Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Multistrada V2 S, V2 2025 Diperkenal dengan Enjin V2 Baharu, Berat Kini 18kg Lebih Ringan
Roda2

Ducati Multistrada V2 S, V2 2025 Diperkenal dengan Enjin V2 Baharu, Berat Kini 18kg Lebih Ringan

Abang HirataBy Abang Hirata09/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HIDANGAN buat peminat Ducati datang lagi dan kali in dalam bentuk Ducati Multistrada V2 S dan V2 2025 yang menyusul selepas Panigale dan Streetfighter V2 pada November lalu.

Selain enjin V2 baharu, berat Ducati Multistrada 2025 ini 18kg lebih ringan berbanding dahulu, iaitu 199kg (tanpa bahan api), paling rendah dalam segmen touring (V2 S, 202kg). Berat ringan ini membantu dari segi keseronokan tunggangan, penggunaan bahan api, prestasi dan pengendalian.

Berikut ulasan mengenai Ducati Multistrada 2025:

Rekabentuk Lebih Harmoni

  • Rekabentuk masih mengekalkan identiti dengan perubahan dibuat supaya lebih harmoni. Seperti model baharu lain, Ducati turut menumpukan kepada penambahbaikan aspek keselesaan terma (haba).
  • Visor angin boleh laras di depan dengan perlindungan tinggi direka mengikut kajian aerodinamik teliti yang turut melibatkan ciri deflektor disepadu.
  • Lampu utama besar dan lampu siang (DRL) dipengaruhi Panigale dan Multistrada V4 baharu dengan rekaan nyalaan ibarat kening.
  • Beak atau paruh kini lebih pendek dan disepadu dengan visor angin. Dari sisi nampak janggal, tetapi diimbangkan dengan otot dan urat mesin V2 baharu serta swingarm berlubang.
  • Lampu signal belok dipindahkan dari gad tangan, dan dibenamkan dalam panel sisi yang membolehkan fairing mengalirkan udara segar ke arah penunggang.
  • Ekor belakang kini tampil langsing berikutan hendal lebih pendek dan direka baharu untuk lebih fungsional dan ergonomik.

Lebih Ergonomik

  • Mengenai ergonomik pula, Ducati memberi perhatian mendalam kepada aspek keselesaan yang mana pelana direka semula dengan ruang pembonceng dipertingkat untuk torso dan ruang kaki selepas kotak belakang dan sisi dianjak ke belakang.
  • Pelana penunggang boleh dilaras ketinggian 2-tetapan, iaitu 850mm atau 830mm. Malah, pelangggan juga boleh memesan pelana dengan tinggi 870mm atau 810mm.
  • Varian V2 S dengan suspensi semi aktif DSS (Ducati Skyhook Suspension) dan sistem prabeban minimum membolehkan pelana diturunkan lagi hingga 790mm.

Enjin Ringan, Tapi Padu

  • Berat motosikal rendah turut disumbangkan enjin V2 890cc yang hanya seberat 54.9kg.
  • Enjin V-Twin 90º dengan injap pemasaan variabel IVT menghasilkan output kuasa 115hp dan tork 92Nm.
  • Angka 70 peratus tork maksimum tersedia pada rev 3,500rpm dan tidak menyusut bawah 75 peratus dalam julat 3,500-11,000rpm.
  • Nisbah gear direka khusus untuk Multistrada dengan gear satu dan dua lebih pendek pada halaju rendah dan pecutan bersama bebanan penuh.

Casis Dipertingkat

  • Casis Multistrada menggunakan frem, subfrem dan swingarm baharu nampak cantik yang ditambah ekzos baharu yang merentang ke atas.
  • Kedua-dua V2 S dan V2 menggunakan rim 19 inci di depan dan 17 inci (belakang) yang dibalut tayar Pirelli Scorpion Trail II.

Di Britain, Ducati Multistrada V2 2025 dijual pada harga £13,995 (RM79,050), manakala Ducati Multistrada V2 S 2025 berharga £16,390 (RM92,580).

 Ducati Multistrada V2 S 2025

  • Piliahan warna Ducati Red (merah), Storm Green (hijau).
  • Enjin V2 890cc 90° V-Twin dengan injap IVT
  • Output kuasa 115hp @ 10,750rpm, dan tork 92Nm @ 8,250rpm.
  • Berat kasar 202kg (tanpa bahan api)
  • Frem monokok aluminium
  • Kapasiti tangki 19 liter
  • Sistem suspensi Ducati Skyhook dengan mod pengurusan suspensi dan fungsi prabeban minimum
  • Fork Marzocchi kawalan elektronik 45mm dengan jarak travel 170mm (depan), dan monoshock Sachs kawalan elektronik dengan jarak travel 170mm (belakang)
  • Rim aluminium 19 inci (depan), dan 17 inci (belakang) dengan tayar Pirelli Scorpion Trail II
  • Brek cakera kembar Brembo 320mm (depan), dan cakera tunggal Brembo 265mm (belakang)
  • Unit pengurusan inersia 6-paksi (6D IMU), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan fungsi belokan, kawalan traksi Ducati Traction Control (DTC), kawalan wheelie Ducati Wheelie Control (DWC), anjakan gear pantas Ducati Quick Shift (DQS) 2.0, dan Kawalan Brek Enjin  (EBC)
  • Panel meter TFT 5 inci baharu dengan suis hendal baharu dengan sistem multimedia Ducati Multimedia System (DMS).
  • Ada lima mod tunggang: Sport, Touring, Urban, Enduro, dan Wet
  • Ada empat mod kuasa: High, Medium, Low, dan Off-Road
  • Lampu utama LED penuh dengan lampu siang (DRL) dan ciri lampu aluan Coming Home
  • Lampu brek Ducati Brake Light EVO
  • Dilengkapi ciri Kawalan Jelajah

Ducati Multistrada V2 2025

  • Pilihan warna Ducati Red (merah)
  • Sistem suspensi fork Marzocchi kawalan mekanikal 45mm dengan jarak travel 170mm (depan), dan monoshock Sachs kawalan mekanikal dengan jarak travel 170mm
  • Dilengkapi sistem multimedia Ducati Multimedia System (DMS)
Ducati Multistrada V2 S 2025
Ducati Ducati Multistrada Ducati Multistrada V2 Ducati Multistrada V2 2025 Ducati Multistrada V2 S Ducati Multistrada V2 S 2025 roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.