Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari 250 GTO (1962) Pecah Rekod Kereta Lelong Paling Mahal Dunia – RM199.6 Juta
Auto Terkini

Ferrari 250 GTO (1962) Pecah Rekod Kereta Lelong Paling Mahal Dunia – RM199.6 Juta

Han OthmanBy Han Othman29/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH supercar klasik Ferrari 250 GTO (1962) menjadi kereta paling mahal yang dijual pada acara lelongan RM Sotheby’s di Monterey, California, Amerika Syarikat dengan harga AS$48.4 juta (RM199.6 juta), Sabtu lalu.

Coupe merah ialah satu daripada 36 unit model sama yang dikeluarkan Ferrari dan setiap satu memiliki keunikan tersendiri. Menarik tentang 250 GTO ini ialah resume dimiliki dalam kejuaraan kebangsaan selain meraih beberapa kemenangan besar sepanjang era kompetitif sekitar 1960-an yang melayakkan ia diingati dalam sejarah perlumbaan dunia.

BACA >>> Ferrari 250 GTO 1962 – Kereta Lelong Paling Mahal Dunia Berharga Lebih RM150K Juta

Lebih menarik lagi, berbeza berbanding kebanyakan kereta lumba lain, supercar ini tidak pernah mengalami kemalangan yang memerlukan ia dibaiki. Bak kata penjual kereta terpakai, accident free!

Asal Ferrari ini dimiliki bekas eksekutif Microsoft, Greg Whitten sejak 2000 dan kini dibeli seorang pembida enggan dikenali pada harga AS$44 juta (RM181 juta) atau setepatnya AS$48.4 juta (RM199.6 juta) selepas caj lelongan.

Harga 250 GTO itu memecahkan rekod lelongan AS$38 juta (RM156.7 juta) yang juga dibuat model kereta sama pada 2014. Bagaimanapun ada laporan mendakwa satu lagi GTO dijual dalam jualan persendirian pada harga AS$70 juta (RM288 juta), awal tahun ini.

BACA >>> Ferrari 250 GTO (1962) Bakal Jadi Kereta Paling Mahal Di Dunia

Macam-macam hobi orang kaya sekarang. Beli kereta sudah macam beli kapal terbang. Hmmm…

GALERI
Ferrari Ferrari 250 GTO (1962) Greg Whitten kereta lelong Kereta Sport lelong RM Sotheby's Rumah Lelongan Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

GWM Wey 05 Malaysia
Autotainment

Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

06/07/2026
Auto Terkini

Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

06/07/2026
Auto Terkini

G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

06/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

06/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam06/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.