Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

Abang HirataBy Abang Hirata27/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUCATI secara rasmi memperkenalkan Ducati DesertX V2 2026 (generasi kedua) selepas tampil di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2025.

Model enduro itu direka semula sepenuhnya bagi mengukuhkan kedudukan dalam segmen tunggangan off-road mencabar.

Ducati DesertX  bermula daripada model konsep yang ditayangkan di EICMA 2019 sebelum memasuki fasa pengeluaran pada 2021, dan terus berjaya menarik minat ramai peminat maksi enduro (maxi-enduro) dan jelajah advencer (adventure touring) hasil prestasi off-road cemerlang.

Ducati DesertX V2 2026

Ducati DesertX 2026 dibangunkan berasaskan maklum balas dan pengalaman luas Ducati dalam perlumbaan ekstrem seperti Erzbergrodeo, Rali Albania, Transanatolia dan rali gurun NORRA Mexican 1000 sejauh 1,500km.

Matlamat utama pembangunan generasi kedua itu adalah untuk meningkatkan keupayaan off-road tanpa mengorbankan keseronokan tunggangan di atas jalan raya yang menjadi identiti Ducati.

Enjin V2 Ringan, Responsif

Nadi utama Ducati DesertX 2026 ialah enjin Ducati V2 890cc dengan trenkuasa 2-silinder paling ringan pernah dihasilkan jenama dari Borgo Panigale itu.

DesertX dahulu dijana enjin Testastretta 937cc, dan enjin baharu tersebut turut berkongsi dengan Ducati Monster V2.

Enjin itu dilengkapi sistem pemasaan injap ambilan variabel (Intake Variable Timing, IVT) yang memberikan hantaran kuasa lebih lancar pada seluruh julat rev enjin. Dengan hamburan kuasa 110ps dan tork 92Nm, enjin itu menawarkan respons terotel pantas.

Lengkung tork juga dilaras semula dengan 70 peratus daripada nilai maksimum sudah tersedia seawal 3,000rpm.

Bagi memudahkan pengendalian di laluan mencabar, nisbah gear satu hingga empat dipendekkan, manakala gear keenam dipanjangkan untuk keselesaan dan penjimatan bahan api ketika perjalanan jarak jauh.

Selang penyenggaraan pemeriksaan injap (VC) ditetapkan pada 45,000km, manakala penukaran minyak setiap 15,000km atau dua tahun.

Casis Monokok, Sistem Suspensi Kayaba

Ducati DesertX 2026 bertukar daripada frem trelis penuh dan menggunakan casis monokok unik dalam segmen, yang mana enjin berfungsi sebagai elemen struktur.

Frem itu bertindak sebagai kotak udara yang kini ditempatkan pada kedudukan lebih mudah dicapai untuk cucian penapis udara selepas tunggangan off-road.

Frem trelis belakang direka untuk akses mudah kepada komponen enjin bagi memudahkan kerja penyelenggaraan.

Sistem suspensi kini menggunakan fork Kayaba 46mm boleh laras penuh dengan tetapan hidraulik independan pada setiap kaki fork di depan.

Bahagian belakang menggunakan  monoshock Kayaba dengan sistem pautan progresif full-floater. Sistem itu memberikan respon lembut pada fasa awal dan sokongan lebih padu apabila menerima tekanan tinggi di laluan tidak rata.

Ergonomik, Rekabentuk Fokus Off-Road

Rekabentuk badan kini 20mm lebih rendah di depan untuk profil lebih dinamik.

Segitiga ergonomik penunggang pula diubah dengan menggerakkan peg kaki ke belakang, manakala pelana dan bar hendal digerakkan ke depan untuk memberikan kawalan lebih baik ketika berdiri.

Tangki bahan api polimer 18 liter kini lebih langsing dan ringan serta direka untuk merendahkan pusat graviti (CoG) motosikal.

Ia juga dilengkapi perlindungan pad rempuh (crash pad) untuk ketahanan jika terjatuh pada kelajuan rendah. Madgad depan turut direka lebih tinggi bagi memberikan ruang pelepasan tayar lebih besar untuk mengelakkan lumpur tersumbat.

Tinggi pelana 880mm dan boleh direndahkan kepada 840mm dengan kit aksesori.

Teknologi Elektronik, Sistem Keselamatan

Sistem elektronik Ducati DesertX 2026 dikawal unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi yang mengawal fungsi:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belokan (Cornering ABS)
  • Kawalan Traksi Ducati (DTC)
  • Kawalan Wheelie Ducati (DWC)
  • Kawalan Brek Enjin (EBC) secara masa nyata

Ada enam mod tunggangan tersedia: Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro dan Rally.

Segala maklumat dipaparkan menerusi panel skrin TFT 5 inci warna penuh dengan resolusi 800 x 480 dan dua port USB.

Mod paparan Rally menyediakan fungsi tripmaster untuk tujuan navigasi. Sistem Cornering ABS mempunyai empat tahap pelarasan. Tahap Satu dan Dua dikhaskan untuk off-road, manakala ABS boleh dinyah aktif sepenuhnya dalam mod Enduro dan Rally.

Ciri lain seperti  Ducati Quick Shift (DQS) 2.0 kini tidak menggunakan sensor luaran bagi melindungi kerosakan akibat debu atau impak.

Aksesori, Ketersediaan

Ducati turut menawarkan barisan aksesori Ducati Performance seperti tangki bantuan belakang berkapasiti 8 liter, kowl radiator, bar rempuh dan sistem beg lembut hasil kolaborasi bersama Mosko Moto.

Aspek bunyi menawarkan ekzos Termignoni dengan kemasan titanium dan karbon.

Model ini akan mula berada di pasaran Eropah pada April 2026. Bagi pasaran Britain, Ducati DesertX 2026 ditawarkan pada harga pelancaran istimewa £14,995 (RM79,020)

Spesifikasi Utama Ducati DesertX 2026

  • Enjin V2 890cc
  • Kuasa maksimum 110ps @ 9,000rpm
  • Tork maksimum 92Nm @ 7,000rpm
  • Berat kering 209kg
  • Kapasiti tangki bahan api 18 liter
  • Casis monokok khas
  • Subfrem trelis khas
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) KYB 46mm boleh laras penuh dengan jarak travel 230mm (depan), dan monoshock KYB boleh laras prabeban kawalan jauh dengan jarak travel 220mm
  • Swingarm khas dengan pautan progresif
  • Rim jejari tiubles 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang)
  • Sistem brek dwi-cakera 305mm dengan kaliper radial Brembo M4.32 (depan)
  • Tayar Pirelli Scorpion Rally Street 90/90 (depan) dan 150/70 (belakang)
  • Unit Unjuran Inersia 6-paksi (6D IMU)
  • ABS Belokan 4-tahap (boleh nyah-aktif)
  • Kawalan Traksi Ducati (DTC)
  • Kawalan Wheelie Ducati (DWC)
  • Ducati Quick Shift (DQS) 2.0
  • Kawalan Brek Enjin (EBC)
  • Punat kawalan jenis kluster baharu
  • Panel meter TFT 5 inci penuh dengan resolusi 800 x 400
  • Mod tunggang: Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro, Rally
  • Lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) dan lampu signal belok dinamik
  • Sedia untuk Sistem Multimedia Ducati (DMS), navigasi belok demi belok (Turn-by-Turn) dan Kawalan Jelajah
  • Lampu Brek Ducati (DBL) EVO
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati DesertX V2 2026
Ducati Ducati DesertX Ducati DesertX 2026 Jelajah Advencer Maxi-Enduro roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.