Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA2019: KTM 1290 Super Duke R (2020) yang Lebih Ringan, Berkuasa
Roda2

#EICMA2019: KTM 1290 Super Duke R (2020) yang Lebih Ringan, Berkuasa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN 390 Adventure, KTM turut mendedahkan model perdana jenama itu, 1290 Super Duke R (2020) pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019. Jentera yang terkenal dengan julukan ‘The Beast’ itu kini datang dengan casis baharu dan ciri elektronik dikemas kini serta diberikan suntikan gaya baharu.

Pengurangan berat keseluruhan menyumbang kepada nisbah berat lebih baik menerusi penggunaan cagakan penyejukan dikemas kini dan penutup enjin lebih nipis untuk pengurangan berat sekitar 800 gram. Frem baharu mengurangkan berat 2kg, manakala diameter tiub lebih besar dengan dinding lebih tipis memberikan kekuatan struktur sebanyak tiga kali ganda.

Trenkuasa ppula masih mempertaruhkan enjin 1,301cc V-Twin berkuasa 177hp dan tork 140Nm.

BACA >>> KTM Siar Video Acah 1290 Super Duke (2020), Akan Lancar di EICMA November Ini

Model itu, yang kali terakhir dikemas kini pada 2017, turut menerima penambahbaikan pada swingarm dengan memindahkan pivot swingarm 5mm lebih tinggi dan hampir dengan sproket aci lawan (countershaft sprocket). Swingarm juga lebih panjang untuk mendapatkan ekstra kuasa.

KTM turut mengemas kini bahagian suspensi menerusi unit fork WP 48mm di depan dan absorber WP di belakang dengan tabung minyak dan udara secara berasingan. Klamp tripel pada hendal menggunakan material aluminium tempa ringan yang menjanjikan ketangkasan pengendalian.

BACA >>> KTM 250 Duke Kini Muncul Standard dengan ABS, Lebih Mahal RM800

Mengenai ciri elektronik, 1290 Super Duke R (2020) dilengkapi unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi Bosch untuk tetapan ABS Selekoh dan Kawalan Traksi, termasuk mod tunggangan, Track yang terdiri daripada Kawalan Luncur, Pelaras Spin 9-tahap dan punat Anti-Wheelie.

KTM turut memperkenalkan 890 Duke R (2020) di EICMA 2019 dengan output kuasa 121hp dan 99Nm menerusi penggunaan kepala silinder baharu, dan injap ambilan 37mm dan ekzos 30mm. Posisi  pelana juga diubah sedikit ke depan dengan bar hendal rendah dan rata.

BACA >>> KTM Malaysia Lancar 790 Adventure dan 1290 Super Duke GT (2019), Harga Mula RM78k

GALERI
EICMA 2019 KTM KTM 1290 Super Adventure R KTM 1290 Super Duke R (2020) KTM Malaysia CKD Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Roda2

    Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

    27/04/2026
    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    28/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    23/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.