Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Trak dan Lori»EVolve Electrics Perkenal Lima Trak Komersial JAC, Termasuk EV untuk Pasaran Malaysia!
Trak dan Lori

EVolve Electrics Perkenal Lima Trak Komersial JAC, Termasuk EV untuk Pasaran Malaysia!

Han OthmanBy Han Othman21/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN trak pikap, wakil pengedar rasmi kenderaan komersial JAC Motors, EVolve Electrics hari ini turut memperkenalkan barisan kenderaan komersial yang terdiri daripada dua model diesel dan tiga model elektrik (EV) untuk pasaran Malaysia.

Lima model trak itu terdiri daripada:

  • JAC N50 Diesel – RM87,000 (anggaran)
  • JAC N80 Diesel – RM117,000 (anggaran)
  • JAC i75 EV – RM245,000*
  • JAC i80 EV – RM265,000*
  • JAC i40 EV -RM140,000*

* Harga sebelum promosi.

JAC N50 DIESEL (RM87,000, anggaran)

Trak diesel tugas ringan empat roda ini menampilan rekabentuk ringan menggunakan aluminium aloi dan struktur baharu bagi mengurangkan berat kenderaan.

Berikut spesifikasi JAC N50 Diesel:

  • Dijana enjin diesel Euro4 Honeywell WGT 2,746cc turbo yang dibangunkan JAC dan Bosch serta dihasilkan di Kilang Cummins.
  • Sistem pemasa rantai lengan (sleeve chain) jenis bebas selenggara.
  • Menggunakan sistem bahan api Common Rail Tekanan Tinggi Delphi dengan tekanan suntikan mencapai 1,800 bar dan rekabentuk penapis diesel dua tahap bagi menambah baik penggunaan dan penyesuaian bahan api.
  • Prestasi transmisi manual seakan kereta dengan rekabentuk ringan daripada aluminium aloi yang menambah baik penjimatan minyak.
  • Output kuasa 123hp @ 3,600rpm dan tork 285Nm @ 1,800-2,600rpm.

  • Memiliki dimensi casis panjang 1,800mm, lebar 650mm dab tinggi 45omm, manakala lebar frem 700mm.
  • Memiliki jarak roda 2,850mm atau 3,365mm dengan panjang frem untuk muatan 12 kaki/14 kaki.
  • Casis kabin mampu menampung muatan 3,000kg.
  • Berat keseluruhan (termasuk muatan) hingga 5,000kg.

JAC N80 Diesel (RM117,000, anggaran)

Trak diesel tugas sederhana enam roda ini memiliki jarak roda 3,845mm atau 4,475mm dengan panjang frem untuk muatan 17 kaki/20 kaki. Casis kabin mampu menampung muatan 5,500kg dengan berat keseluruhan (termasuk muatan) hingga 7,500kg.

Berikut spesifikasi JAC N80 Diesel:

  • Dijana enjin diesel Euro4 3,760cc turbo WG yang rendah bunyi dengan sistem pengurusan penggunaan bahan api pintar bagi menambah baik ekonomi bahan api
  • Menampilkan rekabentuk geseran rendah  bagi mengurangkan kuasa geseran enjin dengan teknologi henti-mula (start-stop) yang mampu penggunaan bahan api sebanyak 88 peratus.
  • Modul Kawalan Enjin (ECM) memiliki memori besar dan kelajuan pemproses pantas serta disepadu dengan sistem kawalan pasca proses yang menambah baik ketahanan dan reliabiliti sistem penghidup.
  • Bunyi ekzos dikurangkan.
  • Klac dinaik taraf daripada 325mm kepada 350mm, dan ruang geseran dipertingkat lebih 20 peratus bagi menambah baik tork transmisi dan jangka hayat klac.
  • Output kuasa 154hp @ 2,600rpm dan tork 500Nm @ 1,200-1,900rpm.
  • Memiliki dimensi casis panjang 2,140mm, lebar 700mm dan tinggi 500mm, manakala lebar frem 850mm.

Dua trak ini dipakejkan waranti lima tahun atau 300,00km (mana satu tiba dulu) dengan stok alat ganti mudah yang disokong pusat alat ganti JAC, dan harga 30 peratus lebih murah daripada jenama Jepun.

Juga ada kempen bebas selenggara hingga 100,000km perbatuan, manakala kos servis 100,000 pertama serendah RM6,294, tertakluk terma dan syarat.

JAC i75 EV (RM245,000) / i80 EV (RM265,000)

Dua trak elektrik EV ini berbeza dari segi dimensi dan output kuasa ini walaupun menggunakan jenis bateri sama, CATL litium-besi-fosfat (LFP). Berikut spesifikasi kedua-dua model itu:

  • Menggunakan bateri CATL litium-besi-fosfat 106.95kWh dengan pengecasan standard (AC) 20-100 peratus mengambil masa 6.5 jam, dan pengecasan pantas (DC) 20-100 peratus mengambil masa 48 minit.

  • Dipacu motor elektrik jenis motor sinkronos magnel kekal (PMSM) dengan output kuasa 65/130kW (87/174hp), dan tork 415Nm @1,200rpm (i75), dan 90/171kW (120/229hp), dan tork 550Nm @ 1,050rpm.
  • Jarak pemanduan 201km (i75) dan 200km (i90) mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Jika memandu dalam halaju sekata 60kmj, jarak pemanduan dapat pergi lebih jauh, iaitu 370km (i75) dan 340km (i90).
  • Dilengkapi ciri keselamatan standard seperti dua beg udara, tali keledar prategang, pintu dibuka dan kuasa dimatikan jika berlaku perlanggaran, serta kunci salingan (inter-lock) voltan tinggi untuk menghalang renjatan elektrik jika status kenderaan dalam voltan tinggi.
  • Juga dilengkapi Brek Kecemasan Termaju (AEB), dan sistem bantuan pemandu seperti Sistem Amaran Tukar Lorong (LDWS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Bantuan Daki Bukit (HSA)

JAC i40 EV (RM140,000)

JAC i40 EV ialah trak elektrik jenis tugas ringan dengan berat muatan 3,700kg dan memiliki jarak roda 3,100mm. Berikut spesifikasi trak EV ini:

  • Menggunakan bateri CATL jenis litium besi fosfat (LFP) 63.75kWh dengan pengecasan standard (AC) 20-100 peratus mengambil masa 8.5 jam, dan pengecasan pantas (DC) 20-100 peratus mengambil masa 1.1 jam.
  • Dipacu motor elektrik jenis motor sinkronos magnel kekal (PMSM) dengan output kuasa 50/105kW (67/140hp), dan tork 140/300Nm.
  • Jarak pemanduan 230km mengikut WLTP, dan 300km jika dipandu dalam halaju malar 60kmj.
  • Dilengkapi ciri keselamatan standard seperti dua beg udara, sensor dan kamera undur, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Daki Bukit (HSA), dan Program Stabiliti Kenderaan (VSP).
  • Juga dilengkapi Brek Kecemasan Termaju (AEB), dan sistem bantuan pemandu seperti Sistem Amaran Tukar Lorong (LDWS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Purata kos penyelenggaran trak EV ini dianggarkan dalam RM950 setahun berbanding trak pesaing yang mencecah RM4,000.
JAC N50 Diesel
JAC N80 Diesel
JAC i75 EV
JAC i80 EV
JAC i40 EV
JAC i40 EV JAC i75 EV JAC i80 EV JAC Motors JAC Motors Malaysia JAC N50 Diesel JAC N80 Diesel Lori dan Trak Lori EV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Bikin Auto

#BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6

05/06/2026
Steinwinter Supercargo 1983
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

05/06/2026
Trak dan Lori

JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

21/05/2026
Trak dan Lori

Foton Aumark S Euro 5 AMT Rasmi Dilancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM128,800

14/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.