• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MARii, Bank Muamalat Bekerjasama Sediakan Program Pembiayaan Vendor Automotif

MARii, Bank Muamalat Bekerjasama Sediakan Program Pembiayaan Vendor Automotif

May 6, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSTITUT Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk membangunkan Program Pembiayaan Vendor Automotif. 

Tujuan program adalah membantu pengeluar bahagian dan komponen automotif di bawah MARii mendapat akses kemudahan perbankan lebih baik bagi meningkatkan aliran kewangan untuk melancarkan lagi urusan dengan pengeluar kereta (OEM).

MoU itu ditandatangi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARii, Dato' Madani Sahari (duduk kiri) dan CEO Bank Muamalat, Khairul Kamarudin di Pejabat Korporat Satelit MARii di Kuala Lumpur.

Program Pembiayaan Vendor Automotif dijangka memberi manfaat kepada 100 vendor terpilih dalam industri automotif. 

Bagi menarik pelanggan baharu, vendor automotif terpilih memerlukan kemudahan pembiayaan untuk menyokong pembesaran perniagaan baharu sambil memastikan bekalan komponen kepada pelanggan kekal stabil. Kemudahan tersebut boleh saja hadir dalam bentuk pelaburan untuk meluaskan operasi selain membantu perolehan material mentah dan subkomponen.

Pelaburan baharu penting kerana vendor memerlukan lebih akses kepada dana kewangan untuk memastikan teknologi pembuatan dan kebolehan yang ada seiring keperluan Industri 4.0.

MoU itu juga membantu MARii dapat mengenal pasti vendor automotif berkelayakan untuk pelbagai OEM yang beroperasi dalam negara, termasuk berfungsi sebagai rujukan kepada vendor. Pada masa sama, MARii juga menjadi penasihat kepada Bank Muamalat untuk berkongsi pengetahuan mengenai industri automotif.

BACA >>> Malaysia Masuk Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) 2021!
BACA >>> MARii, CATARC, DRB-Hicom dan Proton Meterai Kerjasama Bangunkan Hab NxGV

Artikel Berkaitan

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Automotif, bank muamalat, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Institut Automotif, Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), MARii, OEM, Program Pembiayaan Vendor Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), vendor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my