Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Fernandez Kekal Moto2, Petronas SRT Masih Mencari, Dovizioso ke Aprilia?
Auto Terkini

Fernandez Kekal Moto2, Petronas SRT Masih Mencari, Dovizioso ke Aprilia?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAINGAN MotoGP yang bakal memasuki pusingan kesembilan hujung minggu ini membuatkan banyak pasukan sudah mula mengorak langkah untuk menghadapi musim depan. 

Pasukan seperti Pramac Racing sudah pun mengumumkan pelumba mereka, Johann Zarco dan Jorge Martin kekal pada musim depan. Begitu juga dengan Jack Miller bersama Ducati Lenovo Team manakala KTM Tech3 pula baru sahaja mengumumkan pelumba Moto2, Remy Gardner bakal menyertai pasukan itu musim depan.

BACA >>> Zarco Lega Marquez Menang
BACA >>> Gardner ke MotoGP Musim Depan, Sertai KTM Tech3!

Barisan pelumba Pramac Racing kekal tahun depan

Sementara itu, pasukan seperti KTM, Honda dan Suzuki sudah pun mempunyai pelumba musim depan, terdapat beberapa pasukan masih mempunyai kekosongan seperti Petronas SRT dan Aprilia. 

FERNANDEZ MAHU KEKAL MOTO2 SEMUSIM LAGI

Petronas SRT dikatakan sedang mencari pengganti pelumba legenda, Valentino Rossi yang mungkin menamatkan kariernya musim ini ataupun menyertai pasukannya sendiri dengan menunggang Ducati.

Justeru pelumba muda berbakat besar KTM Red Bull Ajo, Raul Fernandez menjadi antara calon utama untuk berlumba dengan pasukan Malaysia itu.

BACA >>> SAH! Aramco Racing Team VR46 Guna Jentera Ducati Tiga Tahun
BACA >>> Satu Slot VR46 Masih Kosong, Mungkinkah Rossi Berlumba untuk Pasukan Sendiri?

Raul Fernandez

KTM nyata menyedari hal itu dan tidak rela kehilangan bakat muda mereka. Malah, perpindahan Fernandez ke Petronas SRT juga hampir mustahil kerana pelumba itu sendiri mahu kekal berlumba dalam Moto2 untuk semusim lagi. Dia turut menolak peluang menyertai rakan pasukannya, Remy Gardner untuk bersaing dalam kelas premier bersama pasukan Tech3.

Remy Gardner sah sertai Tech3 musim depan

Situasi itu menyebabkan satu jentera YZR-M1 masih kekal kosong dan masih mencari pasangannya. Antara calon lain menjadi sasaran ialah pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Garrett Gerloff yang menggantikan Franco Morbidelli minggu ini berikutan kecederaan lutut dialami pelumba Itali itu. Namun, semuanya tidak dapat dipastikan. 

BACA >>> Morbideli Bedah Lutut Hari Ini
BACA >>> Morbidelli Terlepas Aksi GP Assen Minggu Ini, Garret Gerloff Jadi Pengganti

Gerloff akan menggantikan tempat Morbidelli buat sementara waktu.

DOVIZIOSO KEMBALI SERTAI MOTOGP DENGAN APRILIA?

Dovizioso dilihat menguji jentera RS-GP di Misano

Dalam perkembangan lain, Aprilia juga berdepan masalah sama. Sementara Aleix Espargaro disahkan kekal bersama Aprilia musim depan, satu lagi slot masih kosong. Mantan pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dilihat calon pilihan kerana pernah dilihat terlibat dalam sesi tunggang uji Aprilia beberapa hari lalu di Misano.

Jika benar Dovizioso menyertai pasukantersebut, ini pasti jadi berita baik kerana dia juga antara pelumba era moden yang disegani kehebatannya selain mempunyai rekod baik bersama Ducati. 

BACA >>> Espargaro: Aprilia Belum Sedia Naik Podium
BACA >>> Brembo Bangunkan Cakera Brek Lebih Besar untuk Jentera MotoGP

SUMBER: GPone.com

Aleix Espargaro Andrea Dovizioso Aprilia franco morbidelli Johann Zarco jorge martin KTM Red Bull Ajo KTM Tech3 MotoGP Petronas Yamaha SRT Pramac Racing raul fernandez Remy Gardner Valentino Rossi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.