Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA2017: BMW C 400 X – Gaya Baharu Skuter Urban yang Menyeronokkan
Roda2

#EICMA2017: BMW C 400 X – Gaya Baharu Skuter Urban yang Menyeronokkan

AryonBy Aryon12/11/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad tidak berpaling lagi dalam menghasilkan model-model kompak atau asas yang lebih mampu milik. Selepas kejayaan C 600 Sport dan C 650 GT, pengeluar dari Jerman itu memperkenalkan pula skuter era baharu, C 400 X bersesaran 350cc.

Skuter terbaharu BMW itu direka lebih daripada sekadar mengambil kira aspek praktikaliti tunggangan harian dalam bandar. C 400 X menurut BMW, ialah skuter mesra pengguna menyeronokkan, dan tangkas yang tiada pada motosikal konvensional lain.

Antaranya adalah melengkapkan skuter itu dengan komponen premium dan ciri keselamatan moden seperti Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), dan brek cakera kembar depan berprestasi tinggi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). 

BACA >>> BMW Motorrad X2City – Skuter Berdiri Elektrik untuk Lebih Mudah Bergerak

LENGKAP CIRI MODEN

C 400 X dikuasa enjin silinder-tunggal 350cc dengan suntikan bahan api elektronik berkuasa 34hp pada 7,500rpm dan tork 34.9Nm (6,000rpm) yang dipadukan transmisi variabel berterusan (CVT). Menyokong unit enjin ialah frem besi tubular yang ditampung set fork teleskopik di depan dan strut spring-dual di belakang.

Ciri istimewa lain dimilik C 400 X ialah kilasan lengan ayun trenpacu yang tegar dengan efek getaran minimum. Sama seperti jentera dua roda BMW lain, C 400 X direka cukup cantik yang memang sinonim dengan kenderaan buatan Jerman.

Ruang simpanan mencukupi, lampu LED penuh, paparan TFT 6.5″ multifungsi berwarna, dan pelbagai ciri moden lain lagi. Dari segi penampulan, C 400 X memang cukup menawan yang didatangkan istimewa dengan warna kemasan premium – Zenith Blue Metallic atau Alpine White.

GALERI

SUMBER: Ride Apart

BMW BMW C 400 X EICMA 2017 motosikal Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 roda2 skuter
Aryon

    Artikel Berkaitan

    BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    07/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Auto Terkini

    BMW M3 40th Anniversary Limited Edition, 40 Unit Termasuk Wagon, Had Laju Naik 280/290 KM/J!

    03/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.