Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Diavel 1260 S (RM139k) dan Panigale V4 R (RM299k) Kini Rasmi di Malaysia
Auto Terkini

Ducati Diavel 1260 S (RM139k) dan Panigale V4 R (RM299k) Kini Rasmi di Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUA model Ducati paling hangat tahun ini, Panigale V4 R dan Diavel 1260 S selamat dilancarkan Next Bike Sdn Bhd  selaku wakil pengedar rasmi Ducati di Malaysia yang masing-masing dijual pada harga RM299,900, dan RM139,900.

Berikut beberapa perincian mengenai dua model berkenaan:

1. DUCATI DIAVEL 1260 S

Model yang merangkul Anugerah Rekabentuk Red Dot 2019 buat kali ketiga ini diperkenalkan secara eksklusif kepada Desmo Riders Club Malaysia (DOCM), Mei lalu. Personaliti sport naked ini diserlahkan menerusi tawaran enjin berkuasa dan rupa serba seksi.

BACA >>> Ducati Diavel 1260 Raih Rekabentuk Terbaik dalam Anugerah Red Dot 2019

Berikut fakta pantas mengenai Ducati Diavel 1260 S:

  • Dikuasakan enjin silinder kembar 1262cc Ducati Testastretta DVT bersama pemasaan Desmodromic. Nisbah mampatan 13:1 membolehkan enjin menghasilkan kuasa 159hp @ 9,500rpm dan tork 129Nm (7,500rpm).
  • Enjin dengan Sistem Ride by Wire itu menerima pemetaan baharu bagi memastikan hantaran kuasa sporty bersama penggunaan transmisi akhir jenis rantai. Sistem pemasaan injap Desmodromic Variable Timing (DVT) memastikan hantaran tork linear ekstrem walaupun pada rev rendah dan prestasi sport dalam rev tinggi.
  • Enjin 1262cc Testastretta DVT menampilkan sistem dua palam pencucuh (dua palam pencucuh per silinder) dan menggunakan sistem udara sekunder.
  • Pemuka menggunakan skrin TFT dengan modul amaran pencahayaan berasingan yang diposisikan atas dan bawah bar hendal. Ada paparan 4 mod berbeza: Default (mod baharu) selain Track, Full dan City.
  • Dibekalkan ciri hiburan Ducati Multimedia System (DMS) yang boleh dihubungkan kepada telefon pintar menerusi Bluetooth untuk fungsi menjawab panggilan telefon dan membaca mesej.
  • Lampu diberikan perincian teliti, kedua-dua bahagian depan dan belakang menggunakan ciri LED penuh. Lampu depan secara automatik beralih dari konfigurasi siang kepada malam menerusi pemasangan sensor pada pemuka. Ia turut dipadankan lampu siang (DRL).
  • Boleh dihidupkan tanpa kunci mekanikal menggunakan sistem Hands Free. Motosikal akan mengesan kod kunci apabila pemilik berada dalam jarak 1.5m untuk menghidupkan jentera.
  • Menggunakan frem tubular trellis, dan dipadankan fork Ohlins 48mm boleh laras (depan) dan absorber Ohlins boleh laras penuh (belakang).
  • Sistem henti menggunakan brek Brembo monoblok M50. Bahagian roda dipasangkan rim 10-jejari bersama tayar Pirelli Diablo Rosso III 120/70 ZR17 (depan) dan 240/45 ZR17 (belakang).
  • Dilengkapi pakej elektronik Unit Unjuran Inersia Bosch 6-axis (6D IMU) termasuk ABS Belokan Bosch EVO, Kawalan Traksi Ducati (DTC) EVO, Kawalan Wheelie Ducati (DWC) EVO, Ducati Power Launch (DPL) EVO, Kawalan Jelajah dan Ducati Quick Shift atas/bawah (DQS) EVO.
  • Harga jualan ialah RM139,900.

BACA >>> Ducati XDiavel (2019) Perkenal Warna Baharu Lebih Agresif, Berkarakter


2. DUCATI PANIGALE V4 R

APABILA Ducati mendedahkan satu-satunya superbike V4 – Panigale V4 Stradale – ramai tertanya kenapa model itu didatangkan dengan enjin 1103cc yang tidak melepasi homologasi kelas Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK)? Jawab Ducati, ini kerana V4 memang direka untuk tunggangan jalanan, dan ‘Stradale’ itu sendiri jika diterjemahkan membawa maksud ‘jalan’.

BACA >>> 16 Fakta Pantas: Ducati Panigale V4 R (2019) Sedia Gegar WorldSBK dengan Kuasa 234hp

Kemudian, tersebar pula spekulasi Ducati sedang mempersiapkan Panigale V4 versi lebih kecil dengan spesifikasi patuh piawaian enjin WorldSBK – 1,000cc. Jentera itu akhirnya didedahkan 4 November lalu, pada malam perdana Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 dengan membawa nama Panigale V4 R.

Jentera itu kini tiba di Malaysia. Berikut maklumat pantas yang perlu anda tahu:

  • Dijana enjin 998cc Desmosedici berkuasa 221hp @ 15,250rpm dan tork 111Nm @ 11,500rpm. Apabila dipasangkan ekzos Ducati Performance daripada Akrapovic, superbike ini mampu menjana kuasa hingga 234hp @ 15,500rpm. Seperti V4 Stradale, silinder enjin 90º dimiringkan 42º dari horizontal.
  • Enjin memiliki nisbah mampatan dengan pengehad-rev 14:1, atau 16,000rpm (16,500rpm dalam gear 6), dan aci engkol putar lawan (counter-rotating).
  • Frem depan bukan saja berbeza kerana dihitamkan, tetapi juga untuk mengurangkan berat dan diperkuat. Bagi melengkapkan modifikasi tetapan casis, ketinggian pivot swingarm belakang boleh dilaraskan dengan 4 tetapan (2mm jarak antara satu sama lain).
  • Sebagai jentera trek, suspensi depan menggunakan fork Öhlins 43 mm NPX 25/30 dan absorber Öhlins TTX36 (belakang) yang kedua-duanya memiliki ciri pelarasan mekanikal. Melengkapkan tetapan suspensi ialah rim aluminium hitam penuh.
  • Damper stereng Öhlins turut mengenepikan pelarasan elektronik bagi memberi ruang kepada alternatif mekanikal.
  • Ducati menampilkan pakej elektronik generasi terkini yang mengawal setiap peringkat Unit Unjuran Inersia 6-axis Bosch  (6D IMU), terdiri daripada:
    • ABS Belokan Bosch ABS EVO
    • Kawalan Traksi Ducati (DTC) EVO
    • Kawalan Slide Ducati (DSC)
    • Kawalan Wheelie Ducati (DWC) EVO
    • Ducati Power Launch (DPL)
    • Ducati Quick Shift atas/bawah (DQS) EVO
    • Kawalan Brek Enjin (EBC) EVO
  • Ada 3 mod tunggangan: Race, Sport dan Street.
  • Paparan TFT 5-inci warna penuh resolusi tinggi ditambah baik untuk menempatkan fungsi baharu dan rev enjin tinggi ‘zon merah’.
  • Pengehad pit diperkenalkan. Apabila diaktifkan dengan menekan satu punat di kanan hendak, enjin akan mengehadkan kelajuan jentera mengikut halaju lorong pit sekitar 40-80kmj.
  • Harga jualan ialah RM299,900.

BACA >>> 16 Fakta Pantas – Ducati Panigale V4 R (2019) Sedia Gegar WorldSBK dengan Kuasa 234hp

Auto Terkini Ducati Ducati Diavel 1260 Ducati Diavel 1260 S Ducati Malaysia Ducati Panigale Ducati Panigale V4 Ducati Panigale V4 R (2019) Next Bike Sdn Bhd roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.