Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Drebar Lori Tangki ‘Potong Q’ Serah Diri, 9 Pemandu Lagi Masih Buat ‘Dek’
Auto Terkini

Drebar Lori Tangki ‘Potong Q’ Serah Diri, 9 Pemandu Lagi Masih Buat ‘Dek’

Han OthmanBy Han Othman13/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMANDU lori tangki yang dikesan memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan dalam satu video tular di media sosial datang menyerah diri di Balai Trafik Port Dickson, petang semalam.

Pemandu berusia 34 tahun itu hadir ke balai polis untuk membantu siasatan pada jam 2.45 petang selepas mengetahui video yang merakamkan aksinya itu tular di Facebook.

BACA >>> Pemandu Persona Maut Rempuh Lori J&T, Rakaman CCTV Dedah Hal Sebenar

Dalam video 16 saat yang tular kelmarin, sebuah lori tangki (tonton video di atas) dirakamkan memotong deretan kenderaan lain di lorong kecemasan pada jam kira-kira antara 2 hingga 4 petang, Sabtu lalu di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

Insiden tersebut berlaku pada hari sama, tetapi dalam video berlainan, melibatkan sembilan pemandu lain yang dirakamkan memandu di lorong kecemasan. Bagaimanapun, masih tiada laporan mengenai sembilan pemilik kenderaan yang tampil menyerah diri walaupun diarahkan polis berbuat demikian dengan nombor pendaftaran didedahkan.

Insiden tular tersebut dilaporkan berlaku dari arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

BACA >>> Polis Arah 9 Pemandu ‘Potong Q’ di Lebuhraya Seremban-PD Serah Diri
BACA >>> ‘Potong Q’ Punca Petron Filipina Buat Lorong Khas untuk Penunggang Motosikal

SUMBER: KosmoOnline

Drebar Lori Potong Q Drebar Lori Tangki Lebuhraya Seremban-Port Dickson Pemandu Lori Potong 'Q' tular video tular Viral
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

15/06/2026
Auto Terkini

Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

15/06/2026
Auto Terkini

Nissan Z 2027: Nostalgia 240Z dan 300ZX Kembali

15/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.