Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Multistrada 1260 Enduro dengan Prestasi Sporty untuk Kembara Lebih Seronok
Roda2

Ducati Multistrada 1260 Enduro dengan Prestasi Sporty untuk Kembara Lebih Seronok

Abang HirataBy Abang Hirata15/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINGGU lalu kami ada siarkan artikel mengenai imej acah Ducati baharu. Telahan kami nampaknya benar apabila Ducati melancarkan Multistrada 1260 Enduro, 12 Oktober lalu. Model itu ialah tambahan kepada siri Multistrada yang dilancarkan tahun lalu di Eropah dan Malaysia, September lalu.

Multistrada 1260 Enduro mula diperkenalkan pada 2016 dan dikatakan lebih mesra penunggang dan menyeronokkan, termasuk dibekalkan teknologi, prestasi dan keselesaan menunggang dalam pelbagai betuk rupa bumi.

BACA >>> Ducati Siar Foto Acah, Model Baharu Lancar Jumaat Ini! Adakah Multistrada 1260?

Jentera jelajah advencer itu menggunakan enjin 1262cc Testastretta DVT berkuasa 158hp, sama seperti Multistrada 1260 yang diperkenalkan sebelum ini. Berbeza Enduro dahulu, model baharu kali ini memiliki sesaran lebih besar (ekstra 64cm3) dan beberapa penambahbaikan yang memberikan tunggangan lebih lancar dan pecutan pada rev rendah.

Berikut ciri Ducati Multistrada 1260 Enduro baharu:

  • Enjin Testastretta lebih besar dan berkuasa, kurang tukaran gear dan penunggang boleh fokus kepada tunggangan.
  • Kuasa dikawal melalui fungsi mod tunggangan – Riding Modes.
  • Teknologi Ride-by-Wire membolehkan kawalan terotel lebih lancar.
  • Teknologi DQS (Ducati Quick Shift) Up & Down menjadikan tukaran gear lebih tepat dan sedap serta tanpa klac.
  • Pakej bantuan elektronik standard – Belokan ABS Bosch, Lampu Belok, Kawalan Wheelie (WC), Kawalan Traksi Ducati (DTC) dan Kawalan Pegun Kenderaan (VHC).
  • Rim 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang).
  • Sistem suspensi elektronik separa aktif Sachs yang dikalibrasi semula dengan jarak kelegaan 185mm depan dan belakang.
  • Tangki minyak 30 liter dengan jarak perjalanan hingga 450km.
  • Skop ergonomik baharu (Pelana, hendal dan pusat graviti – lebih rendah berbanding versi 1200 lain) dan talaan suspensi untuk lebih selesa dan seronok dalam apa jua keadaan tunggangan.
  • Sistem paparan TFT berwarna 5 inci dengan paparan maklumat dan fungsi tetapan motosikal.
  • Sistem multimedia – Ducati Multimedia System (DMS) dengan fungsi panggilan telefon masuk, mesej ringkas dan muzik.
  • Dilengkapi kawalan jelajah dan sistem bebas tangan.
  • Serasi dengan Ducati Link App – aplikasi mobil yang membolehkan penunggang menetapkan tetapan motosikal menggunakan telefon pintar seperti ABS, DTC dan lain-lain.
  • Ada maklumat penyenggaraan, manual pengguna dan lokasi kedai Ducati.
  • Pemilik turut boleh merakamkan maklumat laluan pengembaraan dengan orang lain.

Multistrada 1260 Enduro boleh didapati dalam warna: Ducati Red (merah) dan Sand (kuning cair), termasuk ditawarkan opsyen aksesori simpanan barang atau pakej Touring, Sport, Urban dan Enduro.

Multistrada 1260 Enduro tidak ditayangkan di Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018 lalu kerana Ducati sengaja menyimpan model itu untuk ditayangkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, November depan. Di pasaran, motosikal ini hanya akan menemui pelanggan pada awal tahun depan.

BACA >>> #Intermot2018: Ducati Perkenal 3 Scrambler (2019) – Full Throttle, Café Racer dan Desert Sled

GALERI
adventure touring Ducati Ducati Multistrada Ducati Multistrada 1200 Enduro Jelajah Advencer motosikal roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. MOHAMAD AMIRUL FIRDAUS on 15/10/2018 15:45

      motosikal kegemaran. fuhh bila lah dapat memilki jentra nih

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.