Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Dua Varian Baharu Mercedes-Benz GLE Coupe, Harga Mula RM661k
Roda4

Dua Varian Baharu Mercedes-Benz GLE Coupe, Harga Mula RM661k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan barisan baharu Mercedes-Benz GLE coupe dalam dua varian, iaitu GLE 450 4Matic Coupé AMG Line dan Mercedes-AMG GLE 53 4Matic+ Coupé ke pasaran tempatan.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tampil elegan dan sporty pada harga:

  • GLE 450 4Matic Coupé AMG Line – RM661,000
  • Mercedes-AMG GLE 53 4Matic+ Coupé – RM785,357

GLE 450 4Matic Coupé AMG Line

  • GLE 450 Coupé dikuasakan enjin 6-silinder sebaris 3.0L Turbo berkuasa 367hp dan tork 500Nm dengan transmisi 9GTRONIC. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 5.7 saat.
  • Ada empat mod pemanduan iaitu Individual, Comfort , Slippery, Sport dan Sport+ yang boleh diaktifkan menerusi tombol rotari Dynamic Select di konsol tengah.
  • Kedua-dua model didatangkan dengan sistem suspensi udara AIRMATIC, iaitu ciri damper boleh laras adaptif yang menggunakan sistem sensor dan algoritma kompleks bagi mengadaptasi karakter redaman bergantung kondisi jalan.
  • Model terkini lebih lebar 7mm dan lebih panjang 39mm berbanding model terdahulu.
  • Bahagian depan diserlahkan dengan gril radiator bentuk berlian bersama kemasan krom horizontal di tengah dan apron depan yang dipadankan lampu utama LED,  begitu juga lampu belakang.
  • Ruang kabin menampilkan dua paparan skrin saiz 31.2 inci dan panel instrumen yang diposisikan secara horizontal. Bahagian atas papan pemuka menggunakan upholsteri kulit Artico, manakala kerusi dan stereng dibalut kulit Nappa.

BACA >>> Inilah Harga Dibayar untuk Miliki Mercedes-Benz 500E (W124) Mr Bean

Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupé

  • Mercedes-AMG GLE 53 Coupe dijana enjin 6-silinder sebaris turbo berkuasa 435hp dan tork 520Nm. dan dipadankan kotak gear AMG Speedshift TCT 9G, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 5.3 saat. Ciri EQ Boost pula menawarkan kuasa tambahan 22hp dan tork 250Nm dalam masa singkat.
  • SUV ini turur menawarkan lima mod pemanduan iaitu Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Invidual yang disempurnakan dua talaan khusus untuk Off-Road, Trail dan Sand.
  • Pemandu boleh memilih mod pemanduan itu melalui suis di konsol tengah dan butang stereng. Program dipilih akan dipaparkan pada kluster instrumen dan paparan multimedia.
  • Penampilan luaran diserlahkan dengan pakej AMG Line, pakej AMG Night, spoiler AMG, lampu depan LED Multibeam, Adaptive Highbeam Assist Plus, rim AMG 22 inci, sistem ekzos prestasi AMG dengan paip kembar, projeksi logo dan cermin suria panorama.
  • Masuk ke kabin dihidangkan dengan skrin kembar 12.3 inci MBUX, sistem audio premium Burmester, ciri konektiviri Android Auto dan Apple CarPlay, paparan dongak (HUD), port pengecas wayarles, pakej Air Balance, pencahayaan ambien, trim gentian karbon AMG, karpet AMG, pakej AMG Line, stereng AMG kulit nappa, panel sil AMG iluminasi, kerusi boleh laras elektrik dengan fungsi memori dan kawalan iklim Thermotronic.
  • Aspek keselamatan dipertingkatkan melalui kamera 360 darjah, Active Distance Assist Distronic, Bantuan Parkir Aktif Parktronic, Bantuan Stereng Aktif, Sistem Pra-Keselamatan, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) dan banyak lagi.

BACA >>> #ApaNakBuat: Macam Mana Nak Bikin Motor Bagi Power dan Tahan Lasak?

GLE 450 4Matic Coupé AMG Line Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupé Mercedes-benz Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.