• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Ferrari 250 GTO 1962 Bakal Jadi Kereta Paling Mahal Di Dunia

Ferrari 250 GTO 1962 Bakal Jadi Kereta Paling Mahal Di Dunia

November 15, 2016 By AO Leave a Comment

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

1962-ferrari-250-gto-bg
KEMBALI ke tahun 2014, Ferrari 250 GTO merah dijual pada harga AS$38.1 juta (RM165.7 juta), sekali gus melepasi jangkaan ramai yang meletakkan harga supercar itu pada AS$8 juta. Kemudian, pada Februari tahun ini, sebuah Ferrari 355 Sport dijual pada harga AS$35.7 juta (RM154.3 juta)

Namun, kedua-dua model itu masih jauh daripada menyamai nilai AS$52 juta (RM224.8 juta) yang mungkin dibayar seorang pengumpul kereta untuk sebuah lagi Ferrari 250 GTO.

Pengedar Ferrari Britain, Talacrest menawarkan Ferrari 250 GTO tahun 1962 berwarna biru-putih pada harga £45 juta, di mana berdasarkan tukaran terkini, nilainya ialah AS$56 juta (RM242.1 juta), sekali gus menjadikan ia kereta paling mahal di dunia jika terjual. Malah, jika anda mengira dalam Euro, €51 juta masih dalam nilai paling tinggi yang pernah dibayar seseorang untuk memiliki sebuah kereta.

APAKAH SEMAHAL NILAI?

Apa pula alasan yang membuatkan model berkenaan berharga segila begitu? Jawapannya, model itu ialah Ferrari 250 GTO yang kedua dihasilkan dan model pertama menyertai perlumbaan.

Ketika debut perlumbaan 12 Hours of Sebring, kereta itu menghabiskan saingan di tempat pertama dalam kelasnya dan kedua keseluruhan. Pada tahun sama, model Ferrari itu turut menyertai kejohanan 24 Hours of LeMans dan menduduki tempat keenam keseluruhan serta pertama dalam kelas.

Kereta berkenaan terus berlumba dengan meraih pelbagai kejayaan besar hingga 1965. Pada perlumbaan terakhir, kereta hebat itu bersaing dalam Trofi Pelancong Nassai dan sekali lagi memenangi kejohanan itu dalam kelas sama.

Bercakap kepada akhbar Britain, Telegraph, wakil Talacrest, John Collins menggelarkan Ferrari itu sebagai 'Holy Grail' bagi kereta klasik. Menurutnya, selepas pilihan raya Amerika Syarikat (AS), orang ramai mula melihat kepada pelaburan aset dan ia lebih baik berbanding melukis atas dinding.

Sekarang, mari kita nikmati keindahan Ferrari 250 GTO yang bakal dinobatkan kereta termahal dunia.

GALERI

SUMBER: Road and Track

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Ferrari, Ferrari 250 GTO, kereta termahal dunia, Roda4, Talacrest

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my