Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dilarang Berlumba 4 Tahun, Iannone Dakwa Positif Steroid daripada Daging Cemar
Auto Terkini

Dilarang Berlumba 4 Tahun, Iannone Dakwa Positif Steroid daripada Daging Cemar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Itali,  Andrea Iannone dilarang menyertai Kejuaraan Dunia MotoGP dan mana-mana acara perlumbaan di bawah Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) selama empat tahun.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang menolak rayuan pelumba Aprilia Racing Team Gresini itu akibat menyalahgunakan dadah jenis steroid Drostanolone dalam sukan permotoran.

Terdahulu, FIM hanya mengenakan hukuman penggantungan 18 bulan selepas didapati positif menggunakan dadah berkenaan pada GP Malaysia tahun lalu.

Iannone, 30, kemudian membuat rayuan kepada CAS, manakala Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) pula meminta hukuman lebih berat, iaitu larangan berlumba hingga empat tahun. Keputusannya, CAS menolak rayuan Iannone dan meluluskan permohonan WADA.

Hukuman larangan empat tahun itu bermula 17 Disember 2019, sekali gus menamatkan kontraknya bersama Aprilia yang berakhir musim ini. Dia juga akur dengan keputusan diberikan dan mendakwa bahan terlarang itu diambil secara tidak sengaja melalui daging tercemar.

Bagaimanapun menurut CAS, Iannone tidak menjelaskan jenis dan asal-usul daging dimakannya. FIM menimbangkan keputusan CAS untuk menjatuhkan hukuman empat tahun kelayakan Iannone.

Iannone, yang terkenal dengan julukan ‘The Maniac’, menandatangani kontrak bersama Aprilia pada 2018, tetapi bergelut untuk menandingi rakan pasukan Aleix Espargaro dalam hampir setiap pusingan sepanjang musim lalu.

Aprilia secara terbuka menyokong Iannone sepanjang prosiding dan berulang kali menyatakan hasrat mengekalkan pelumba itu sebagai rakan pasukan Espargaro musim depan. Dalam MotoGP 2020, pelananya diisi pelumba Britain, Bradley Smith.

BACA >>> Inilah Calon 6 Pelumba yang Mampu Jadi Juara MotoGP 2020
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?

2020 MotoGP Andrea Iannone Aprilia Aprilia Racing Team Gresini Drostanolone hukuman penjara kesalahan memandu Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.