Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Dovizioso Perkenal Monster 1200 Edisi Khas Sempena Ulang Tahun ke-25
Roda2

Dovizioso Perkenal Monster 1200 Edisi Khas Sempena Ulang Tahun ke-25

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA meraikan ulang tahun Monster ke-25, Ducati mengumumkan model istimewa, Ducati Monster 1200 25° Anniversario yang didedahkan pelumba factory MotoGP, Andrea Dovizioso. Jentera itu menampilkan tema warna badan bendera Itali yang diilhamkan daripada Monster S4RS Testastretta Tricolore (2008), dengan pelana sulaman berprestij dan beberapa perincian kustom lain.

Frem trellis ikonik disembur cat emas, begitu juga bahagian rim Marchesini. Perincian aluminium dapat dilihat pada cermin, frem palam pencucuh, pemberat hujung bar hendal dan penutup tangki minyak, manakala madgad (depan dan belakang), penutup lubang kunci dan pelindung panas ekzos diperbuat daripada gentian karbon.

Tidak ketinggalan, jentera itu turut dipasangkan pelindung demgan logo 25th Anniversario.

Ducati menggunakan enjin V-Twin berkuasa 147hp bersama ciri kawalan traksi dan tiga mod tunggangan. Ini termasuk dilengkapi sudut condong ABS, kawalan wheelie dan Quick Shifter. Frem trellis tiub tubular dan sisi tunggal, swingarm aluminium berpasangan dengan suspensi Öhlins (depan dan belakang) boleh laras sepenuhnya, dan peredam stereng, juga dibekalkan firma Sweden itu.

Kuasa henti streetfighter diuruskan dua brek cakera 330mm yang dipadankan kaliper monoblok Brembo M50 (depan) dan cakera 245mm dengan kaliper Brembo (belakang).

KEJAYAAN TERBAIK DUCATI

Monster ialah kisah kejayaan terbaik Ducati yang mana pengeluar Itali itu berjaya menjual 325,000 unit model itu seluruh dunia sejak diperkenalkan pada 1993.

Versi terkini itu hanya dihasilkan dalam unit terhad, iaitu 500 unit sahaja dan sedia dimiliki secara pra-tempahan. Sebenarnya, Ducati bukan satu-satunya pengeluar yang memperkenalkan naked edisi terhad kerana MV Agusta sebelum ini terlebih dahulu mengumumkan Brutale 800RR LH44, juga edisi istimewa.

MV Agusta membangunkan jentera itu 144 unit sahaja sebagai penghormatan kepada pelumba Formula Satu (F1) dari Britain, Lewis Hamilton.

SUMBER: MCN

Andrea Dovizioso Ducati Ducati Monster 1200 Ducati Monster 1200 25º Anniversario Monster S4RS Testastretta Tricolore (2008) motosikal streetfighter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.