Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Emerald Auto, TOC Jalin Kerjasama Strategik Bantu Pelapis Industri Automotif Malaysia
Auto Terkini

Emerald Auto, TOC Jalin Kerjasama Strategik Bantu Pelapis Industri Automotif Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

EMERALD Auto Parts (Emerald Auto) dan Kolej Automotif TOC (TOC) menjalin kerjasama untuk merealisasikan sokongan dalam menambah baik skill dan daya saing generasi muda dalam industri automotif.

Kedua-dua pihak itu dikatakan berkongsi nilai hampir sama iaitu kualiti, integriti, inovasi dan pertumbuhan. Perjanjian itu diharap menjadi contoh untuk pemain industri lain, bekerjasama demi kebaikan industri automotif Malaysia.

Antara perkara dimeterai dalam perjanjian itu ialah:

  • Mencipta kesedaran jenama dan hubungan jangka panjang dalam industri.
  • Pelajar TOC berpeluang merasai pengalaman produk-produk sistem brek edaran Emerald Auto untuk latihan praktikal dan program pendidikan.

Perjanjian itu ditandatangani Pengarah Urusan Emerald Auto, Hong Lee Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas TOC, Adelaine Foo di TOC Petaling Jaya, Selangor.

Hadir menyaksikan upacara penting itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Emerald Auto, Lim Hung Hooi, dua Pengarah Emerald Auto iaitu Chew Kai San dan Sharon Wee. Kem TOC dihadiri Ketua Pegawai Operasinya, Alfred Foo.

Lee Ching berkata:

“Automotif termasuk industri alat ganti menjanjikan dan mewujudkan peluang pekerjaan. Jadi, ia amat penting untuk memberikuasa kepada bakat-bakat tempatan untuk mereka terus melangkah ke hadapan. Kami berbangga memberi sumbangan kepada usaha TOC untuk mewujudkan golongan juruteknik terbaik.”

SIAPA EMERALD AUTO

  • Peneraju pasaran berhubung edaran produk sistem brek kereta.
  • Satu-satunya pengedar di Malaysia yang ada rangkaian penuh pad brek dan cakera brek untuk semua model kereta.
  • Terkenal sebagai pengedar rasmi produk Brembo.
  • Juga mengedarkan produk jenama lain seperti SAM, Seiken, Champion, Sanwa dan Remsa.
  • Komponen lain diedarkan ialah komponen brek hidraulik, kabel kawalan, komponen elektronik enjin, alat ganti pemasaan dan sistem sejukan.
  • Berpengalaman 40 tahun dalam bidang automotif.
  • Rakan strategik untuk Institut Automatif, Robotik dan Internet Benda Malaysia (MARii).

BACA >>> #TahukahAnda: Betul Ke Produk Brembo Mahal Sangat?

APA ITU KOLEJ TOC

  • Sebuah kolej automotif yang ditubuhkan pada 2004.
  • Memberi jaminan penempatan kerja selepas pelajar menamatkan pengajian sama ada sijil mahupun diploma.
  • Program sijil dan diploma diluluskan Kerajaan. Ada juga diploma dari UK.
  • Memberi latihan automotif berkualiti tinggi, pelatih berkelayakan dan pusat pembelajaran pelajar automotif yang lazimnya diambil bekerja firma-firma automotif.

BACA >>> MAA: ‘Tiada Ahli Kami Dipanggil Dakwaan Kes Rasuah MARii’
BACA >>> MARii, Bank Muamalat Bekerjasama Sediakan Program Pembiayaan Vendor Automotif
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Motosikal Motocross, Enduro dan Dwi-Guna?

Adelaine Foo Alfred Foo Brembo Chew Kai San Emerald Auto Hong Lee Ching Kolej Automotif TOC Lim Hung Hooi Sharon Wee sistem brek
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.