Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Laju, Tapi Vinales yang Menang GP Qatar
Auto Terkini

Ducati Laju, Tapi Vinales yang Menang GP Qatar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENUNGGANG Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales menggegarkan litar Losail, Qatar apabila memenangi perlumbaan pusingan pertama dalam saingan pembukaan Kejuaraan Dunia MotoGP musim ini. Dua lagi pelumba di belakangnya, ialah wakil Ducati, Johann Zarco (Pramac Racing) dan Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) di tempat kedua dan ketiga.

Ducati terus membuktikan kemampuan mereka di jalan lurus apabila empat pelumba jentera itu, Bagnaia, Miller, Zarco dan Martin menguasai barisan depan pada awal perlumbaan. Pusingan akhir pula menyaksikan Zarco dan Bagnaia memecut meninggalkan juara musim lalu, Joan Mir (Suzuki Ecstar) menuju garisan penamat. 

Pemenang pusingan pertama GP Qatar. Dari kiri: Johann Zarco (kedua), Maverick Vinales (juara) dan Francesco Bagnaia (ketiga)

Vinales pula cemerlang di selekoh dengan jentera YZR-M1 apabila memintas Bagnaian di tempat pertama pada pusingan ke-15 di selekoh Turn 10. Pelumba Sepanyol itu tidak memandang ke belakang dan terus mengekalkan kelebihan lebih satu saat hingga hujung perlumbaan.

Sementara itu, penunggang baharu Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi menduduki tempat ke-12, manakala rakan sepasukannya, Franco Morbidelli menamatkan saingan di kedudukan ke-20.

Dalam perkembangan lain, pelumba negara Hafizh Syahrin yang melakukan debut bersama pasukan NTS RW Racing GP gagal menamatkan saingan Moto2. Pusingan kelas kedua MotoGP itu dimenangi Sam Lowes daripada pasukan Elf Marc VDS Racing Team, Remy Gardner (Red Bull KTM Ajo) dan Fabio Di Giannantonio (Federal Oil Gresini Moto2)

BACA >>> Tak Boleh Ubah Suai Enjin, Ducati Upah Jurutera Aeroangkasa untuk MotoGP 2021
BACA >>> BMW M1000RR Jadi Safety Bike untuk MotoGP 2021

KEPUTUSAN GP QATAR 2021
  1. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) 42m 28.663s
  2. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +1.092s
  3. Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +1.129s
  4. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +1.222s
  5. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +3.030s
  6. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +3.357s
  7. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +5.934s
  8. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +5.990s
  9. Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) +7.058s
  10. Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +9.288s
  11. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +10.299s
  12. Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +10.742s
  13. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +11.457s
  14. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +14.100s
  15. Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21)* +16.422s
  16. Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +20.916s
  17. Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +21.026s
  18. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +23.892s
  19. Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP)* +46.346s
  • Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) DNF
  • Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) DNF
  • Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) DNF

* Rookie

Ducati Ducati Lenovo Team Francesco Bagnaia franco morbidelli Johann Zarco losail Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP Pramac Racing Qatar GP Valentino Rossi Yamaha yamaha srt team
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.