Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)
Autotainment

FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)

Han OthmanBy Han Othman07/08/201928 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Saga (2019) versi dipertingkat (facelift) baru saja dilancarkan pada harga serendah RM32,800 dengan menampilkan beberapa pembaharuan signifikan.

Artikel ini akan menyenaraikan maklumat secara soal-jawab mengenai apa saja yang perlu anda tahu mengenai Proton Saga (2019).

1. ADA BERAPA VARIAN SAGA (2019)? BERAPA HARGA?

Saga (2019) versi facelift ada tiga varian sahaja, dan harga pula bawah RM40,000:

  • Standard MT – RM32,800
  • Standard AT – RM35,800
  • Premium AT – RM39,800
2. ADA BERAPA WARNA?

Ada 5 warna, paling menarik ungu dan merah:

  • Jet Grey (kelabu)
  • Snow White (putih)
  • Ruby Red (merah)
  • Armour Silver (perak)
  • Rosewood Maroon (ungu gelap) – warna baharu
3. LUARAN APA YANG BAHARU?

Nak tau apa yang baharu pada rupa luaran Saga (2019)? Mari kita semak senarai di bawah ini:

  • Paten gril baharu, ‘Infinite Weave’ yang sama seperti X70, Iriz dan Persona
  • Panel krom horizontal bawah gril
  • Lampu siang (DRL) LED tepi bampar
  • Rim sport baharu, paten kelopak bunga (varian Premium)
  • Tulisan krom ‘PROTON’ di pintu but
  • Spoiler atas pintu but
  • Bampar belakang baharu, ada ventilator udara di kiri dan kanan
  • Difuser baharu bawah bampar ala ekzos fake dengan kemasan krom
  • Tiada lagi slot kunci but
  • Saiz brek cakera lebih besar, sama dengan Iriz dan Persona.
4. DALAMAN APA YANG BAHARU?

Bahagian kabin pula ada:

  • Unit infotainment skrin sentuh jenis apung 7 inci
  • Ada sambungan Bluetooth, storan 16GB dan serasi telefon Android
  • Ada 3 palam USB
  • Panel meter baharu
  • Paten fabrik baharu
  • Kabin lebih senyap
5. ENJIN TAK BARU KE?

Enjin kekal 1.3 VVT, tapi kali ini guna kotak gear baharu jenis automatik 4-kelajuan baharu, bukan lagi CVT. Lebih senyap dan lancar.

6. LAGI MURAH KE SAGA (2019) NI?

Ya, kalau gabungkan pengurangan harga dengan nilai tambahan untuk ciri baharu setiap varian Saga (2019), pembeli Saga 1.3L Premium AT dapat nilai tambahan berjumlah RM3,747 berbanding varian terdahulu, manakala Saga 1.3L Standard AT (RM2,043), dan Saga 1.3L Standard MT (RM2,291).

Bawah ni rujukan harga Saga lama:

  • Standard 1.3 Manual – RM36,800
  • Standard 1.3 CVT – RM39,800
  • Executive 1.3 CVT – RM42,800
  • Premium 1.3 CVT – RM45,800

Sebagai makluman, Saga (2019) berharga bawah RM40,000. Murahkan?

7. CIRI KESELAMATAN GEMPAK TAK?

Setiap varian akan dapat:

  • 2 beg udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Sensor parkir
  • ISOFIX dengan pautan atas.

Jika beli varian Premium, dapat lagi tambahan:

  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Bantuan Pegun Bukit (HHA)
  • Sensor parkir depan
  • Kamera undur

* Satu-satunya kereta segmen A yang ada ESC dan TCS

8. WARANTI MACAM MANA PULA?

Sama macam X70, Iriz, Persona dan Exora, jika beli Saga (2019), anda boleh piliha salah satu daripada tiga pakej Nilai Ekstra:

  • Pakej Servis – Percuma 3x kos upah buruh, atau untuk setahun.
  • Pakej Kadar Faedah – Kadar pembiayaan pinjaman kenderaan serendah 2.98 peratus setahun.
  • Pakej Insurans – Manfaat insurans untuk kereta baharu jika mengambil insurans menerusi panel Proton.
9. TIMING-CHAIN ATAU TIMING-BELT?

Timing-belt. Bukan tukar tiap-tiap bulan pun kan?

10. TOP-SPEED BERAPA?

Meter sampai 220kmj. Laju-laju nak ke mana, bukan kereta lumba.

11. TANGKI PETROL BERAPA BESAR?

40 liter.

12. ADA ‘HI PROTON’ TAK?

Tak ada.

13. SIAPA PESAING SAGA NI?

Perodua Bezza.

BACA >>> Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

GALERI

autotainment PROTON Holdings Berhad Proton Saga Proton Saga (2019) Facelift Roda4 Sedan Sedan Segmen-A Soal-Jawab Proton Saga (2019)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

22/05/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026

28 Comments

  1. Adli on 08/08/2019 03:21

    Ad eco mode or jimat minyak mcm bezza ke? Juz tye..rkyat malaysia kn suke yg jimat minyak..hehe

    Reply
    • Aku on 14/08/2019 11:54

      adalah boh!… kat dia dah terangkan atas. ada eco mode. nak tanya stereng guna eletrik atau hidraulik?

      Reply
      • Fredz on 15/11/2019 08:55

        Menganjing nampak.. org tanya elok jawab la elok2.. budi bahasa budaya kita.. tak kisah la org tu dah baca artikel ke belum.. mentaliti sampah..

        Reply
      • Kau on 05/12/2019 10:01

        Takde pun terang kat atas?

        Reply
  2. Andi on 16/09/2019 23:03

    Saga 2019 1 litre boleh smpai berapa km

    Reply
  3. PET JEREMY GOH on 14/10/2019 10:36

    Hello. I have yet received my standard saga 2019 Manual Transmission. Loan approved since 20th september. I like to know is it normal the wait is long and how long more have to wait for it ready to ship out of production line

    Reply
    • Abang GYL on 14/10/2019 16:29

      Hi, jika waiting list panjang, ya memang akan tunggu. Tapi sefaham kami loan hanya valid untuk 30 atau 60 hari saja selepas sign.

      Reply
      • PET JEREMY GOH on 16/10/2019 16:19

        Jadi selepas sign lebih 60 hari atau 2 bulan kena apply balik lah ya?

        Reply
  4. Ahmad lamsaran on 10/11/2019 08:31

    Adakah stock saga baru 2019 di showroom proton sekitar kota kinabalu dlm bulan 11 ni

    Reply
  5. Linda on 30/12/2019 17:56

    Saya tunggu proton saga dah dekat 2 bulan. Loan sampai 5hb January 2020. Bila Tanya dealer, dia akan cakap proton masih blm hantar.

    Reply
    • encik on 11/01/2020 10:08

      sama la. saya pun dah nak masuk 2 bulan ni. kereta belum dapat lagi.

      Reply
    • Hafizi bin ismail on 05/02/2020 07:08

      Assalamualaikum, nak tanya..beli kereta ni memang kena tunggu beberapa bulan ke nak dapat. Kenapa jadi camtu ye, bukan oder dari luar negara. Boleh tak bagi penjelasan dengan lebih detail agar pembeli puas hati. Terima kasih. 🙂

      Reply
  6. jy on 24/01/2020 03:32

    dalam bonet belakang tiada lampu….???

    Reply
  7. Rusnah on 11/02/2020 11:48

    Yea la.saya pun dah hapir 2 bulan selepas loan lulus masih tak dapat lagi,kenapa macam tu

    Reply
  8. Roslan on 08/03/2020 22:21

    Rasa dah kurang percaya dekat proton loan besok 9/2 dah genab 2 bulan, tapi kereta tak muncul2 lagi #x caya dah proton

    Reply
  9. Basri bin husain on 31/03/2020 15:01

    Chek engine menyala, tak padam kenapa, apa perlu buat

    Reply
    • Abang GYL on 31/03/2020 17:27

      Kena semak pakai komputer untuk ketahui punca. kadang-kadang masalah sensor

      Reply
  10. cah on 24/09/2020 15:43

    saya tunggu dah lebih 3 bulan. macam mana nak check status kereta eh ?

    Reply
  11. Aswad on 24/08/2021 22:17

    Saya beli saga 2019 stendet,kalau saya tukar radio baru ganggu tak warranty yang di beri

    Reply
  12. adila on 25/08/2021 15:56

    signel minyak dah lip lap lip lap….tanda minya dh nk habis…….tp kat kilometer masih 90km….boleh jamin ka tu..

    Reply
    • Abang GYL on 25/08/2021 23:52

      Bergantung kepada cara pemanduan. Kebiasaanya cukup untuk 60km. Tapi jangan amalkan selalu minyak kelip.

      Reply
  13. Norina binti inal on 25/01/2022 10:50

    Selamat pagi sis nak tanya KLU kereta husben sis proton saga 2019 tiba2 keluar kat screen trip A tolong ye apa maksud nya ??

    Reply
    • AO on 21/02/2022 00:40

      Kegunaan ‘trip meter’ adalah untuk setkan jarak perjalanan. Ada trip A dan B. Kalau tekan button kat meter tu lama sikit, meter akan disetkan kepada 0. Biasanya disetkan untuk perjalanan pergi dan balik. Jangan risau.

      Reply
  14. kereta proton on 31/12/2022 23:00

    terima kasih diatas perkongsian

    Reply
  15. perodua on 01/01/2023 00:01

    terima kasih, atas perkongsian.semoga dipermudahkan

    Reply
  16. Jackiechan on 20/05/2024 11:24

    Berapa liter di perlukan untuk tukar minyak gearbox?? Setelah tukar filter gearbox skali??

    Reply
  17. RANGGOS MINASUM on 28/05/2024 12:21

    My Proton Saga model 2019, mileage is about to reach 100k. Is it a must to change it’s WATER PUMP and TIMING BELT? I know TIMING BELT is a must. But isn’t latest car all using timing chain? Please reply

    Reply
    • Azhan O on 01/07/2024 23:05

      Follow your regular services and change the parts when the time comes.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

By Syafie22/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

By Shazwan Hisam21/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.