Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Dongfeng 007, Dongfeng VIGO Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM100k!
Kenderaan Elektrik (EV)

Dongfeng 007, Dongfeng VIGO Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM100k!

SyafieBy Syafie08/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DONGFENG Motor Corporation mengumumkan peluasan portfolio kenderaan elektrik (EV) jenama itu di pasaran Malaysia menerusi pelancaran dua model EV baharu, Dongfeng 007 (sedan) dan Dongfeng VIGO (SUV).

Langkah itumenandakan fasa baharu perjalanan Dongfeng di Malaysia, menerusi kerjasama Volt Auto dan Central Auto Distributors Bhd (CADB) bagi memperkenalkan barisan EV generasi baharu yang direka untuk gaya hidup moden, prestasi pintar dan kegunaan harian.

Dongfeng 007
Dongfeng VIGO

Pakej Pemilikan Menyeluruh

Dongfeng 007 dan Dongfeng VIGO lancar di Malaysia

Sebagai sebahagian pelancaran, Dongfeng menawarkan pakej pemilikan lanjutan untuk kedua-dua model, terdiri daripada:

  • Pengecas dinding (wallbox) ABB percuma
  • Waranti kenderaan enam [6] tahun tanpa had perbatuan
  • Waranti trenkuasa lapan [8] tahun tanpa had perbatuan

Dongfeng 007: Sedan EV Generasi Seterusnya

Dongfeng 007 lancar di Malaysia

Menerajui peluasan itu ialah sedan EV generasi baharu, Dongfeng 007, yang direka untuk pemandu bandar yang mengutamakan prestasi, rekabentuk inovatif dan teknologi canggih.

Menampilkan rekabentuk liftback elektrik futuristik dan aerodinamik, Dongfeng 007 menawarkan gabungan pecutan pantas, keupayaan jarak jauh dan pengecasan pantas, yang menjadikan model itu sesuai untuk persekitaran bandar moden.

Model EV tersebut sebelum ini mencuri perhatian serantau menerusi pelancaran profil tinggi di Singapura dengan kemunculan istimewa selebriti dari Korea Selatan, Jessica Jung, yang mengaitkan Dongfeng 007 dengan gaya hidup kontemporari dan rekabentuk premium.

Di Malaysia, Dongfeng 007 ditawarkan pada harga bermula RM161,000, selepas diskaun pelancaran khas RM8,888.

Spesifikasi Dongfeng 007

Dongfeng 007 dan Dongfeng VIGO lancar di Malaysia

  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 3.9 saat
  • Jarak gerak sehingga 650km
  • Sistem bunyi WANOS Premium dengan 19 pembesar suara, termasuk audio pada penyandar kepala
  • Rekabentuk liftback elektrik yang praktikal
  • Pengecasan pantas (DC) 80 peratus dalam 11 minit

Kehadiran model EV itu menandakan kesungguhan Dongfeng untuk bersaing serius dalam segmen sedan elektrik premium di Malaysia.

Dongfeng VIGO: SUV Elektrik Orientasi Gaya Hidup

Dongfeng VIGO lancar di Malaysia

Turut diperkenalkan buat julung kali di Malaysia ialah Dongfeng VIGO, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) EV yang direka untuk kegunaan harian, keperluan keluarga dan gaya hidup aktif.

Dibina sebagai SUV segmen-C, Dongfeng VIGO menawarkan ruang dalaman luas dan praktikal, seperti:

  • Ruang but 500 liter
  • Tambahan 72 liter ruang simpanan tersembunyi
  • Jarak roda 2,715mm dengan nisbah ruang boleh guna terbaik dalam kelas

Antara ciri unik Dongfeng VIGO ialah ‘Heaven and Earth Gate’, iaitu pintu belakang terpisah inovatif yang mampu menampung beban sehingga 150kg, yang menjadikan ruang belakang sebagai platform serba guna untuk aktiviti luar seperti perkhemahan.

Spesifikasi Dongfeng VIGO

Dongfeng 007 dan Dongfeng VIGO lancar di Malaysia

Dongfeng VIGO dilengkapi kokpit pintar dengan unit infotainmen skrin sentuh definisi tinggi (HD) 12.8 inci yang menyokong konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, serta dikuasakan cip prestasi tinggi.

Ciri tambahan lain ialah:

  • Mod pintar: Rest, Camping dan Music Speaker
  • Pad pengecasan wayarles 50W
  • Bumbung panoramik
  • Lampu ambien 256 warna dengan alunan muzik disepadu
  • Fungsi Vehicle-to-Load (V2L) 3.3kW

Aspek keselamatan diperkukuh dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 dan kamera panoramik 540º dengan pandangan casis lut sinar.

Dongfeng VIGO turut menyokong pengecasan pantas (DC) sehingga 167kW, untuk pengecasan 0 – 80 peratus sepantas 9 minit, dan Sistem Pengurusan Termal Pintar (ITMS) yang direka khas untuk iklim tropika Malaysia.

Dongfeng VIGO dijangka ditawarkan pada harga bermula RM100,000, selepas diskaun pelancaran khas RM8,888.

Pencarian Duta Dongfeng

Dongfeng 007 dan Dongfeng VIGO lancar di Malaysia

Sempena kemasukan rasmi ke pasaran Malaysia, Dongfeng turut melancarkan Pencarian Duta Dongfeng, dengan tiga pemenang akan dipilih dan menerima:

  • Hadiah Pertama: RM100,000
  • Hadiah Kedua: RM50,000
  • Hadiah Ketiga: RM30,000

Semua pemenang juga akan menikmati tajaan model Dongfeng selama setahun, dengan kebebasan memilih model kegemaran masing-masing.

Inisiatif itu mencerminkan kepercayaan Dongfeng mengenai pengalaman EV perlu dinilai dalam konteks kehidupan sebenar, bukan sekadar spesifikasi semata-mata.

Komitmen Jangka Panjang Dongfeng di Malaysia

Logo Dongfeng

Sebagai sebahagian strategi jangka panjang, Dongfeng merancang membina kehadiran tempatan yang kukuh bagi menyokong jualan, pengalaman pelanggan dan servis selepas jualan.

Pada masa sama, Volt Auto turut mengumumkan perancangan meneroka pemasangan tempatan (CKD) peringkat serantau, bagi menyokong ekosistem EV Malaysia, mempercepat penggunaan EV dan mewujudkan peluang ekonomi jangka panjang.

Menerusi pengenalan Dongfeng 007 dan Dongfeng VIGO, jenama itu jelas bersedia melangkah lebih jauh dalam membawa EV berteknologi tinggi yang selari gaya hidup moden rakyat Malaysia.

Pelancaran Dongfeng 007 dan Dongfeng VIGO
Pelancaran Dongfeng 007 dan VIGO di Malaysia
Pelancaran Dongfeng 007 dan VIGO di Malaysia
Dongfeng 007
Dongfeng VIGO
Pelancaran Dongfeng 007 dan VIGO di Malaysia
Pelancaran Dongfeng 007 dan VIGO di Malaysia
Pelancaran Dongfeng 007 dan VIGO di Malaysia
Pelancaran Dongfeng 007 dan VIGO di Malaysia
Pelancaran Dongfeng 007 dan VIGO di Malaysia
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng 007
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Dongfeng VIGO
Auto Terkini Central Auto Distributors Berhad (CADB) Dongfeng 007 Dongfeng Motor Corporation Dongfeng VIGO Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Volt Auto
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.