Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»F1 McLaren Milik Lewis Hamilton Ini Bakal Dilelong! Bidaan Dijangka Cecah RM29j
Auto Terkini

F1 McLaren Milik Lewis Hamilton Ini Bakal Dilelong! Bidaan Dijangka Cecah RM29j

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MCLAREN mengumumkan kerjasama dengan rumah lelongan klasik, RM Sotheby’s untuk melelong jentera MP4-25A yang dipandu juara dunia Formula Satu (F1) Lewis Hamilton di GP Turki pada 2010.

Ini juga kali pertama jentera milik Hamilton yang pernah memenangi perlumbaan dilelong.

Lewis Hamilton memandu MP4-25A ini di GP Turki

Keputusan McLaren menjual jentera lumba sangat jarang dilakukan dan ini menarik perhatian ramai peminat permotoran seluruh dunia. Mungkinkah pasukan F1 terkenal itu mengalami masalah kewangan akibat pandemik Covid-19 hingga memaksa jentera tersebut dijual?

RM Sotheby’s akan mula melelongkan jentera tersebut pada 17 Julai ini di Silverstone sebelum pusingan kelayakan GP Britain. Bidaan dijangka bermula sebaik saja jentera F1 yang pasti menarik untuk dilihat. 

Inilah jentera casis MP4-25A pertama dibina McLaren dengan enjin 2.4L Mercedes V8. Bakal pemilik kereta tersebut memerlukan sepasukan jurutera untuk menggunakannya.

McLaren-Mercedes dijangka dapat menjual jentera berkenaan pada harga antara AS$5 juta-AS$7  juta (RM20.7 juta-RM29 juta). Walaupun mahal, pasti berbaloi dimiliki kerana jentera ini pernah dipandu Hamilton, antara pelumba F1 paling berjaya dalam sejarah. 

Ferrari F2001 ini dijual setinggi RM31 juta.

RM Sotheby’s pernah menjual jentera Ferrari F2001 yang dipandu Michael Schumacher di GP Monaco pada harga AS$7.5 juta (RM31 juta). Sebagai antara jentera terhebat dihasilka Ferrari, memang padanlah dengan harga semahal itu. 

BACA >>> F1 2021: Strategi Pintar Mercedes Letakkan Hamilton Juara GP Sepanyol
BACA >>> #TahukanAnda: 5 Model Kereta Pernah Dipandu Lewis Hamilton, Tetapi Tidak Best

SUMBER: Road&Track

F1 Ferrari F2001 Formula One Formula Satu Lewis Hamilton McLaren mclaren mercedes Michael Schumacer Michael Schumacher MP4-25A RM Sotheby's
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.