• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Arah 9 Pemandu 'Potong Q' di Lebuhraya Seremban-PD Serah Diri

Polis Arah 9 Pemandu 'Potong Q' di Lebuhraya Seremban-PD Serah Diri

December 13, 2021 By Farah Leave a Comment

918
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TINDAKAN sembilan kenderaan memotong barisan menggunakan lorong kecemasan ketika melalui jalan dari arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson pada Ahad lalu mengundang padah apabila diminta polis supaya menyerahkan diri di Balai Trafik Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kesalahan dilakukan sembilan pemandu itu sempat dirakamkan pengguna jalan raya yang memuat naik rakaman video berdurasi 43 saat tersebut sebelum tular di media sosial.

BACA >>> Marsyal Konvoi 'Eksyen'; Jadi Polis Kena Cekup, Seorang Berpangkat Datuk

Ada lagi manusia yang tak sabar potong que," kata pemilik rakaman video itu.

Menurut maklumat dikongsi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, insiden itu dirakamkan antara jam 2 hingga 3 petang yang mana semua kenderaan itu berserta nombor pendaftaran sudah dikenal pasti.

Susulan itu, polis meminta sembilan pemandu kenderaan itu tampil ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan. Berikut butiran pemilik:

  1. JSU 7346 ( Proton Ertiga )
  2. NDF 1629 ( Perodua Axia )
  3. ALR 7776 ( Proton Saga )
  4. CBS 5433 ( Proton Gen-2 )
  5. JLV 7267 ( Toyota Hilux )
  6. NBM 1706 ( Proton Iswara )
  7. MBG 3678 ( Mitsubisihi Triton )
  8. NAV 7097 ( Proton Wira )
  9. VBB 1806 ( Perodua Myvi )

Kes disiasat di bawah Sek 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Polis turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak mementingkan diri dan mengamalkan sikap bersabar ketika memandu serta mematuhi peraturan lalu lintas dalam apa jua keadaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

BACA >>> Polis Ambil Keterangan Budak TikTok, Minah Basikal Persenda OKU
BACA >>> RM109 Juta Bayaran Saman Berjaya Dikutip PDRM Dalam Masa 4 Hari

SUMBER: IPD Port Dickson

918
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: guna lorong kecemasan, laluan kecemasan, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, polis cari pesalah, Port Dickson, potong kereta, Potong Q, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my