 296 GTS (2022) PHEV Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.