Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#FaktaAtauAuta: Benarkah Pemandu China Akan Pastikan Pejalan Kaki Mati Jika Terlanggar?
Autotainment

#FaktaAtauAuta: Benarkah Pemandu China Akan Pastikan Pejalan Kaki Mati Jika Terlanggar?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA beberapa cerita mendakwa pemandu di China lebih rela melanggar pejalan kaki atau pengguna jalan raya di sana hingga mati walaupun mangsa cuma cedera.

Bukan di Malaysia saja, malah cerita itu turut ditularkan netizen dunia sebagai 100 peratus benar. Ini kerana tindakan melanggar seseorang hingga mati lebih menjimatkan wang dalam jangka masa lama. Tambahan lagi memang wujud istilah kemalangan berganda untuk insiden terlanggar banyak kali (double hit).

BACA >>> Kereta Elektrik NIO ET5 Jatuh Bangunan di China, Dua Pemandu Uji Terbunuh

Insiden ‘double hit’ pernah jadi fenomena di Taiwan pada awal 1990-an, termasuk pernah dirakamkan beberapa kali. Malah, jika kita buat carian Internet, turut ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera sekuriti mendedahkan insiden seperti itu.

Antara kes berlaku pada 2008 menunjukkan pemandu Volkswagen Passat di China, Zhao Xiao Cheng secara tidak sengaja terlanggar wanita warga emas berusia 64 tahun. Sebaik saja menyedari kemalangan itu, suspek bertindak menggilis warga emas itu hingga maut.

Klip video itu menyebabkan Xiao Cheng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh dengan niat. Lebih mengejutkan, suspek dibebaskan daripada tuduhan membunuh!

BACA >>> Syarikat e-Hailing Terbesar China Tutup Operasi Kongsi Kereta Susulan Kes Bunuh, Rogol

KENAPA JADI BEGITU?

Ini kerana dalam kes tersebut, peguam Xiao Cheng mendakwa suspek menyangka dia menggilis beg sampah, dan alasan itu sudah cukup membolehkan dia dipenjara tiga tahun atas kesalahan cuai. Bagaimanapun, dia cuma menjalani hukuman selama dua tahun.

Kes langgar dan bunuh ini bukan benda aneh di China kerana ada undang-undang mengenai pampasan ke atas mangsa.

Maksudnya, jika seseorang pemandu itu terlanggar dan menyebabkan kematian seorang pejalan kaki, pesalah perlu bayar sekali bayaran AS$30,000 hingga AS$50,000 (RM133,800 hingga RM223,000) kepada keluarga mangsa. Jika pampasan dibuat, maka kes dianggap selesai.

Namun, lain pula cerita jika terlanggar dan mangsa masih bernyawa. Di China, undang-undang akan memastikan pesalah menanggung kos penjagaan dan kecacatan mangsa selama seumur hidupnya, yang mana kos keseluruhan boleh mencecah jutaan dolar.

Artikel daripada portal Slate memberikan contoh seorang lelaki status kelainan upaya (OKU) mengumpul pampasan sejak 23 tahun lalu berjumlah AS$400,000 (RM1.78 juta). Malah kanak-kanak juga tidak terlepas daripada jadi mangsa ‘langgar dan bunuh’.

Berdasarkan situasi disebuat di atas, kita sudah tentu dapat mengetahui alasan sebahagian rakyat di China tidak ragu-ragu ‘melanggar mati’ mangsa kemalangan.

Inilah sebab yang mendorong kepada pepatah China, ‘Lebih baik langgar dan bunuh, daripada langgar dan cedera’.
Jadi anda sekarang mungkin mahu menimbang semula hasrat berjalan kaki dan bersiar-siar di China. Jika mahu, eloklah dapatkan khidmat pemandu di sana.

BACA >>> Penumpang Batuk Kena Halau Pemandu e-Hailing Selepas Tahu dari Wuhan
BACA >>> Kajian: Kereta e-Hailing Lebih Kotor daripada Mangkuk Tandas
BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai…

SUMBER: TheReevesLawGroup

Auto Terkini autotainmen China Fakta atau Auta Pemandu di China Roda4 Skim Langgar dan Bunuh
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
    Auto Terkini

    Tonto Bakal Berdepan Penjara 5 Tahun, Denda Sehingga RM50,000!

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.