• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW Motorrad X2City – Skuter Berdiri Elektrik untuk Lebih Mudah Bergerak

BMW Motorrad X2City - Skuter Berdiri Elektrik untuk Lebih Mudah Bergerak

July 8, 2017 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


BMW tidak hanya menghasilkan kenderaan empat roda, tetapi juga mengeluarkan begitu banyak jentera dua roda, daripada basikal hingga motosikal. Kini, pengeluar automotif dari Jerman itu turut menghasilkan skuter berdiri elektrik sebagai salah satu pengangkutan urban masa kini.

BMW Motorrad X2City ialah kenderaan buat mereka yang mahu bergerak ke mana-mana lokasi dalam bandar tanpa perlu berdepan halangan trafik, masalah parkir dan jadual pengangkutan awam.

Dibina dan diedarkan dengan kolaborasi bersama pengeluar basikal, ZEG, X2City disertakan satu pek bateri litium-ion 408-Wh dan satu motor hab tanpa berus (brushless hub motor) yang mampu bergerak pada kelajuan 24kmj sejauh 28.9km untuk sekali cas. Masa cas pula ialah dua setengah jam menggunakan soket biasa di rumah (anggaran berasaskan kapasiti elektrik 220v untuk standard Eropah).

MUDAH DAN SELESA

bmw-motorrad-X2City-skuter-berdiri-7
bmw-motorrad-X2City-skuter-berdiri-5

X2City turut dilengkapi brek cakera (depan dan belakang) dan tayar pneumatik (boleh dipam) yang menjadikan skuter itu mudah dan selesa ditunggang. Malah, palam mengecas USB turut disedikan bagi memastikan anda sentiasa terhubung.

Kedudukan bateri boleh tanggal terlindung rapi daripada terkena sebarang kotoran jalanan. Ini termasuk penunggang yang turut dilindungi sepasang madgad di depan dan belakang. Jadi, tidak perlu risau pakaian anda dikotori sepanjang perjalanan, asalkan hari tidak hujan. 😛

Penunggang juga disyorkan memakai helmet atau topi keledar, di mana skuter itu diklasifikasikan di bawah peraturan European Pedelec25 yang mewajibkan sesiapa yang bergerak melebihi 22.5kmj supaya mendapatkan lesen khas ataupun memakai helmet untuk operasi.

Berat X2City ialah 19.9kg dan boleh dilipat menjadi saiz kompak supaya mudah diusung naik pengangkutan awam atau disimpan dalam but kereta. Kini dijual dan disenggara ZEG (bukan pengedar BMW), pada harga di bawah AS$2,855 (RM12,275).

GALERI

bmw-motorrad-X2City-skuter-berdiri-1
bmw-motorrad-X2City-skuter-berdiri-2
bmw-motorrad-X2City-skuter-berdiri-3
bmw-motorrad-X2City-skuter-berdiri-4
bmw-motorrad-X2City-skuter-berdiri-5
bmw-motorrad-X2City-skuter-berdiri-6
bmw-motorrad-X2City-skuter-berdiri-7
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW Motorrad X2City, roda2, skuter, skuter berdiri, skuter berdiri elektrik, skuter elektrik berdiri, ZEG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my