Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»DTC Motors Fest Rasmi Pembukaan dengan Harga Hebat Kereta Import Baharu, Terpakai
Auto Terkini

DTC Motors Fest Rasmi Pembukaan dengan Harga Hebat Kereta Import Baharu, Terpakai

Han OthmanBy Han Othman09/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JIKA anda sedang mencari kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah import baharu dan terpakai atau recond, apa kata datang ke acara ‘DTC Motors Fest’ anjuran DTC Motors Sdn Bhd pada 12-13 Januari ini bertempat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk menikmati harga promosi hebat sempena majlis pembukaan rasmi syarikat pengedar kereta import (AP) itu.

Antara barisan MPV yang diberikan tawaran harga menarik sepanjang acara dua hari itu ialah Toyota Estima, Wish, Vellfire dan Alphard dengan pembelian serendah RM95,000! Lebih menarik, setiap pembelian layak mendapat servis percuma dan waranti setahun atau 25,000km (mana satu tiba dahulu).

BACA >>> Lelaki Ini Tunjuk Cara Baru Iklankan Kereta Terpakai Tahap Epik!

Servis kenderaan juga ditawarkan dengan caj buruh dan alat ganti serendah RM188 dan paling istimewa, DTC Motors ada menawarkan perkhidmatan servis bergerak, ‘Easy Care’ yang setakat ini dibuka untuk pemilik di Lembah Klang.

Pada acara yang akan memperkenalkan logo dan pasukan baharu DTC Motors itu, pengunjung yang datang berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti Smart Tag dan Touch ‘N Go, percutian dalam negeri, barangan elektrik, hamper dan lain-lain.

BUKAN ‘ORANG BARU’


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DTC Motors, Md Afendy Wahid, 42, (gambar atas) berkata, pelanggan tidak perlu ragu-ragu dengan kualiti kenderaan di sini kerana syarikat ini bukan orang baharu dalam industri kenderaan import baharu dan terpakai di Malaysia.

“Saya berkecimpung dalam industri automatif sudah 12 tahun, manakala dalam bisnes kenderaan import terpakai pula sudah lima tahun apabila diberikan tanggungjawab menguruskan Moga Motors, iaitu syarikat yang tidak asing lagi dalam perniagaan ini.

“DTC pun bukan nama baharu, syarikat ini ditubuhkan sejak 1984 yang asalnya berlokasi di Taman Maluri sebelum berpindah ke Kampung Pandan. Saya dan rakan mengambil alih syarikat ini lebih kurang setahun lalu untuk meneruskan bisnes kenderaan import baharu dan terpakai,” kata Afendy.

Menurutnya, antara rancangan DTC Motors tahun ini ialah membuka bilik pameran baharu di Kedah dan Kuantan.

“Kepakaran kami ialah dalam kenderaan kontinental atau Eropah, termasuk juga kereta lain yang dibawa masuk daripada pengedar terpilih sama ada dari Britain, Jepun atau Australia. Kami di sisi lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti dan kami ada ramai pelanggan setia yang datang untuk membeli kereta buat kali kedua dan ketiga.

“Jangan lupa datang ke acara 12-13 Januari ini. Kami turut menjemput ramai selebriti terkenal yang juga pelanggan DTC Motors iaitu Zizan Razak, Saharul Ridhwan, Nora Danish, Boss Ned, Syamel AF, Ernie Zakri, Norman Hakim, Syed Aiman, Hanif, Johan dan Ray Era fm, Liza Abdullah, Hairul Azrin, Syuk Hot FM dan Kamal Adli.  Boleh juga datang tengok model rare macam Rolls Royce Dawn,” kata Afendy lagi.

‘DTC Motors Fest’ akan berlangsung di bilik pameran DTC Motor Sdn Bhd yang beralamat di Lot 240, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Auto Terkini DTC Motors Fest DTC Motors Sdn Bhd kenderaan import terpakai Kereta AP Kereta Recond Md Afendy Wahid
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

GrabX2026: Grab Lancar 13 Ciri AI, Sasar Jadi Pembantu Harian Lebih Pintar di Asean

08/04/2026
JPJ Negeri Sarawak sita Ferrari ultra-terhad
Auto Terkini

Op Luxury: JPJ Sarawak Sita Ferrari ‘Ultra-Terhad’

08/04/2026
Auto Terkini

Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

08/04/2026
Rembawang cipta rekod Malaysia Ferrari Dino 308 GT4 atas tingkat 29
Auto Terkini

Ferrari Klasik di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

08/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.