Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Exciter Fest 2019: Ribuan Exciter Bernilai Puluhan Ribu Ringgit Berkampung di Saigon
Auto Terkini

Exciter Fest 2019: Ribuan Exciter Bernilai Puluhan Ribu Ringgit Berkampung di Saigon

AryonBy Aryon14/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 13 Mei lalu, berlangsung satu acara tahunan ‘Exciter Fest 2019’ yang menghimpunkan ramai peminat permotoran seluruh Vietnam, khususnya pemilik dan peminat super moped Yamaha Exciter 150 (Y15ZR).

Selain pelancaran super moped edisi khas, Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP, acara paling dinantikan tidak lain dan tidak bukan ialah pameran modifikasi, ubah suai dan mekap motosikal yang membariskan aneka kreativiti pemilik-pemilik Exciter dan motosikal Yamaha di Vietnam.

BACA >>> Vietnam Lancar Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, Harga RM8,740

Lihatlah contoh Exciter di atas ini yang menggantikan lampu asal dengan lampu NVX. Rupa depan juga direka lagak seperti motosikal berenjin besar dengan serombong ambilan udara pada fairing depan. Memang pelik-pelik.

Malah, kos yang dibelanjakan bukan sedikit, boleh mencecah puluh ribu dan jutaan dong yang kalau ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, bernilai belasan hingga puluhan ribu ringgit (tak percaya baca SINI).

Rata-rata pembikin motor di Vietnam cenderung memiliki aksesori daripada jenama sukan permotoran ternama seperti Öhlins, Brembo dan Kosho.

Menurut pembikin di sana, tempoh masa menyiapkan motosikal masing-masing juga tidak sama kerana bergantung kepada alat ganti dan aksesori yang perlu dibeli dari luar negara, serta masalah kewangan. Maklumlah, hobi kami mahal. Jadi kenalah ikat perut, tunggu bonus, atau tunggu insentif berkerja lebih masa.

BACA >>> Vietnam Lancar Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, Harga RM8,740

Sebenarnya, hobi bermotosikal di Vietnam sudah bermula lama, cuma sebelum ini terbatas disebabkan masalah aksesori dan produk rendah kualiti. Tetapi kini segalanya semakin mudah kerana Vietnam sendiri sudah jadi pengeluar beberapa produk aksesori dan alat ganti Yamaha.

Dan jangan terkejut, ramai mat motor di Vietnam mengaku mendapatkan barang-barang Exciter unik dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia. Ya, Malaysia kawan-kawan! Sama seperti mat motor Malaysia yang tercari-cari barang dari Vietnam.

Menarik dibincangkan, aktiviti ‘hobi kami mahal’ di Vietnam itu menjadi semakin berleluasa, ekstrem dan melampau kerana penguatkuasaan undang-undang yang lemah di negara itu. Ini disebabkan ketiadaan pihak berkuasa yang bertindak memantau sama ada sesebuah motosikal itu selamat digunakan atas jalan.

Di Malaysia, kita sekurang-kurangnya berfikir dua tiga kali juga sebelum hendak buat apa-apa modifikasi apabila memikirkan risiko berdepan polis dan JPJ. Tetapi di Vietnam, tak ada pihak yang mahu ambil pot. Jadi, memang enjoy sakanlah mat rempit Vietnam!

Jom layan dulu macam mana gaya Exciter di Vietnam!

GALERI
Auto Terkini Exciter Fest 2019 Hobi Kami Mahal Kapcai Pameran Motosikal roda2 super moped Vietnam Yamaha Exciter 150 Yamaha Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.