Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»E-Cleva Etiqa: Lulus Tuntutan & Bayaran Insurans Kini Sepantas 30 Minit
Auto Terkini

E-Cleva Etiqa: Lulus Tuntutan & Bayaran Insurans Kini Sepantas 30 Minit

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KINI urusan tuntutan kemalangan kecil atau menukar cermin kereta, termasuk kerosakan kediaman semakin mudah dan cepat menggunakan E-Cleva daripada Etiqa. Jika sebelum ini proses tuntutan mengambil masa hingga lapan hari, tetapi kini boleh diselesaikan dalam tempoh 30 minit menerusi panggilan video dan tidak memerlukan laporan polis atau ‘adjuster’.

APAKAH E-CLEVA?

Bantuan Video Ekspres Tuntutan Etiqa (Etiqa Claims Express Video Assist) atau E-Cleva dilancarkan pada Mei 2018 dan setakat ini sudah menyelesaikan 87 kes tuntutan insurans menerusi hanya panggilan video. Diperkenalkan syarikat insurans Etiqa, inilah satu-satunya platform di Malaysia yang menggunakan panggilan video untuk menyelesaikan urusan tuntutan insurans.

BAGAIMANAKAH E-CLEVA BERFUNGSI?

Pelanggan hanya perlu ikut tiga langkah ini:

1. Hubungi talian 1-300-88-1007: Sebaik talian disambungkan, operator akan menghantar ‘secure link’ menerusi sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) dan pelanggan perlu menekan pautan itu untuk disambungkan kepada aplikasi E-Cleva.

2. Tunjukan Bahagian Kerosakan: Selepas bersambung, panggilan video itu membolehkan operator mengakses kerosakan pada kenderaan atau cermin secara terperinci. E-Cleva juga memiliki keupayaan mengawal dari jauh fungsi zoom dan menghidupkan lampu kamera pelanggan serta mengambil gambar dan video bahagian kerosakan. Sebaik nilai kerosakan diketahui, konsultan akan melakukan pengiraan dan menyatakan jumlah tuntutan yang diterima.

3. Tandatangan Surat Tawaran: Sebaik urusan penilaian selesai, E-Cleva akan mengeluarkan satu surat tawaran pada skrin yang mengandungi maklumat seperti jumlah tuntutan diterima, jenis kerosakan dan nama ejen/pelanggan. Sekiranya pelanggan bersetuju dan menerima surat tawaran tersebut, mereka perlulah menandatangani dalam kotak disediakan. Selepas itu, wang tuntutan akan dimasukkan ke dalam akaun bank pemilik. Semua urusan hanya mengambil masa 30 minit. 

KATEGORI KEROSAKAN YANG BOLEH DITUNTUT?


Tuntutan kerosakan yang boleh dilakukan menerusi E-Cleva ialah kerosakan minor pada badan kenderaan dan cermin kereta. Dalam bahasa mudah ialah yang boleh dilihat secara zahir dan diakses oleh konsultan menerusi panggilan video. Perlu diingatkan kerosakan yang melibatkan pihak ketiga mahupun kerosakan besar seperti bahagian dalam kenderaan yang tidak dapat dilihat perlu dilakukan secara konvensional.  Pihak operator akan menasihatkan pelanggan untuk membawa kenderaan mereka ke panel Etiqa untuk dinilai. Ia tidak dapat dilakukan menerusi E-Cleva.

BERAPAKAH HAD NILAI TUNTUTAN?

Pihak Etiqa menetapkan tuntutan yang boleh dilakukan menerusi E-Cleva tidak melebihi RM5,000. Mudahkan?

VIDEO
Get your claims in minutes with Etiqa’s e-Cleva
GALERI
Auto Terkini cara buat tuntutan insurans E-Cleva e-cleva etiqa Etiqa harga etiqa harga insurans etiqa insurans insurans etiqa
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.